Pages

Thursday, June 27, 2013

Alhamdulillah, panggilan telah tiba.

Dah lama tak update blog, dah hujung bulan barulah update. Antara faktornya ialah

1.Sibuk menghabiskan menonton cerita dalam external
2.Sibuk bermain game dengan suka hati
3.Sibuk menonton Piala Konfederasi secara live dari pukul 3 pagi-8 pagi.
4.Cuba menikmati saat-saat akhir sebab rumors posting 1 Julai.

Tengok-tengok memang betul posting 1 Julai. Alhamdulillah. Pada 24-25 Jun telah ditetapkan negeri penempatan masing-masing. Aku berasa sedikit lega sebab kekal di semenanjung, dan dapat negeri sendiri, Johor Darul Takzim. Separuh (atau lebih separuh) dari kelas aku dihantar ke Sarawak dan Sabah. Memang betul nisbah 4/5 dari batch kami akan dihantar ke sana dan memang benar ketiga-tiga negeri ini (termasuk Johor) yang memang kosong. Pilihan pertama aku masa isi borang posting tahun lepas adalah Johor, itupun setelah melalui drama keluarga bila dengar aku nak isi Sabah Sarawak tahun lepas. Alhamdulillah, sekarang mak aku tinggal seorang kat rumah sekurang-kurangnya aku takdelah pergi jauh mana. Still dekat dengan dia kalau ada apa-apa hal aku boleh attend. Bersyukur sangat, lebih-lebih lagi tengok mak lega sikit bila nama 'Johor' tu keluar. 




Namun begitu,terfikirkan kawan-kawan lain yang ke Sabah Sarawak, aku doakan mereka dapat penempatan yang baik, tiada masalah dan dipermudahkan urusan. Bukan senang nak pergi sana kalau hati tak kuat, mohon dipermudahkan. Semoga kami semua dapat menjadi warga pendidik yang dapat menempuh apa jua cabaran dan dapat menjalankan tugas dengan baik.

Aku pun still nak tahu nasib rakan yang tak lulus temuduga SPP(Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran), mereka dah habiskan 5 tahun setengah belajar di IPG, dan oleh kerana temuduga selama 40 minit, masa depan mereka dalam perguruan ditutup begitu sahaja. Harap nasib mereka dibela dan dapat meneruskan kerjaya ini.

Apa-apa pun semoga kami semua dapat 'adapt' dengan baik di sekolah dan dapat mengajar setelah 8 bulan tinggalkan IPG. Berkarat wooo !

Tuesday, June 04, 2013

Lulus SPP, Konvo pun setel. Now what?

Alhamdulillah, sebenarnya aku dapat tahu before konvo lagi..cuma lupa nak post. Rasa cuak dan gusar kerana temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran pada bulan Mac telah aku hadiri, tapi malangnya aku rasa aku banyak tersilap dan kata-kata penemuduga yang berjaya memberi permainan psikologi kepada minda aku untuk tempoh beberapa bulan sebelum result temuduga ini keluar. Akhirnya pada tarikh seminggu sebelum konvokesyen, aku telah mendapat jawapan untuk keputusan temuduga tersebut.





Temuduga sudah, konvo sudah. Apa yang tinggal adalah untuk menunggu posting yang tak kunjung tiba. Sangat penat sebenarnya menunggu, dah masuk bulan Jun dah. Separuh dari umur 24 tahun aku dihabiskan di rumah nampaknya. Banyak rumors, tapi apa yang aku tunggu adalah berita rasmi. Harap tidaklah lama lagi. Amin... :(

Mari Belajar Menyanyi :)

Hehe, saje nak share video tentang cara belajar menyanyi mengikut gaya artis-artis terkenal masa kini. Lawak, enjoy :)


Friday, May 31, 2013

Convocation Day :D

Lama tak update...busy, malas dan asyik layan tv series menjadikan aku terlupa sekejap dengan kewujudan blog ini. Hari ini aku nak share tentang hari konvokesyen aku yang berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC) pada 28 Mei yang lalu. Konvokesyen yang berlansung selama 4 hari ini (termasuk raptai) merupakan konvokesyen bagi graduan PISMP ambilan Januari 2009 bagi semua IPG di seluruh Malaysia. Aku dapat sidang 4, pada petang 28 Mei tersebut, kerana konvo ini mengikut 'course' masing-masing. So ada juga kawan-kawan IPG sendiri yang tak sempat nak jumpa :(

Banyak cabaran sebenarnya dalam konvokesyen kali ini...ada yang sesat, ada yang tercicir masa follow kereta depan, ada yang salah masuk simpang lepas tu terus sampai ke KL..macam2..memang rasa macam movie 'The Hangover' dah.hahaha.

Apa yang paling buat aku happy ialah dapat jumpa kawan-kawan setelah sekian lama sejak habis belajar. Dan terkilan ialah mungkin adalah kali terakhir untuk berjumpa bagi sesetengah dari kami sebab lepas ni dihantar entah ke mana kan...harap-harap dapat jumpa balik geng-geng ni nanti..

Mak dan Adik Bongsu

Sahabat Johor 'thick and thin' haha

Adik jumpe patung blonde raccoon.power seyh

Bersama lecturer yg tak pernah marah


Sesi awal

Blonde Raccoon

Bersama classmate
Pullman

Walaupun agak hiba sebab arwah abah tak sempat tengok aku konvo, dan adik beradik lain tak dapat datang.. happy bila tengok mak happy dan dapat jumpa geng-geng kat sana.huhu.. Apa pun, aku still menunggu posting sekarang..harap-harap tak lama lagi..aminnn

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru!

