Pages

Saturday, December 24, 2011

Umur 22 ke 23.Do I have to find "The One"?

Burung pun boleh berpasangan dengan patung king-kong, tapi ni gambar hiasan je ok. Dah burung tu duk rilek je depan bilik aku, tak takut orang..So aku pun main photoshoot la dengan rakan-rakan.Hehe...Tapi gambar pasangan burung dan king-kong ini ada berkaitan dengan entri aku ni....


"You can explore the universe looking for somebody who is more deserving of your love and affection than you are yourself, and you will not find that person anywhere."

Sekarang bila bukak Facebook, tengok kat home. Macam2 gelagat manusia ada kat situ. Ada yang putus cinta lah, tengah bahagialah, kejap 'in a relationship' kejap 'single' kejap 'it's complicated' kejap 'married' lah. Ada yang tulis pasal bf or gf dia..macam-macam..Yes, I'm surrounded by couples..surrounded by couples updates, couples happiness and also couple troubles.. Semua ada..hehe....


Aku pernah jugak lalui saat macam tu..aku rasa dah over a year kot aku 'membujangsinglekan' diri..rindu jugak zaman-zaman ada partner(cewah) tapi bila aku dah penat, atau fed up dengan past dissapointment..Aku akan rasa certain problems such as tak confident,hard to gain trust etc... Well..musim ni jugak kawan-kawan aku dah bertunang bagai..plus akak angkat aku pun dah mengikat tali pertunangan sedangkan aku hanya mengikat tali silaturahim dengan kawan-kawan. Nak kata dissapointment?Tak. Tapi aku macam surrounded by couples effect. Biasalah tu..Masa couple, anda rasa "eh ramai lagi kawan-kawan yang single"..Bila dah single "eh ramai pulak yang dah couple".

Umur aku sudah mencecah 23 tahun 2012, aku berada dalam tahun terakhir belajar di IPG. Lepas tu tahun 2013 insyaAllah aku akan dipostingkan. Adakah masa tu aku perlu mula mencari? Atau rileks..nanti ada jodoh ada la...Itu yang aku tak pasti sekarang...bila umur dah mencecah tahap ini, adakah life partner menjadi satu elemen yang penting untuk aku pastikan? Atau biarkan sahaja. Sebab macam-macam teori yang keluar daripada mulut rakan-rakan.."Umur macam ni lah nak cari pasangan", "Masa belajar ni kena cari nanti dah kerja takde masa", "Rileks dulu..nanti ada lah tu..."..dan macam-macam versi lagi...Abang aku dah mencecah 28 tahun, dan masih belum ada tanda nak berpasangan. Dan masih rileks sahaja melihatkan rakan-rakannya satu persatu kahwin..Menghadiahkan toaster,seterika dan pelbagai alatan elektrik untuk kawan-kawannya.Tapi toaster untuk beliau?Aku belum nampak tanda tu.Semua saudara-mara akan menimbulkan topik bila dia nak kahwin dan dia masih rileks....Aku pun tak faham.

Antara faktor yang membuatkan aku terfikir perkara ini ialah ketiadaan arwah abah aku. Bila terfikirkan yang beliau tidak sempat melihat cucunya, aku macam rasa nak je setelkan relationship aku dan get on board with married dan cheerkan mak aku with new ones in the family.Yes, a little old fashioned thinking but I'm worried you know. My mom means the world to me and I always want to make her happy with my life sorted out fast. But the point is, I don't know weather this is the right time to finding suitable partners or just chill out and see what happens. Women don't come to men that easily, men have to find them. That's what I know... And since I'm not handsome enough, I have to work hard.Ahahahha.

The bottom line is..in this situation..and in this age..Should I start to find 'the one' and never stop hoping? I still don't know yet. What I know right now is deal the important things, such as finishing my studies and have a good last year with my IPG friends ;)

6 comments:

  1. yahhh, you should find "the one"....
    pastu kawen... :)

    ReplyDelete
  2. hehe. semoga berjaya! yg penting cari wanita yang ikhlas dengan kamu. berhati-hati dalam pencarian. :)

    ReplyDelete
  3. bercinta pas kahwin jer.. :)
    suh mak carikan..
    xsusah dah utk accept family...
    :)

    ReplyDelete