Pages

Friday, September 28, 2012

Thank You.Sorry

Serba salah. Bila nak bergurau, maybe tak kena tempat. Dan aku dibalas semula dengan insult yang dikaitkan dengan profesyen aku dalam keguruan. Takpelah, bukan sekali kawan-kawan sendiri pandang rendah pada bidang aku ni. Salah aku jugak sebab malas belajar dulu. Sorry again.


Tuesday, September 25, 2012

Misi Pertahan Kejuaraan

PISMP Sem 6 2011 (Now PISMP Sem 8 2012)


Dalam tempoh kurang dari 24 Jam lagi, bakal bermula perlawanan pertama untuk Batch PISMP SEM 8 2012 dalam saingan liga antara batch yang memasuki tahun ketiga tahun ini. Petang tadi aku dah tengok perlawanan pembukaan liga di mana PISMP Sem 4 menewaskan PISMP Sem 6 1-0. Game pembukaan yang sangat fight tapi lega jugak untuk team kami Sem 8 kerana boleh mengambil peluang untuk mengadakan latihan. So petang ini (Selasa, 25 September) turn pasukan kami pulak untuk turun padang dan memulakan kempen saingan liga kami ini. Matlamat kami masih sama untuk mengekalkan kejuaraan buat tahun ketiga berturut-turut. Aku boleh katakan, team ini yang menjadi salah satu kenangan terindah sepanjang aku berada di IPG Afzan ini sebagai Manager pasukan ini. Alhamdulillah. 2 tahun menang so tahun ini harap dapat buat yang terbaik. All the best SEM 8!

I Wanna retain this!



Voyagers

"Beyond understanding that we’re the same..
You believe me even though we’re different..
Your existence gave me strength..."


"Voyagers" performed by Anna Tsuchiya. Translation from actual lyrics. Kinda attracted with these words :)

Semangat benda baru.Typical :)



Hehe, fikir-fikir balik masa baru-baru nak bikin blog ni, aku konsisten gila. Boleh kata terlebih konsisten pun ada. Setiap hari boleh kata ada post. Tapi masa tu memang free sangat la. Cuti sekolah hujung tahun pulak. Memang ngadap benda ni je la kan.. Tapi lama kelamaan, blog aku dimamah masa. Aku masih banyak komitmen lain dan hidup perlu diteruskan. Sedikit demi sedikit kesibukan menelan masa aku untuk update blog ini. Tapi lepas dah settle Viva untuk Kajian Tindakan aku ini, aku rasa lega gila dan dapat meluangkan masa update blog ni. FUHH!

Sunday, September 23, 2012

Future Plans

Mencecah hujung  Pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) aku ini, umur 23, aku terfikir banyak perkara. Tambahan pulak menjelang umur 24 nanti, aku bakal dipostingkan (InsyaAllah) ke sekolah. So mahu tak mahu, banyak benda bermain di fikiran tepi kotak aku ini. Apakah yang akan aku buat nanti? Apa yang aku nak capai? Adakah aku akan mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat? Semuanya berlegar-legar dalam kepala. Aku rasa kalau korang buat merentas desa dalam ni, confirm banyak checkpoint dalam kepala otak aku ni. Banyak benda kot aku nak buat. Banyak benda nak settle. Banyak benda nak capai. Nak cari orang yang sanggup bersama aku susah senang tanpa condition. Wow, too much. Cut the crap!

Oh ya, aku rasa setiap orang pasti ada rancangan atau nak gebang lebih sikit 'Pelan Integrasi' masa hadapan masing2. Pasti ada target, pasti ada aim atau matlamat. Aku pun tak sure, Pelan Integrasi masa hadapan aku masih kabur. Tapi aku sudah ada serba sedikit perkara yang aku inginkan nanti. 1st, pastilah kerja. Walaupun terjamin tapi tak tahu cepat atau lambat. Apa yang aku harapkan ialah dapat sekolah yang OK dan aku mampu untuk bertugas dengan baik. Yelah, nak mulakan karier cikgu ni kan. 1st memang kerja keras sikit. make an impression. Lepas tu mestilah dapat gaji kan? Gaji itulah yang aku harapkan dapat spend kat family especially mak aku. She done too much already plus she's a single mother, doing all the duty by herself without any help. Sangat bersyukur ada emak yang tabah. Aku akan balas jasa beliau. Selepas itu barulah aku akan fikir untuk diri sendiri. Kenderaan maybe? Kereta atau motosikal. Aku akan tengok keadaan. Seterusnya perbelanjaan untuk rumah  termasuklah PC, TV rumah dan macam2 lagi kelengkapan yang aku rasa sesuai untuk keselesaan rumah aku. Yelah, time ni la nak tolong kan. Huhu, untuk family jugak.
Hmm..What should I add here?


