Pages

Tuesday, May 29, 2012

Based on true experience.


Social Network( Facebook movie:Mark Zuckerberg), One Liter of Tears (Japanese Drama about Aya), Titanic (Leonardo di Caprio, Kate Winslet)...semua ini adalah contoh movie atau siri yang membabitkan kisah sebenar yang berlaku dan diadaptasikan kepada cerita. Melalui cerita-cerita sebegini, kita dapat belajar...menghayati..meraih pengalaman..macam-macam la sebab benda ini benar-benar berlaku.

Baru-baru ini, aku menonton movie 50/50 lakonan Joseph Gordon-Levitt (Inception, GI Joe:Rise of the Cobra) dan Seth Rogen (Green Hornet) yang dah lama aku cari tapi tak dapat....Lastly adik aku balik lately and aku tengok ada cerita ni dalam laptop dia so aku terus ambil. Kenapa aku beriya sangat? Oh ya..aku memang sangat minat dengan cerita-cerita yang berkisarkan tentang kisah benar.

50/50 mengisahkan tentang Adam Lerner, seorang lelaki yang berumur 27 tahun, seorang lelaki normal yang bekerja di stesyen radio. Dia seorang pemuda biasa, bukan humoristik mahupun mempunyai karisma. Dia mempunyai seorang kawan baik dan rakan sekerja, Kyle. Adam tinggal bersama aweknya, Rachel seorang pelukis. Satu hari, dia mengalami sakit belakang dan pergi ke hospital untuk pengesahan lanjut. Kemudian dia didapati menghidap Spinal Cancer (Kanser tulang belakang)..bermula dari itu kehidupannya agak menyukarkan. Dia cuba untuk menerima hakikat tetapi sebagai seorang lelaki biasa yang normal...adakalanya benda itu menyakitkan dan tidak dapat mengawal perasaan. Semuanya digambarkan dalam cerita ini dengan baik. Rachel pula berjanji akan menjaganya tapi lama kelamaan dia menjadi penat dan sukar untuk bersabar dengan penyakit Adam. Satu hari Kyle mengkantoikan Rachel bercium dengan lelaki lain di sebuah pameran seni dan dari itu Adam putuskan hubungan mereka.

Sejurus selepas Adam didiagnos menghidap kanser, dia disarankan berjumpa doktor terapi di hospital tersebut, Katherine. Katherine merupakan seorang pelatih  therapist dan Adam hanyalah pesakit yang ketiganya. Namun Adam tetap berjumpa Katherine setiap sesi. Lama-kelamaan Katherine tertarik dengan kebaikan Adam.Adam seorang anak tunggal dan tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan ibunya. Ayahnya menghidap alzheimer di mana memori ayahnya telah hilang dan menjadi seperti seorang budak kecil. Aku tertarik dengan ayat Katherine semasa sesi terapinya bersama Adam apabila Adam menceritakan yang dia tidak mahu berkongsi masalah dengan ibunya..."Your mom wants to share and talk about things...she have a husband that can't and a son who won't"...cerita ni banyak nilai jugak sebenarnya...Lastly semasa hari pembedahan untuk membuang kanser tersebut...................



*Aku taknak spoil the ending..hihihih

Saturday, May 19, 2012

Friday, May 18, 2012

Antara faktor Jepun negara meningkat naik dalam sukan.


Familiarkah anda dengan Sakuragi Hanamichi (Slam Dunk)? Watak pemain bola keranjang berambut merah yang agak bodoh dan clumsy tapi sebenarnya mempunyai kehebatan merampas'rebound'. Ya, dia menjadi fenomena suatu ketika dahulu..namun begitu, sebenarnya sudah banyak komik atau 'manga' keluaran pelukis Jepun tentang fenomena sukan di negara matahari terbit itu. Antaranya satu ketika dahulu famousnya 'Captain Tsubasa' keluaran Yoichi Takahashi pada tahun 80-an merupakan titik tolak bagaimana Jepun menarik rakyatnya untuk menceburi bidang sukan dan menambahkan bilangan pemain profesional mereka.
Captain Tsubasa (Football)

 Kemudian terbitlah pelbagai komik genre sukan yang lain seperti..

