Pages

Sunday, January 01, 2012

Tahun Lompat dah kembali!

Ya, post pertama untuk tahun ini selagi aku masih boleh online dengan ok di rumah. Tahun 2012 sebut je tahun baru mesti orang tanya azam kan? Macam azam, nak diet la, nak jadi happy la. Aku maybe just nak finish this year of studying dengan aman...Ringkas? Memang pun...

Tahun 2012 ini juga kita melihat kembalinya tahun lompat. Kesian jugak yang lahir 29 Februari kan, kena tunggu 4 tahun untuk sambut birthday. Macam tunggu world cup dah sampai 4 tahun... Tapi at least, I think those who have that birthday are quite unique and awesome. They're special.


Tahun 2012 juga merupakan tahun akhir aku sebagai guru pelatih, juga tahun terakhir dapat tengok event bola besar iaitu EURO 2012, tengok dengan kawan-kawan tahun ni. Syok bila tengah belajar pastu ada event bola yang happening. Aku agak bernasib baik sebab form 1 aku rasa World Cup 2002,EURO 2004 dan World Cup 2006 dengan kawan-kawan kat asrama. Masuk IPG aku dapat tengok Euro 2008, World Cup 2010 dan Euro 2012 dengan kawan-kawan kat hostel IPG pulak. Happening. Tu benda yang akan aku ingat sampai bila-bila.


Bila masuk tahun baru, semester baru.Ada la rasa difference sikit, macam ada feeling yang new. Aku pun taktau nak describe macam mana, tapi some of you mesti ada. Berbeza dengan sem yang mula pada tengah tahun, takde rasa lain sangat. Tapi kalau mula awal tahun, lain sikit. Maybe sebab dah cuti lama kot, jumpa mesti ada macam-macam cerita. Fresh lagi kan masing-masing. Nanti lama-lama lemau la tu. Hehe

Itu saja tentang permulaan tahun baru. Aku agak bummed out sebab dah nak habis cuti lepas ni tah bila dapat update.Hehe.Anyways Happy New Year!;)

6 comments:

  1. semoga azam 2012 nk studying dengan aman..tercapai..haha..amin..:)

    ReplyDelete
  2. Jimatlah kawan yang lahir tahun lompat tu :)

    P/s:
    ahsfantasy24.com">Selamat tahun baharu, semoga hari mendatang lebih baik dan semoga tercapai apa yang diimpikan :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. ahsfantasy24:hehehe...jimat tapi kesian...kena tunggu...

    ReplyDelete
  5. anis shazreen:happy new year to you too;)

    ReplyDelete