 Next, aku fikir banyak lagi benda aku nak buat as enjoying the life. Nak jugak rasa adventure, kalau katakan tak dapat posting Sabah Sarawak pun aku memang teringin nak travel. Dalam negara dulu, ada bajet barulah kita keluar :).Nak try benda2 baru and tempat2 baru.

Perhentian Trip

Taman Negara Sungai Relau Trip
Macam nak try.tapi takut.tapi nak.


Aku dulu kurang dapat peluang berjalan-jalan (dalam konteks 'Travel'. Naik bas gi Seremban, Selangor, lawan ragbi tu tak kira.haha). So bila dah belajar ni, dapat duit sendiri..sikit2 boleh la aku gunakan. Bila start rasa syok gila. So aku rasa bila dah kerja nanti ada duit gaji, boleh la diperuntukkan untuk benda-benda macam ni. The key is, planning. . . Hehe. And have some great company. Maklumlah takkan nak travel sensorang pulak kan. Kena ada la kawan2 :)

Next, aku teringin nak try various food and explore new things in culinary world. Aku suka makan, even ada benda yang aku tak makan, aku tetap suka try tempat2 makan baru and paling best dapat kumpul sama-sama dengan family and make a feast.Huhu syok! Tu antara plan nye lah. Lagipun aktiviti macam ni dah kahwin pun boleh still teruskan.hehehe. 

My own grilled chicken and meat. Jamu family!


Rugby is a big part of my life. Dalam 5 tahun aku kat IPG ni, it has been a disappointing period for my career in this sport. Aku start dari darjah 5 main until form 5. Then it hit me, to see there was no rugby post kat padang  IPG ni. Sedih gila,nasib baik ada Liga KRS(Kesatuan Ragbi Selangor) yang buat masa weekend, so bila free time aku dapat pergi main dengan Oldboys. Tu pun penat jugak nak ulang alik KL. Tapi aku dah minat and bosan plus aku taknak let go precious things yang aku belajar and berlatih sejak sekolah dulu. Lepas IPG punya life ni, future plan? I gotta involve more. Nak main selalu.

At Seremban


And last but not least, mengakhiri zaman bujang. Susahnya nak memikirkan benda ni. Bukan aku taknak, tapi past relationships buat aku jadi terlalu berhati-hati dan terlalu rileks dalam melayan wanita. Aku dah lama takde dalam relationship, so aku menjadi agak kaku dan kekok bila berbual dengan wanita. Lama-lama jadi macam lost dan takde idea. Aku agak regret jugak, maybe aku start terlalu awal. Dari sekolah, so bila dah umur macam ni, aku jadi macam a bit let down di kalangan perempuan. Sembang boleh, boleh approach tapi as kawan . Feelings bila nak develop, ada je kekangan. Memang nak fikir soal kahwin tapi asal aku fikir je, jadi buntu. Harap ada orang yang sudi terima dan tunggu orang yang berperangai ganjil seperti aku ini.Hehe. 

Apa-apa pun, aku plan for the future. Jadi tak jadi, tercapai tak tercapai, aku tak rasa ralat sangat. At least aku dah ada blueprint apa yang aku nak buat. Aku taknak jadi lost soul nanti duduk kat sekolah kerja kerja kerja tapi takde life. Aku memang akan terpisah dengan kawan-kawan masa belajar nanti, tapi bukan aku tak boleh jumpa mereka semasa cuti. Aku juga mungkin akan jumpa kawan-kawan baru masa bertugas nanti. Wallahualam. Benda paling penting sekarang ialah aku dah set apa yang aku nak buat, nampak apa yang perlu aku capai. Tak dapat tu tak penting, yang penting cuba. Sebab dalam hidup ini, kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan. :)




Saturday, September 22, 2012

Doodle Man.

Before this, aku menggunakan nickname yang diinspirasikan dari legenda kicker '60-yard Magnum' iaitu Takekura Gen@ Musashi dalam komik eyeshield21. After a while, aku rasakan aku perlu nickname yang lebih sesuai dan kena dengan perwatakan atau sikap aku. So secara tak langsung, 'Doodle Man' menjadi pilihan. Kenapa ?

