Pages

Saturday, January 07, 2012

Akan bermulalah kembali tugas guru.


Akhirnya, siang tadi..penantian ramai orang tentang list sekolah praktikum akhirnya tamat juga. Semua unit telah menerima list sekolah-sekolah praktikum. Siang tadi pulang dari kelas, asrama agak kecoh. Terutamanya melibatkan kawan-kawan batch aku dari unit lain. Rupanya list telah keluar. Aku pernah dengar yang aku dapat daerah Raub. Tapi tak tahu mana..last2 dapat tahu tadi setelah melihat list. Aku dapat SK Mahmud di kawasan bandar Raub juga. Dan antara info yang agak shocking ialah aku dapat sekolah semua budak lelaki. Dan sekolah itu agak besar. Haha. Tak tahu lah macam mana nanti.

30 Januari akan bermulanya tugas aku sebagai guru praktikum selama 3 bulan. Aku macam tak berapa nak sampai lagi mood. Mungkin sebab cuti semester agak lama membuatkan aku terlebih rileks. Bagaimanapun aku harap semuanya berjalan lancar. Sebab Kajian Tindakan(lebih kurang macam thesis atau final year presentation) aku untuk ijazah ini perlu dijalankan di sekolah praktikum akhir ini. So aku perlu mendapatkan maklumat sebanyak mungkin. Bila fikir-fikir balik, lepas ni aku mesti sibuk..So maybe aku jarang buat entri kot..Tapi ape pun, selagi belum pergi ni...selagi tak busy, aku akan cuba post entri. Sebab aku rasa blogging boleh mengurangkan sedikit kekalutan dalam kepala aku ini. Esok aku dan kawan-kawan hendak ke sana melihat sekolah dan mencari rumah sewa...Amin..harap semuanya baik-baik sahaja...=)

No comments:

Post a Comment