Penulis yang juga bakal guru ingin mengucapkan 'Selamat Hari Guru' buat semua warga pendidik..Emak penulis juga tidak dilupakan kerana dari awal telah mengajar dan memperkenalkan penulis kepada banyak perkara supaya penulis bersedia sebelum melangkah ke alam persekolahan, seterusnya guru-guru tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah memandu, tusyen serta pensyarah Institut Perguruan. Kerana anda semua telah memberikan sumbangan yang besar terhadap hidup penulis sehingga ke hari ini. 

Malam tadi terjumpa satu lagi comic maker di internet dan tanpa membuang masa penulis cuba untuk menyampaikan mesej ringkas mengenai seorang 'guru' sempena sambutan Hari Guru ini :)

Klik komik kalau nak bagi besaq

Sunday, May 12, 2013

Love is everywhere.eh?



Banyak betul peristiwa, banyak betul orang yang aku jumpa, yang aku interact, yang aku berkenalan. Dalam tempoh beberapa tahun ini banyak yang berlaku. Tapi oleh kerana kedegilan dan ketidaksediaan aku untuk 'settle' dan cari partner, instead aku sibukkan diri di hostel, main, spend time dengan kawan-kawan. Mengambil langkah rileks dan 'kenal-kenal macam tu je' bak kata orang. Dengan prinsip 'kalau ada,adalah..'. Tapi bila orang yang aku kenal, aku pernah interact,pernah date. Bila mereka mula step up,mengorak langkah..aku rasa macam wow...cepatnya. Everything happens very fast... dan betul orang kata. Everything happens for a reason... aku ada jugak rasa nak mencari. Tapi terasa 'backtrack' bila memikirkan diri yang belum stabil. Belum kerja lagi, dan belum nampak lagi perancangan.

Bila aku nak rasa rileks je, aku dapat info pasal  orang ni then orang ni..then orang ni..." Wahh dah ada pakwe...wahhh swweetnyeww dah tunang..wahh dah ada orang yang nak ditunggu..wah dah nak kahwin..". Tambah pulak berita kawan-kawan, tambah pulak berita sepupu, anak saudara.Semuanya mengorak langkah. Aku macam ye, chill lah kan. Tapi bila masuk-masuk satu berita tu, of course akan buat kita terfikir.  Lagi-lagi yang pernah ada memori sama-sama, secara automatik akan teringat. Secara automatik akan berfikir seterusnya membuat refleksi sendiri. Ada kawan pernah kata 'rileks dulu..enjoy dulu...'. Ada juga kawan rapat yang kata 'akan ada nanti...'. Aku percaya semua tu. Takkan nak semua serentak kan, tapi kita tidak boleh menyerahkan semuanya pada takdir. Usaha kena ada :). Harap ada la yang akan tiba nanti..buat masa sekarang..tak tahu bila..tak tahu siapa yang sudi dan tak tahu end up dengan siapa. InsyaAllah :)


Late Night Thinking

Insomnia. Mungkin juga. Kepala banyak fikir, pun ye jugak. Apa-apa pun masalah tidur malam aku ini selalunya terjadi apabila aku ada benda nak buat. Download cerita,layan cerita, layan bola,main game, tengok tv, kemas bilik(eh?). Tapi kali ini aku still tak dapat tido even aku tak buat apa-apa. Hanya termenung sahaja, online pun macam tu je, 1.tengok FB 2.tengok twitter (ulang langkah 1 dan 2). Bosan. Dengar lagu sahaja. Dan bila keadaan sedemikian berlaku, aku mula la berfikir. Lepas satu benda, satu benda aku fikir. Kadang-kadang tak berkait pun..dan kadang-kadang tak penting. Mungkin hidup menganggur ini banyak membantu aku untuk mengaktifkan pemikiran dengan lebih pesat. Aku rasa belum nampak lagi hala tuju, seperti yang dibayangkan sebelum ini. 


Samar


Dalam minggu lepas, masa hari mengundi, aku sempat berjumpa dengan rakan-rakan lama dari sekolah rendah. Aku berpindah dari sekolah itu pada umur 10 tahun, so lebih kurang 14-15 tahun tak jumpa mereka. Mereka pun sudah berkerjaya, ada juga yang baru habis belajar seperti aku (aku lama tak lama, dah 6 bulan) tetapi sudah ada hala tuju pekerjaan. So waktu mengundi merupakan 'timing' yang baik untuk berjumpa sebab semua balik kampung. Bila berborak, aku mati point nak kata apa, sebab aku bukan ada pengalaman bekerja untuk dikongsi. Tetapi nasib baiklah boleh cerita sikit pengalaman setelah berpindah ke Negeri Sembilan semasa kecil. Mereka rasa aku agak misteri kerana menghilangkan diri secara tiba-tiba pada tahun berikutnya. Wah terasa cool di situ. Tapi apa-apa pun, pengangguran di kampung tanpa ramai kawan(sebab aku sekolah di tempat lain) agak mencabar jiwa. Boring, dan risau. Risau kenapa? Segala teknik pengajaran yang diaplikasikan semasa di institut perguruan dahulu berkarat kerana selama 6 bulan tidak dipraktikkan.