Slam Dunk (Basketball)


Rookies (Baseball)



Eyeshield 21 (American Football)


Ada banyak lagi sebenarnya tapi aku share yang ni jelah. Sebenarnya kejayaan sukan bukan sahaja terletak pada sebanyak mana duit yang dilaburkan atau selama mana projek dijalankan. Tapi lebih kepada minat. Lebih banyak minat yang yang timbul, lebih ramai orang akan mencuba dan lebih bayak kemungkinan untuk potensi dan bakat dicungkil. Medium seperti komik ini juga merupakan daya penarik orang ramai untuk berkunjung dan memenuhi stadium setiap kali perlawanan diadakan..secara tak langsung, kewangan juga akan menjadi lebih konsisten untuk memajukan sesebuah sukan tersebut. Kebanyakan manga ini diadaptasi kepada kartun atau 'anime' untuk menarik minat lebih ramai lagi melalui media televisyen lebih-lebih lagi kanak-kanak yang sedang mula berkembang dari segi potensinya. 

Apa yang aku dapat lihat ialah, usaha yang menarik ini merupakan faktor kepada pembangunan sukan matahari terbit ini. Seperti sukan Bola Sepak, Jepun merupakan title holder for Asian Cup dan World Cup 2010 di South Africa, mereka melangkah ke pusingan kedua. Selain itu sukan baseball dorang jugak menjadi sebuah kuasa baru dan pemain-pemain mereka banyak telah bermain di MLB( Major League Baseball) di Amerika. Pasukan American Football mereka juga pernah meraih kejohanan dunia sebanyak dua kali. Itu sudah cukup untuk menunjukkan peningkatan pesat sukan mereka.


*Trivia - 
Hungry Heart Wild Striker (Football)

Manga "Hungry Heart Wild Striker" merupakan manga keluaran Yoichi Takahashi sempena World Cup 2006 di mana Jepun sudahpun memiliki ramai midfield berkualiti tapi belum ada penyerang yang gempak. Menurut pelukis, dia membuat manga ini untuk memberi inspirasi kepada rakyat dan pasukan Jepun dengan menimbulkan watak utama Kanou Kyosuke, penyerang berambut perang yang mempunyai kebolehan 'shooting' yang luar biasa. Jepun tidak melepasi peringkat kumpulan pada kejohanan itu namun pada World Cup 2010 muncul seorang bintang serangan dengan kebolehan teknikal shooting yang mantap. Kyosuke Honda!

kebetulan?hurmmmmmmm

Accidental benefits.

Lately I've been playing badminton days and nights. I hope it can help me get my agility back and enhance my arm strength. Mula-mula masa main tak perasan pun, just suka-suka... tapi bila borak with my old friends in rugby recently about me playing badminton so much now...he said that this is a good training for my short distance movement, arm strength and agility. Can't wait to test this on the rugby field. :)

one of the benefits. Arm strength.


*Good luck for my boys from SMK Mahmud, Raub for their upcoming rugby tournament for under 19 and under 15 teams. Cikgu Shafiq will see you again for my internship next month! They are talented, just need a lot of expose in various environment.

Subjek Sejarah incorporated with my likings ;)

Semasa mendapat baucer buku pada hujung Mac yang lalu, aku teragak-agak nak gunakan baucer tersebut pada benda hape. Maklumlah...student IPG dengar kata tak dapat baucer buku, tiba-tiba dapat.Masa praktikum pulak tu..so selepas dapat tu, aku pergi ke kedai buku di Raub(tempat praktikum aku) untuk melihat sama ada benda yang aku dambakan dari kecil boleh dipurchase atau tidak. Rupanya...


Aku : Hello, semua barang kat sini boleh guna baucer buku ke?
Amoi kaunter: Semua barang boleh.


Wah, terus aku angkut carrom board berharga RM120. Aku guna dua vaucer RM50 pastu tambah RM20 duit sendiri. Dapatlah aku carrom board yang memang lama aku nak miliki. Kemudian baki lagi dua baucer aku simpan. Pada satu hujung minggu ni, sekolah aku tak buat apa-apa aktiviti..so aku ke KL untuk menonton Wrath of Titans. Bersama rakan sedaerah praktikum, kami pun berangkat ke sana. Singgah Times Square ,then tengok movie kat sana. Lepas tu kami pun decide untuk pergi ke Kinokuniya kat Suria KLCC. Cadangnya nak gunakan baucer buku kat sana. Sampai di situ, kami pun browsing2 sekitar kedai tersebut.



Lalu terpampanglah buku ini, The Avengers Assemble oleh Brian Michael Bendis. Ini bukan komik tau, cuma sebuah oral history yang penuh dengan dialog dan rentetan bagaimana Avengers ini terbentuk. Cuma adalah selang 2,3 page dia belanja illustration. Tapi totally bukan komik. Lebih pada pembacaan dan sejarah tentang Avengers. Bila aku baca dan baca, aku tertarik dengan cara cerita dalam buku ini disusun. Setiap kali lepas habis kelas, takde apa-apa nak buat so aku akan baca buku ini di bilik guru. Aku ingatkan benda ni cumalah hiburan untuk aku dan mengisi masa lapang semata-mata. 