Pintu bilik lama
Lukis bosan2
Untuk hantar model subjek matematik. Tak suka tgk kotak kosong






Well, yep aku adalah insan yang tidak lekang dengan sifat menconteng. Oh ya, aku rasa tak pernah lekang dari mana2 kelas yang aku gunakan mejanya dari hasil tangan aku. Walaupun lukisan yang tah hape2, aku tetap suka melakukannya. Kalau benda ini adalah jenayah, mungkin aku telah disumbat dalam penjara dan menjadi idola gangster2 sambil boleh mengetuai kawasan di penjara. (Jauh sgt imaginasi ni). Aku juga sering memastikan ada kertas yang boleh diconteng serta marker pen atau pen dakwat hitam, pensel pun aku lenjan juga untuk menyonteng apa yang aku fikirkan. Kadang2 kasihan juga melihatkan meja yang cantik bersih licin berkilat itu menjadi lembaran untuk aku melukis benda-benda yang tak berfaedah. So aku bawalah kertas. Tapi last2 meja pun aku lenjan juga.

Sikap menconteng ini juga bukan sahaja menular ketika aku di IPG, malah sejak kecil hinggalah ke sekolah menengah. Tak percaya? Lihatlah almari lama di rumah aku. Pasti ada lukisan atau tulisan di sebalik pintu. Juga tidak terlepas loker dan meja2, bawah katil, serta dinding di sekolah menengah aku. Pasti ada karya. Kebanyakan motif contengan adalah binatang. Kerana aku tak suka lukis manusia, Kadang2 lukis pun sebab nak lukis muka kawan sebab bosan sangat. Tapi itulah...aku lebih kepada minat yang tak sihat ini dan memilih 'Doodle Man' sebagai nickname baru sebagai blogger ni.

Doa buat sahabat ~

"Dengan mendoakan kawan / saudara ketika teringat mereka.
Apabila teringat mereka ini, berdoalah agar mereka diberikan keampunan oleh Allah SWT. Contohnya dalam Solat Jumaat, ada doa untuk semua orang Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia."

Ku kirimkan doa buatnya. Semoga rohnya tenang dan aman di sana. Al fatihah...

Thursday, September 06, 2012

Hostel life almost over~

Hoyoyoyo! Di dalam bilik hostel yang dah gelap, jam 3.35 pagi tiba-tiba dapat idea nak buat post baru. Even busy dengan assignment(s) dan Kajian Tindakan yang bakal menentukan nasib ijazah perguruan aku ini, aku rasa perlu jugak ambil masa untuk relax, lapangkan fikiran, dengar lagu pastu update blog ni. . .

Setelah dikira-kira, aku dah duk hostel sejak form 1...so dah lebih kurang dekat 11 tahun aku duduk kat hostel sekolah menengah dulu hinggalah masuk hostel IPG ni. IPG Afzan ni kira okey lah sebab dapat tampung semua student tanpa kena duduk sewa rumah di luar institut. Kat sini hostel lelaki ada 2, perempuan pulak ada empat. Lelaki hanya ada blok Nuri dan Kenari. Tapi aku duduk di hostel Kenari selama satu semester sahaja,masa awal2 semester pertama program persediaan. Lepas tu 4 tahun lagi aku menginap di blok Nuri ini. So dalam lebih kurang 3 bulan sahaja lagi aku akan menamatkan program ijazah sarjana muda perguruan ini, so dalam tempoh ini jugalah yang terakhir untuk aku duduk di sini sebagai penghuni hostel.

Persiapan Jamuan Raya Blok Nuri

Baru-baru ini semasa budak final year dan group Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sahaja berada di hostel, warden telah mengadakan rumah terbuka raya dan kami ditugaskan untuk prepare. Maybe kenangan dan aktiviti terakhir untuk kami sebagai warga blok ini. Semoga dapat menghabiskan semester ini dengan jayanya. Amin...TQ kepada warden yang sangat prihatin dan sempoi. :)

Saturday, September 01, 2012

Eh,nanti ah. . .

Semalam masa hangout dengan member-member aku ni, aku tertarik dengan seorang member ni. Dia di study oversea (Japan to be exact) for several years, now dia dah balik Malaysia and kerja di sebuah company di ibu kota. Aku tertarik dengan apa yang dia petik even dia baru je keje 3 minggu kat situ.haha

"Orang kita ni kerja terlampau rileks...ada kerja tapi bila hujung2 baru la rushing nak buat"




Memang tak salah pun apa dia kata. Aku pun setuju and selalu buat macam tu. "Nanti lah", "Besok ah", "Awal lagi" merupakan statement common yang biasa aku gunakan. Haih camne nak berubah..hehe.

*Orang kata kerja bertangguh tak menjadi. Tapi everytime aku buat last minute sempat je hantar. Maybe aku tak kena lagi. yang workload kaw kaw kot. Action Research ni pun dah buat aku rasa jam kepala.haha

Kemerdekaan ke-55. Janji Ditepati?