Sebenarnya, kalau diikutkan pada waktu ini..batch aku sudah dipostingkan. Tetapi mungkin nasib tidak menyebelahi. Mungkin kami terpaksa bersabar dengan lebih lama. Pada pilihan raya baru-baru ini pun aku rasa ramai tidak mengetahui nasib kami ini. Suara kami tidaklah didengari, cuma timbalan menteri sahaja yang dapat memberikan bayangan namun tiada tarikh sebenar mengenai posting ini. Bukan apa, dah bulan 5, rasa penat menunggu. Sabar memang sabar, tapi kadang-orang tidak meletakkan diri di tempat kami ini. Mereka cuma mampu berkata "nanti posting la tu,". Mungkin bagi mereka, ini hal kecil. Remeh. Harap-haraplah ada perubahan jika kabinet baru diumumkan nanti. Nasib pendidikan di Malaysia agak samar sekarang, pelbagai dasar dilaksanakan tapi tidak mengira beban yang perlu ditanggung warga pendidik. Harap kumpulan kami nanti dapat menempuh semuanya dengan baik, Amin... :)

Thursday, May 02, 2013

First web comic.

Masa darjah 3 aku pernah try buat comic strip with 3 panels, sempena World Cup 1998. Masa sekolah menengah aku pernah buat komik bangang tentang dua makhluk yang diperbuat dari 'tauhu'. Dekat hostel IPG, aku suka conteng watak kartun 'loosely' tentang kawan-kawan dan orang sekeliling, dan tampal dekat pintu, tingkap dan dashboard. Semua tu aku lukis, aku memang suka 'doodle' merata-rata. Aku rasa kelas yang aku duduk pasti ada lukisan kat meja. Marker pen sentiasa ada dalam pencil box. Walaupun tak lawa tapi dah memang sikap menconteng tu ada dalam diri ini.Haha.


Contoh kad raya untuk sekolah praktikum dulu



Petang tadi aku browse Google App Store, seterusnya terjumpa satu app yang yang sangat menarik hati.App dipanggil 'Pixton Comic Maker' ini membuatkan aku 'waaaaaaaaaa' kerana teruja. Template dah ada, character pun dah ada cuma adjust. Dan kita boleh buat komik. Tapi masa nak register tu memang leceh, macam dia nak confirmkan yang kita ni teacher atau student sebab aku rasa app ni untuk kelas buat komik rasanya. Then aku try la, based on watak yang aku pernah buat.

Plot dia lebih berkisar pada Sham, antara member rapat yang terer bermain pelbagai sukan especially takraw dan hoki. So aku banyak lukis dia sebagai 'main character'. Ini adalah percubaan pertama aku.

Klik untuk besarkan.

Suasana menjelang PRU 2013.




Dalam tempoh 3 hari lagi, PRU ke-13 akan dijalankan di negara Malaysia...pada 5 Mei 2013,Ahad. Pada waktu ini semua pengundi berdaftar akan keluar mengundi di kawasan ditetapkan dan akan memangkah pada calon-calon yang dirasakan sesuai untuk menerajui kawasan mereka seterusnya menentukan bilangan calon dari parti manakah yang paling ramai untuk diangkat sebagai parti yang memenangi Pilihan Raya Umum ini. Namun begitu, rasa kurang senang timbul apabila melihat beberapa senario yang boleh membangkitkan perbalahan serta mempersoalkan  nilai kemanusiaan serta tatasusila sebagai rakyat dalam negara yang berdaulat ini.

Antaranya ialah isu bendera dan banner parti. Biasalah, masa ni memang orang sibuk panjat sana panjat sini, pacak tiang, ikat bendera, gantung banner dan pelbagai lagi cara asalkan parti mereka dapat dipamerkan secara gah di rumah-rumah, bangunan dan jalan raya. Tapi apa yang menyedihkan ialah apabila senario cabut dan jatuhkan bendera orang lain. I mean come on man... Fight fair and square. Benci macam mana pun, tak suka macam mana pun...don't be such a wuss. Susah-susah orang panjat,pasang. Dah memang masa ni musim pasang bendera. Lainlah kalau dia letak kat private property tanpa minta izin (rumah aku kena baru ni). Kalau dia letak kat tempat awam, jangan lah mendengki sangat. Lagi satu pasal keselamatan. Selalunya yang pasang dan pacak bendera ni waktu malam. Tapi kalau dah dalam gelap, panjat pokok, panjat tiang, lampu motor or kereta dorang matikan. Kalau kena langgar, tak ke susah...nak salahkan siapa tu? Ada juga kes orang meninggal sebab jatuh terpacak tiang ni tau..jangan main-main.

Dalam pada itu juga, 'framing' atau membuat statement fitnah juga adalah satu senario yang sangat aku tak gemar dalam menghadapi PRU ini..Tambahan pulak, laman sosial digunakan dengan meluas sekarang, memang orang akan baca. Lepas baca dorang akan nilai. Kalau dorang percaya, benda tu salah, orang yang sebar fitnah tu confirm-confirm dapat dosa. Kalau dorang tak terima, timbulkan marah dan perbalahan pulak .Memang takkan ada outcome positif dari perbuatan sebegini. Elakkan lah ye dari 'share' sumber yang tak pasti melainkan korang kaji betul-betul, faham betul-betul. Media arus perdana kita pun cuma memihak kepada satu 'side' sahaja. Memang teranglah-teranglah tidak memberi peluang. Politik yang adil? I don't think so. Bila macam tu, laman sosial lah akan digunakan sebagai medium untuk berkempen. Jadi pesanan aku,haruslah berhati-hati dalam membaca, meneliti dan menafsir sesuatu sumber itu. Kita sudah berada di arus kemodenan, dan dalam pada masa yang sama..minda kita pun perlu digunakan dalam membuat penilaian dan pertimbangan. Aku paling sedih bila ulama' diletakkan gambar sama dengan binatang yang haram..nau'zubillah... aku rasa sangat melampau. Kawal diri kita dari bertindak, gunakan akal fikiran bukan masa exam sahaja, malah dalam menghadapi dan menyebarkan sumber-sumber maklumat yang terpampang di internet.

