Pages

Wednesday, January 11, 2012

Tidur petang,bantu otak dan sihatkan jantung?


Tidur petang atau tidur seketika(sepatutnya) adalah antara hobi aku yang paling ketara. Selalunya malam aku tidur lambat, bila ada kelas pagi..sampai tengah hari aku akan 'lemau' dan lesu..Tambah pulak pagi or tengah hari tu dah bantai makan kan..Balik je bilik, confirm takde kelas petang dah..aku akan tukar 'uniform' tidur. Tak perlu bagi tahu macam mana gayanya uniform itu, aku rasa korang dah boleh agak. Hari ini aku ada kelas petang, mula-mula dari pagi sampai pukul 1.30. Kemudian sambung dari pukul 3 hingga 5. Malam tadi aku tidur 2 jam sahaja memandangkan ada rakan datang berborak, aku suka teman. Siang tadi pun rasa letih gila sebab tak cukup tidur. Aku pernah jelaskan sebelum ini, aku memang susah nak tidur awal. Bukan tak nak.

Bila sampai di bilik tengah hari tu, aku makan tengah hari. Kemudian main game sebab aku risau nak tidur sementara tunggu pukul 3. Kenapa? Aku adalah orang yang kalau sekali tidur, susah la tidur tu nak jadi sekejap. Paling kejap pun sejam setengah...Tapi roomate aku selamba je tidur, aku pun tercabar iman. Tapi gagahkan jugak. Main je game...Kemudian jam 3, aku dan roomate pergi lah ke kelas. Ikutkan hati malas nak pergi, tapi fikirkan kehadiran kuliah je. Balik kelas, hujan pulak. Memang menduga jugak lah..Mula-mula tahan sebab dah petang sangat (pukul 5), lama kelamaan tidur jugak. Orang kata tak elok tidur lepas Asar, tapi aku nak sangat 'top up' balik tidur malam tadi yang tak cukup tu. Aku memang selalunya macam tu. Even kat rumah pun, selalunya mesti akan napping petang-petang. Kadang-kadang tak ngantuk pun, tapi sebab dah tak tahu nak buat apa, benda tu jadi hobi di masa lapang.

Orang kata tak elok tidur petang, tapi aku rajin-rajinkan diri baca artikel. Yelah, nak relate dengan kesihatan kan. Kita jaga kesihatan bukan just dengan joging dan makan sayur je, banyak benda-benda yang rutin untuk jaga kesihatan yang kita terlepas pandang. Menurut kajian daripada Dimitrios Trichopoulos dari Harvard School of Public Health in Boston, Massachusetts, US, napping ini menunjukkan percentage yang agak memberangsangkan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian juga menunjukkan yang napping ini membantu mengurangkan stress hormone dalam badan yang boleh membawa kepada inflammation dalaman dan kerosakan salur darah. Sounds serious kan?

Selain itu jugak, tidur petang juga membantu prestasi otak dan juga prestasi kerja. Menurut kajian daripada Health.com, semakin lama anda teruskan berjaga, semakin sukar otak untuk meneruskan penyimpanan data atau maklumat yang terbaru. Tidur seketika atau napping ini mampu membantu 'refresh' memori jangka pendek ini dan membolehkan maklumat diterima dengan lebih banyak. Dalam kerja juga, tidur seketika ini mampu meningkatkan produktiviti dengan memberi tenaga yang diperlukan setelah kerja sepanjang hari. Saintis dari NASA juga mengesahkan juruterbang mereka mampu mengekalkan keseimbangan badan dan 'alertness' ketika mengemudi pesawat trans-Atlantic dengan hanya tidur seketika selama 24 minit. Antara tokoh yang menjadi napping enthusiast atau peminat tidur seketika@petang ini adalah seperti Albert Einstein, Thomas Edison, John F. Kennedy dan Napoleon Bonapart.

You must sleep sometime between lunch and dinner, and no halfway measures. Take off your clothes and get into bed. That's what I always do. Don't think you will be doing less work because you sleep during the day. That's a foolish notion held by people who have no imaginations. You will be able to accomplish more. You get two days in one -- well, at least one and a half."

--Winston Churchill

Tak salah tidur petang...tapi kalau pukul 2 sampai maghrib tu bukan napping.hahaha!


1 comment:

  1. Orang tidur petang lepas asar la. Sebelum asar memang digalakkan tuann..

    ReplyDelete