Malam semalam 30 Ogos aku melepak di ibu kota, Kuala Lumpur. Ada sedikit urusan...Aku contact seorang kawan aku ini yang selalu aku roger kalau aku ada di KL. Tapi dia tengah kerja masa tu so aku merayau dulu. Then dia kata ada member yang lama dah aku tak jumpa ajak hangout sekali malam itu. Dan pada malamnya aku berjumpa dengan beberapa rakan sekolah.. masing-masing dah pegang title 'employer'. Dalam pukul 9 malam, kitorang decide untuk melepak di Kopitiam Pak Li di Shah Alam. Agak happening di situ. Aku berempat pada masa itu, Wukong, Bai, Ali B dan aku. After several hours barulah seorang lagi sampai, Apek. Isu yang disembangkan? Diorang baru je masuk kerja so of course tentang job masing-masing. Macam2 profesyen and teringat balik zaman sekolah dan perangai2 diorang. Ternyata diorang dah mature and pandang ke hadapan tapi still with the same sense of humor macam masa sekolah. All and all I'm proud of them :). Kitorang lepak and borak until morning.huhu

About the 'kemerdekaan' part. . . .

Malam tu aku dah notice memang ramai polis yang bertebaran di bandar Kuala Lumpur. Polis biasa dan trafik, aku tak faham intention sebenar mereka tetapi di LRT, depan jalan raya, dekat tepi2 bangunan..aku rasa headquarters diorang kosong agaknya. Kawan aku kata diorang jaga takut ada perhimpunan haram.. ada pulak yang kata mengawal takut keadaan tak diingini berlaku. Even until awal pagi tu kitorang balik pun still polis banyak di sekitar bandar. Aku tahu..memang ada perarakan di Dataran Merdeka, tapi macam scary jugak. Macam dah tak safe dah keadaan di negara kita ni. Adakah setiap event perlu ada kawalan seketat itu? Bukan aku nak kata dah tak bebas tapi macam satu perkara yang janggal lah. . . 

Pagi2 tadi bangun je, aku terus bersiap dan bergerak dan terus merayau di sekitar KL. Aku merayap jugak kat area Dataran Merdeka tu, tapi event dah habis. Tapi still aku rasa kagum dengan semangat patriotisme yang ada di kalangan rakyat kita. Ada family yang bawak anak,dukung anak, pakai bendera..Budak2 dress up in national flag, macam2 gaya. Tapi semangat tu tetap ada even kepincangan dan pelbagai desas-desus mengenai kestabilan negara kita yang kian tercabar sekarang. Aku tak rasa pun yang budak-budak ni faham tentang kemerdekaan yang sebenar, cuma diorang menggunakan kelebihan yang ada dalam diri diorang. Masih mampu untuk membuat apa yang kita orang yang dah matang ni buat. Tidak malu untuk pamerkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Aku tak dapat nak ambil gambar tapi lebih kurang beginilah gaya anak-anak kecil ini tadi.

Sampai kat burger king, dalam LRT pun ada yang still pakai lagi.

Tema Janji Ditepati sebagai tema kemerdekaan ke-55 kita. Aku pun tak tahu nak katakan apa-apa. Cuma aku nak katakan tentang maksud patriotisme ini. Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air', oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. Patriotisme ni pulak meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa dan negara. So apa yang aku dengar melalui radio, seroang profesor pengajian Melayu dari sebuah universiti di ibu negara mengatakan tema ini bersesuaian, aku still tak nampak kenapa. Katanya sebab kerajaan negara kita telah melakukan pelbagai usaha dalam menjadikan rakyat lebih selesa. Still aku fikir, adakah ini hari untuk kerajaan kita sahaja? Pejuang-pejuang tanah air pada waktu lama dahulu pun bukan semuanya berpanjikan kerajaan sahaja. Aku tak menyebelahi mana-mana pihak cuma waktu sekarang ini..rakyat sudah maju. Cerdik pandai dah bertambah. Maklumat pun mudah dicapai di hujung jari. So..mereka ini sudah mampu untuk menilai secara ilmiah sesuatu pernyataan yang dikeluarkan itu. Tapi..walaubagaimanapun..bila tengok budak-budak ni..mereka bukan tahun pun tentang pengertian tema tu. Cuma mereka secara tak segan silu mempamerkan semangat patriotisme menggunakan penampilan dan laungan mereka. 

 *Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-55. I Love Malaysia :)
*Thanks to kawan-kawan yang hangout sekali. Wukong, Alibi, Baizura and Apek. Seronok dapat update tentang korang and refresh kisah2 lama :)