Kita sudah masuk pada zaman di mana orang bebas memperkatakan fahaman mereka, bebas menulis atau menyatakan pendapat dan sokongan mereka di internet. Tapi kita kena ingat, BUKAN semua orang boleh menerima dan memiliki pendapat yang sama. Bila tak sama, ada golongan yang akan menentang habis-habisan dan membuat bidasan dengan menampilkan hujah-hujah yang relevan. Itu menunjukkan satu politik yang sihat. Secara tak langsung, interaksi seperti ini akan menunjukkan tahap intelektual mereka serta pembacaan mereka dan juga perkongsian sumber maklumat yang mereka gunakan. Tetapi, situasi seperti ini boleh menjadi buruk. Amatlah mudah menjadi buruk jika orang gabungkan INTELEKTUAL+EMOSI dalam situasi ini. Bukan sahaja perbalahan menjadi besar, malah boleh melibatkan orang lain yang sama menyokong dan membidas, sekaligus menjadikan situasi lebih besar dan merenggangkan jurang persahabatan serta menjadikan perbalahan lebih kepada emosi, bukan intelek. Bila dah jadi macam ini, takut je kawan-kawan boleh jadi tarik muka. Jadi tak se'ngam' dulu. Apa yang diharapkan walaupun berlainan fahaman, "Kawan tetap Kawan".

Besar bezanya PRU 13 dengan PRU edisi sebelum ini. Orang ramai sudah mula berfikir, sudah tahu menilai. Mereka sudah tahu tentang prestasi pihak yang memerintah, mereka sudah mula menimbang tara. Walaupun dengan sudut pandangan yang berbeza tetapi kali ini dengan adanya media sosial selain televisyen dan radio, serta penggunaan internet secara meluas, orang sudah meneroka dan mengkaji. Situasi seperti menunjukkan rakyat sudah mula memahami kebolehan mereka dalam negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi terpimpin ini. Tetapi perkara-perkara yang disebutkan di atas, harap dapat dielakkan. Berpolitiklah secara aman, selamat dan tidak merenggangkan perhubungan sesama insan. InsyaAllah.. Yang penting diharap negara berada dalam pimpinan yang betul, dan maju menuju ke masa depan.:)

*Selamat Mengundi :)

Wednesday, April 24, 2013

Keberatan Hati



Baru sahaja selesai tengok Bayern Munich vs Barcelona 1st Leg Champions League semifinal 2013. Barcelona kena 'kitai' 4-0. Hehe, well that's not the point. Sebenarnya selesai menonton, aku pun nak masuk bilik, terfikir tentang mak aku. Sebenarnya dia tengah risaukan abang dan adik aku yang bekerja dan belajar di utara sanaa (Kedah dan Penang). Abang aku sebelum ni cuma kerja di dalam Johor dan paling jauh pun KL. Tak pernah kerja sejauh ini, adik aku pun sama, tak pernah sejauh ini dari emaknya. Nampak la, even dia tak cakap direct..dia sebenarnya rindukan anak-anak. Dapat pulak aku duduk rumah sensorang, tak reti nak buat apa. Bukan jenis feeling type, malah sendiri dalam keadaan terumbang-ambing kerana tiada kerja. Aku tau mak aku taknak bebankan aku dengan masalah dia, tapi time by time aku cuba la cakap and tanya supaya aku tau apa yang dia fikir.

Lately kitorang bercakap pasal konvo aku pada hujung bulan Mei nanti. Cadangan aku asalnya, aku seriously malas pergi. Kenapa? Paling besar sebab malas nak konvo ni ialah sebab posting belum lagi. Sepatutnya Januari dah posting...tapi..entahla....apa tah pihak atasan buat.. Satu lagi sebab aku rasa pencapaian aku ni tak sehebat mana berbanding adik beradik aku. Plus, pointer aku pun biasa2 je, 2nd upper pun tak lepas. Aku tak berapa nak kisah. Aku takde mood nak menghadapi prosedur di mana aku kena pergi tempat yang aku totally taktau, kena stay sana, tempah hotel..ahh malas. Dan tiada siapa nak bawa dia nanti, aku kena jimatkan kos sebab raptai dan konvo selang sehari. What the heck punya jadual. Aku kena pergi dulu, drive dan nanti mak aku datang naik bas aku ambil di Terminal Bersepadu Selatan. Cuma dia dan adik bongsu aku. Dia tak kisah, sebab dia tau aku terpaksa jimatkan kos. Dia tau aku sangat attentive towards kewangan family sekarang sebab aku unemployed dan taknak bebankan lagi. Lagipun dia tak suka tinggal rumah lama-lama.At this time, aku terfikir. Kalau abah ada lagi,kan senang. Rindu nye, even garang..kalau part macam ni, mesti dia semangat, study route dulu, study jalan, discover tempat-tempat senang nak singgah. Dia punya planning memang superb eventhough handphone takde and tak guna  internet pun, he always comes with solution.