Bila movienya keluar pulak pada April yang lalu, aku agak dissapointed sebab tak dapat tengok awal..Tapi after two weeks aku ada peluang untuk tonton bila aku pulang dari kampung ke IPG naik bas, turun KL dulu and tengok kat sana. Bila tengok tu, aku rasa jalan cerita dia best tapi aku tercompare dengan apa yang aku baca..Macam perbandingan sejarah sebenar. Hahahahha.Agak terbawa-bawa kan? Rupanya benda yang aku minat ni aku jadi lebih fokus dan simpan straight into my memory storage. Bila belajar tak macam tu pulak...haihh..dulu subjek sejarah aku OK lah, takde la sehebat mana. Tapi bila aku terpikir benda ni, kelakar rasanya. Sejarah superhero The Avengers, sekali baca aku dah boleh explain sejarah dan rentetan penubuhannya, konfliknya, pengasasnya dan cabaran-cabaran mereka. Bahahahhaha!


*Aku agak 'jammed out' bila ada orang datang and kata "tak best..baik tak payah tengok..aku dah baca dah review dia kat internet." Orang seperti ini tak layak kata apa-apa if tak tengok all the movie yang build up kepada movie 'The Avengers' ni macam Captain America:The First Avenger, Thor, dan Iron Man. Lepas tu orang jenis tak baca komik dia dan terus cop benda yang dia tak tahu as underrated. Such a poser. Dah la baca review kat internet je..aduhaiiii



Monday, May 14, 2012

Examination Blues



Exam kali ini,dua paper sahaja..tapi sangat susah.Susah Gila Babeng. Bimbingan dan Kaunseling serta killer paper Kajian Tindakan (Action Research) yang sepatah haram aku tak faham disebabkan praktikum selama 3 bulan di sekolah. Nak kata risau, tak jugak. Kelakuan aku lebih kepada rileks melampau. Aku banyak bermain, layan series, layan movies yang dah lama tak usik. Praktikum aku sangat fokus so takde masa nak layan cerita-cerita yang ada dalam external tu. Paper aku hari Selasa petang, ni dah masuk hari Isnin. Aku tak usik apa-apa lagi. Wahhh malasnya... Kenapa ada exam.. Even dah masuk final year tapi kemalasan aku masih sama. Di takuk lama. 


Exam kali ni banyak jugak benda yang buat aku berfikir dan bercelaru jugak la...orang yang pernah aku sayang dah lama tak contact tetiba tegur. Orang yang pernah aku suka kata dia terasa kenapa aku layan dia macam nak tak nak bila dia text aku, padahal dia yang state supaya kami jadi kawan sahaja so aku layan macam kawan lah kan..plus, kakak angkat aku yang bakal berkahwin Ogos ini, semua ini membuatkan aku terfikir apakah kesudahan untuk diri aku pulak...kawan dah mula berkahwin sorang demi sorang.. Yang tengah dilamun cinta pun nampak macam menuju ke arah itu. So, bila tengok diri sendiri...aku start bercinta awal kot...Sekolah menengah dah pandai..wahahaha.. tapi sekarang, aku bachelor yang suka berfoya-foya dan takut untuk menjadi serius dalam hubungan. Hanya melihat sahaja kebahagiaan kawan-kawan. Aku nak capai benda tu jadi malas. So aku cuma mampu mendengar kisah-kisah mereka even dalam hati nak...tapi aku sangat takut dengan komitmen. Lama dah membujang, aku tak pasti bila aku akan ready semula untuk benda-benda ini. Sangat risau dikecewakan.


Tambahan pulak, aku seorang yang memerlukan motivasi dalam membuat sesuatu perkara. So bila setiap kali exam dalam 2 tahun terdekat ni, aku macam lost. Takde orang ingatkan even aku sedar tu tanggungjawab sendiri untuk belajar. Tapi semangat tu dah pudar. Aku kena kuatkan diri sendiri, pick up myself dan mulakan. So banyak la melaburkan kekuatan sendiri. Aku baru sedar, even aku HUHA HUHA di luar, aku agak lonely di dalam. Blog ini merupakan ruang untuk aku melepaskan segala beban yang ada di dalam hati.