Aku rasa benda tu yang aku try nak emulate dari dia. Clearly, mak bukan sahaja miss her children, but miss abah very much. So I try to do my best to make her not feeling too empty. Walaupun aku bukan jenis orang yang mudah untuk pamerkan perasaan sebenar aku, aku mesti nak jugak ambil tahu tentang problem yang ada di rumah, apa yang tak cukup. Every time nak keluar, mesti tanya apa yang dia nak..sebab dia bukan selalu keluar, just untuk urusan penting je..Mostly,aku berat hati nak kata 'tak nak' kalau nak tunaikan permintaan mak aku nak tengok konvo.Maybe jugak antara benda paling aku ralat ialah arwah abah tak sempat tengok anak-anak dia sorang pun naik pentas konvokesyen. Harap-harap semuanya berjalan lancar untuk kami nanti. Amin .. :)

Sunday, April 21, 2013

Favorite comedian :)

Dalam pengetahuan umum, penggunaan perkataan "komedi" seringkali merujuk kepada ciptaan atau penyampaian kelakuan atau lakonan yang menggelikan hati atau merangsang ketawa. Satu lawak atau sketsa secara verbal mahupun bukan verbal yang mampu membuatkan audiens ketawa. Aku juga tidak terlepas daripada suka melaksanakan perkara sebegini..sebab lawak mampu buatkan orang lain ketawa sekaligus melupakan segala permasalahan dan menceriakan mereka. Aku sering dilabel 'jarang serius' dan kemuncaknya adalah pada suatu seminar or kursus ke ape tah, bila aku duduk sebelah roomate aku, kami semua peserta diarahkan untuk menulis kelemahan dan kekuatan rakan di sebelah. Bila aku baca kelemahan aku dia tulis salah satunya 'tidak serius' dan kekuatan aku juga 'tidak serius'. Untuk beberapa hari lepas itu aku cuba untuk menjadi seorang yang serius, tetapi gagal. Sebenarnya sikap suka melawak ini adalah peribadi dan selalunya terjadi secara sendiri. Namun begitu, aku masih ada orang yang aku hormat dan respek dalam bab komedi ini dan mampu membuatkan ramai orang ketawa.



Jim Carrey (51)
Terkenal dengan movie The Mask, Ace Ventura, Dumb and Dumber,
Liar Liar, Yes Man, Batman, Bruce Almighty

Steve Carell (51)
Terkenal dengan movie  Get Smart, Despicable Me, Date Night, Evan Almighty
Terkenal dengan siri TV The Office

Rowan Atkinson (58)
Terkenal dengan siri TV Mr.Bean (confirm korang tau!hehe) dan juga movie seperti Johnny English

Zach Galifianakis (43)
Terkenal dengan Movie The Hangover (1,2,3), G-Force, Due Date



Aziz Ansari (30)
Seorang stand-up comedian (pelawak pentas) dan juga memegang watak dalam movie seperti 30 Minutes or Less, I Love You Man serta siri tv Parks and Recreation

Kevin Hart (32)
Terkenal dengan Movie seperti Soul Plane, Along Came Polly, Scary Movie dan Drillbit Taylor


(Allahyarham) Tan Sri P. Ramlee, AR Tompel dan Ibrahim Din
Mereka merupakan ikon legenda lawak Malaysia yang terkenal sebagai trio Do Re Mi, lawak yang sangat bermesej dan kreatif.

Thursday, April 18, 2013

Baby memang comel...tapi...

Setiap kali ke rumah majikan aku untuk mengajar tusyen, sebelum naik ke tingkat dua(kira classroom aku kat situ) untuk memulakan kelas..aku akan meluangkan masa beberapa minit untuk bergusti dan bermain dengan anak majikan aku yang berusia 10 bulan sekarang. Baby comel ini tidaklah senang menangis dan agak mesra alam. Siapa saja yang dukung, dia tak kisah. Asalkan dia ok. Memang aku pantang jumpa baby ni, rasa nak cubit je setiap kali. Tambah pulak yang mesra-mesra alam ni. Kecomelan mereka memang membuatkan ramai manusia geram hahaha.

Sekadar gambar hiasan


Hari ini juga aku membuat perkara sama. Kacau baby itu kejap sebelum naik ke kelas. Baby itu pula sudah fasa merangkak dengan sepantas kilat dan pantang tengok pintu terbukak atau tangga. Memang dia nak pergi. Tangga pun dah power cepat betul panjat sampai atas even berjalan pun belum reti lagi. Sebelum balik tadi, aku berborak seketika dengan majikan aku. Masa tu baby tu tengah tidur dalam buaian. Dia kata baby dia ni pukul 12 malam nanti mesti bangun dah. Majikan aku yang suaminya bekerja out station selalu memang banyak jaga baby tu sorang-sorang. "Habis tu kalau dia terjaga?" tanya aku. "Dia akan buat bunyi, tapi tak nangis tapi dia mesti bagi tahu yang  dia bangun.Kena la melayan, kalau tak semua benda nak dipanjatnya". Aku tergelak je dengar, baby dia memang aktif. Tapi memang biasa aku tengok majikan aku tu punya kegigihan menjaga baby dia. Baby dia tak kacau dia, cuma dia kena alert sentiasa, kena tarik everytime baby dia terlepas jauh. Tak tambah pulak dengan pembuangan sisa-sisa, nak makan, nak minum apa semua kan. Before aku gerak keluar dari rumah tadi, ayat terakhir dari majikan aku adalah " Ko dah ada anak nanti tau la Shafiq! hahahhaa". 
........aku terdiam,cuma mampu tersenyum dan beredar dari situ. hahaha



Wednesday, April 17, 2013

Ahhh I miss this game :(

Ahh rindunya nak main warghhhh!












Bila la dapat main lagiiii



Transisi Hidup

Setiap orang berbeza, bukan sahaja dari segi fizikal, malah kehidupan mereka juga mempunyai satu perjalanan yang tersendiri..bergantung kepada keputusan yang mereka buat dan juga keupayaan mereka untuk menjalani kehidupan itu sendiri. Ada orang yang dapat menjalani kehidupan yang mereka inginkan, apa yang mereka idamkan, "couldn't been better..." bak kata mereka. Ada juga yang tidak dapat menjalani kehidupan yang mereka inginkan dan mengikut sahaja apa yang ditetapkan untuk mereka tetapi masih menikmatinya. Selain itu, ada juga yang dapat apa yang mereka mahukan, dapat mencapai apa yang dirancang tetapi tidak pernah berasa selesa dengan keadaan mereka. Perbezaan kehidupan dan perjalanan hidup ini bergantung pada sesetiap individu itu sendiri. Penerimaan mereka dalam konteks kehidupan, cara mereka menghadapinya serta kawalan emosi mereka merupakan penentu kepada kehidupan mereka sendiri. Mereka yang mengawalnya, memanglah...dikatakan kita ikut sahaja takdir yang membawa kita kepada sesuatu situasi, tetapi cara setiap orang menerimanya.




Kalau nak ikutkan, aku tak sangka akan berada dalam kehidupan sebegini. Berbeza dengan apa yang ada dalam kepala aku beberapa tahun dulu. Tetapi, dari masa ke semasa aku cuba untuk 'adapt', cuba untuk enjoy sebaik mungkin apa yang ada sekarang. Dalam pada masa yang sama, oleh kerana situasi family aku, aku juga cuba untuk memenuhi tanggungjawab sebagai anak lelaki, dan apa sahaja pekara kebanyakkannya aku akan ambil kira mak aku yang sekarang tinggal bersama aku di rumah. Bukan aku taknak keluar,lepak2, turun JB ke, turun KL ke, tengok bola kat stadium ke, cuma aku takkan rasa sedap hati jika nak keluar selalu..padahal kalau kat hostel memang ada duit je, KL laluuu. Bila aku dah bekerja nanti (posting pun entah bila), aku macam mesti akan terfikirkan keadaan family aku dulu. Dua orang adik aku even dah habis sekolah, masih belajar. Abang aku pun tinggal jauh di utara tanah air. So bila sekarang ni aku lambat posting, aku rasa maybe hikmahnya aku dapat tolong teman mak aku. Kerja pun cari2 sekitar sini je, Alhamdulillah ada jugak tempat tusyen memerlukan khidmat aku. Aku rasa lega bila dapat buat perkara yang betul, sebab kadang2 'the hardest thing and the right thing are the same'. Apa pun, kalau dah posting nanti, akan timbul lagi dilema dalam memikirkan keputusan yang perlu dibuat. Dalam situasi kerjaya aku, kalau dah keluar list posting memang kena pergi. Tapi tulah, bila dah rasa umur macam ni, banyak faktor nak diambil kira. Korang akan pertimbangkan antara keluarga korang, kerjaya,kesihatan, ekonomi, kawan-kawan pun...Bagaimana penerimaan korang pada benda tu, itu yang boleh buat kita jadi manusia yang kuat...menghadapi apa sahaja transisi hidup, masalah memang akan muncul beb.Memang akan muncul. Bukan jadi hebat sebab ada kerjaya yang hebat , gaji yang lebat. Tapi lebih kepada cara menangani apa sahaja yang kehidupan 'offer' pada kita. InsyaAllah :)








Saturday, April 13, 2013

Radioactive

Radioactive biasa korang dengar macam merbahaya kan? Tapi ni adalah single terbaru band unik Imagine Dragons yang famous dengan lagu ' It's Time '. Yeah!

"I raise my flags, don my clothes
It's a revolution, I suppose "

*Bukan kempen pilihanraya ye hahaha


Serabut

Jiwa kacau? Celaru? Serabut? Biasalah tu. Memang satu masalah dalam kehidupan. Cuma cara menangani dan mengatasi masalah tu yang membuatkan seseorang boleh jadi 'gila', tak keruan dan makin serabut sampai memberi kesan pada hidup mereka. Bila benda macam ni kena kat batang hidung aku, aku sendiri tak pasti cara aku mengatasinya. Selalu aku biar je, biar biar biar biar rileks biar makan biar biar tidur biar biar, fikir kejap, biar biar last-last bila dah terkumpul tu mula la jadi tension. Dan bila tension dan tak tahu jalan penyelesaian mulalah jadi serabut gila. Sampai satu tahap, tak boleh bertenang, aku kemas bilik, susun pinggan mangkuk kat dapur. Sebab pada aku, menyibukkan diri dengan benda macam tu boleh membantu aku lupakan sekejap. Lepas tu bila baring, aku fikir balik. Ah sudah. Penatlah. Cara aku handle masalah ini perlu dikaji semula. Jangan asyik nak tolong masalah orang je, sendiri punya hati kena jaga jugak. Selalu berpesan kepada diri ini.

Sunday, March 31, 2013

Sorotan Futsal Reunion Edisi-10

Berikut adalah gambar-gambar sorotan Futsal Reunion 89 Clanz Edisi ke-10. Futsal ini diadakan sejak selepas SPM lagi dan kini buat julung kalinya diadakan di luar Seremban iaitu Ampang Sports Planet.


Aksi awal

Ceria 1 (taktau nak describe apa haha)

Ceria 2

Maskot Banner Futsal

Jacob Twilight

Ceria 3

Semuanya Ceria :)







Saturday, March 30, 2013

If you could see me now

Videoklip yang agak baru dari band Irish, The Script bertajuk 'If you could see me now'.

Lirik lagu yang mengingatkan aku kepada arwah abah, yang aku harap dapat lihat keadaan aku sekarang, dan dapat tengok apa yang aku capai...  Dulu masa game ragbi aku, kalau dia datang mesti dia tak gitau..dia suka tengok dari crowd and biarkan aku tak nampak dia. Sebab dia tahu anak dia nervous if main depan orang yang rapat. Tapi aku dapat rasakan sokongan dan semangat dia setiap kali..thanks abah ! :)

*PS: Jangan lupa tutup lagu blog ni kalau nak dengar :D




Take that rage, put it on a page 
Take that page to the stage 
Blow the roof off the place 
I'm trying to make you proud 
Do everything you did 
I hope you're up there with God saying "That's my kid!"


Kembali ke dunia internet yeah.

Salam sejahtera buat pembaca budiman sekalian.. Dah berminggu tak blogging rasanya ni. Sebab aku punya simcard broadband SKMM rosak, tak boleh nak retrieve sebab beli dari orang lain. Then guna mobile internet, nak bukak FB ke Twitter ke sekejap2 boleh la..nak update blog memang kelaut.hehehe. Apa-apa pun kali ni aku dah beli simcard baru terus, and kembali ke dunia internet yeah!




*Penulis sedang menghidap jangkitan kuman di tekak sekarang, anak tekak membesar dan sangat menyakitkan. Dugaan demi dugaan datang harap dapat gagahkan diri. :)

Monday, March 11, 2013

Harakiri

System Of A Down. Pernah dengar? Hurmm kalau tak pernah...loser siot ...............................................
Hahaha takla main2 je. Antara band yang aku layan gila masa sekolah dulu. Kali ini aku nak share videoclip lagu yang membawa mesej tentang alam sekitar,dunia sekarang dan bumi kita secara amnya. Lagu ini dinyanyikan oleh vokalis band tersebut, Serj Tankian yang banyak membawa penulisan lirik lagu yang bermesej dalam projek solonya.
Lagu ini membawa mesej di mana manusia sendiri yang menjadi orang di sebalik kepupusan,kehancuran dan kerosakan dunia di zaman sekarang.






Hangpa nak dengaq tutup lagu kat bawah tu dulu naa. 

"The drum fish
They beached themselves in Harakiri
The blackbirds
They fell in thousands from the sky
Their red wings
Streaming down from the higher seas
Deflected by the ground
They crowned the sun
 They crowned the sun (They crowned the sun)
They crowned the sun (They crowned the sun)
But I believe that they are free
When their time was done (Their time was done)
They were drowned by the only one (They crowned the sun)
But I believe that they are free
Washed by the sun"


*Harakiri adalah upacara ritual bunuh diri oleh orang Jepun zaman dahulu di mana dorang akan rodok pedang kat perut mereka.

The Reality Hits Me.

Salam 1 Malaysia. Aku dah penat membaca (padahal baru sejam) untuk interview nanti. Otak aku cepat tepu, maklumat semua dah padat, dan segala info mengenai isu pendidikan dan sebagainya terpaksa bersaing dengan info bola sepak, game 'moves', planning untuk masa-masa akan datang, tusyen, kebosanan tinggal di rumah tanpa berbuat apa-apa, kesempitan wang dan bermacam-macam lagi. Aku try buat cara study aku masa di IPG. Pulun study bermula jam 2 pagi, 3 pagi bosan dah, terus main game. Lepas subuh baru tidur, bangun tidur lapar. Pergi makan. Lepas makan baca sikit lagi, petang terus masuk dewan exam. Kalau exam pagi, memang aku tawakal je apa yang aku baca malam tu.hehehe. 

Tapi this time, it's different. Jawapan yang bakal diberi bukannya kena fikir lama-lama, tengok siling dewan, tengok sistem air conditioning  dewan yang bising, lepas tu fikir "Kenapa bising sangat eah? Macam mana dorang pasang? Ke tak cuci ?". Lepas tu dapat idea terus jawab. Dah penat tulis, siap jawab soalan terus keluar dewan tak kisah la awal ke. Balik bilik terus melepak, online atau main game dengan budak-budak yang keluar awal jugak. Kali ini, aku kena jawab on the spot, dan ditanya secara lisan dan diperhatikan. Nak garu punggung ke, nak garu pipi ke, memang tak boleh. Ahh tensionnya. Aku harap aku tak tertekan. Mana taknya, ini interview ke 3 dalam hidup aku sejak bayi lagi. Last adalah masa aku mula-mula apply nak masuk IPG ni.



Bila aku baca jugak segala info, segala dasar, segala strategi pendidikan yang mula dilaksanakan untuk memartabatkan pendidikan negara kita; aku terfikir...aku sebagai agen yang akan melaksanakan segala dasar dan strategi tersebut. Bila baca..pheww..memang perubahan yang banyak. Dan memerlukan tenaga kerja yang sangat fokus. Masa ni lah aku rasa nak je tunjuk penumbuk kat sesiapa yang kata kerja cikgu ini senang. Aku yang nak memohon jawatan ini, aku dah dilatih. Tapi hakikatnya, adakah aku bersedia untuk realiti sebenar? Memegang suatu amanah, untuk masa depan generasi akan datang. Bila dalam keadaan ini aku terfikir balik antara tujuan aku menjadi guru, mengelakkan murid membuat kesilapan yang sama semasa aku sekolah dulu. Aku harap mereka enjoy dan dalam pada masa yang sama membuat keputusan yang baik untuk masa depan mereka sendiri. InsyaAllah..

Saturday, March 09, 2013

Lelaki Besi 3!

Filem Iron Man 3 bakal muncul di pawagam kalau tak silap aku bulan Mei ini. Apa yang buat aku excited ialah, akhirnya muncul juga nemesis atau musuh ketat Iron Man yang sebenar seperti di dalam komik bahkan kartun iaitu Mandarin!


*tunggu dengan simpanan wang rm20 untuk tiket wayang.

Aktiviti bulan ini.



Ada dua event penting untuk aku dalam bulan ini. Event yang pertama ialah Temuduga untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG 41. Aku perlu berjaya dalam temuduga ini kerana temuduga ini merupakan perkara penting dalam menentukan masa depan aku sebagai seorang guru. Oleh kerana 'posting' kami masih suram, namun prosedur temuduga ini tetap diteruskan bagi menjamin kesahan perjawatan kami ini. Oh lecehnya. Nak taknak kena pergi dan luluskan diri. Last time aku temuduga adalah masa nak masuk IPG dulu, masa tu pertanyaan semua berasaskan KBKK dan pandangan berdasarkan situasi yang diberikan. Temuduga kali ini memerlukan kefahaman yang jelas dalam pendidikan, pertanyaan melibuti banyak fakta yang perlu diBACA. Bukan GEBANG semata-mata. Itu yang aku lemah tuu..

Event kedua adik-adik sekalian ialah Temasya Futsal Reunion Batch 89 Clanz(batch SPM 2006 sekolah aku dulu). Post sebelum ini aku nyatakan kenapa setelah sekian lama tak dibuat akhirnya dianjurkan kembali dengan nafas baru, tempat baru. Harap dapat sambutan hangat seperti edisi-edisi sebelum ini. Aku juga berharap edisi ini akan menjadi medium untuk aku melepas segala tekanan yang ada dalam menghadapi temuduga nanti. Kalau temuduga tidak berjalan dengan lancar, aku sangat sangat sangat berharap futsal+melepak dengan rakan-rakan lama ini dapat membantu pemikiran aku.

Sedar tak sedar, bulan Mac sudah... Aku pun dah menginjak usia. Sungguh cepat masa berlalu. Aku pun sudah masuk 4 bulan menjadi penganggur bertauliah. Hampir 1 semester aku menganggur nampaknya. Aku harap pihak berkenaan dapatlah menguruskan urusan posting aku. Bukan  apa, degree aku ni..mana laku kat tempat lain. Sekolah je yang boleh menjadi tempat untuk degree aku ini bermanfaat.

Tuesday, March 05, 2013

Temasya Futsal Reunion Kembali!




Bagi bekas pelajar SM Sains Tuanku Jaafar batch 2002-2006, ada suatu tradisi di kalangan budak-budak lelaki di mana kami akan mengambil satu sesi untuk berkumpul dan menyepak kaki masing-masing di gelanggang futsal. Setakat ini, sudah 9 kali sesi ini dijalankan. Kali terakhir aku sebagai penganjur mengadakan event ini adalah pada Krismas 2011, selalunya setiap sem aku akan buat. Tapi memandangkan tahun 2012 ramai member-member yang menuju tahun akhir, sibuk dengan FYP, tesis dan sebagainya, futsal ini senyap seketika untuk memberikan laluan kepada mereka.

Antara edisi terawal 


Selalunya event seperti ini diadakan di sekitar daerah Seremban, kerana pada masa itu kami budak-budak sekolah suka melepak di sana. Di situlah tempat dating lah, tempat tengok wayang, tempat kenal dunia dan sebagainya. Namun begitu, aku akan mengadakan edisi ke-10 ini di tempat baru, KL, kerana kebanyakan mereka sudah bekerja, bermastautin, masih belajar, baru pindah rumah, memulakan karier dan sebagainya. So futsal kali ini akan diadakan di Sport Planet Ampang.

Selalunya lepas futsal, kami akan mencari port lepak dan mengutuk satu sama lain dan biasanya mangsa adalah rakan-rakan yang tidak berjaya hadir. Sikap ini tidak perlu diikut oleh pembaca dan ini merupakan bahan lawak antara kami. Biasalah kawan membahan kan.heheheh. Apa-apa pun harap event ni berjaya nanti dan dapat dihadiri oleh segenap lapisan rakan-rakan lelaki batch 89Clanz.

Aku dah 24 yow!

Gambar seorang lelaki dewasa sedang bermain.


Pertama-tama sekali, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat rakan-rakan yang mengewish birthday aku baru-baru ini. Setiap kali bulan Mac, hari pertama, aku akan menginjak usia. Tahun ini 010313 merupakan tarikh di mana umur aku lanjut ke umur 24 tahun. Oh tuanya. Oh mannn. Setiap kali meningkat umur, aku akan berfikir masa depan. Kononnya membuat pelbagai rancangan sesuai dengan kematangan yang sepatutnya muncul dengan peningkatan umur ini. Tapi malangnya, aku akan jadi diri aku sendiri. Let go je, rancang-rancang, tapi last-last hadapi kehidupan sehari-harian dengan biasa.

Pasang azam tu pasanglah jugak, tapi maybe bila fasa peralihan ke arah kehidupan berkerja tu belum tiba, aku still belum boleh rancang future aku dengan baik. Sepatutnya aku dah duduk sekolah dah mengajar, tapi minggu depan baru la nak interview untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah. Entah berapa lama baru akan dipanggil berkerja. Nasib badan...

Apa-apa pun, aku harap umur ini dapat membantu aku menghadapi kehidupan dengan tenang, dapat melalui transisi dari 'student' kepada 'employee' dengan baik serta dapat menemui pasangan yang memahami jiwa ini (ok,yang ini optional, tiap tahun aku harap macam ni). Aku akan cuba buat apa yang terbaik untuk apa yang ada di depan mata aku, dan menjadi seorang ahli keluarga yang bertanggungjawab. Aminnn..