Pages

Showing posts with label a little bit of love. Show all posts
Showing posts with label a little bit of love. Show all posts

Sunday, May 12, 2013

Love is everywhere.eh?



Banyak betul peristiwa, banyak betul orang yang aku jumpa, yang aku interact, yang aku berkenalan. Dalam tempoh beberapa tahun ini banyak yang berlaku. Tapi oleh kerana kedegilan dan ketidaksediaan aku untuk 'settle' dan cari partner, instead aku sibukkan diri di hostel, main, spend time dengan kawan-kawan. Mengambil langkah rileks dan 'kenal-kenal macam tu je' bak kata orang. Dengan prinsip 'kalau ada,adalah..'. Tapi bila orang yang aku kenal, aku pernah interact,pernah date. Bila mereka mula step up,mengorak langkah..aku rasa macam wow...cepatnya. Everything happens very fast... dan betul orang kata. Everything happens for a reason... aku ada jugak rasa nak mencari. Tapi terasa 'backtrack' bila memikirkan diri yang belum stabil. Belum kerja lagi, dan belum nampak lagi perancangan.

Bila aku nak rasa rileks je, aku dapat info pasal  orang ni then orang ni..then orang ni..." Wahh dah ada pakwe...wahhh swweetnyeww dah tunang..wahh dah ada orang yang nak ditunggu..wah dah nak kahwin..". Tambah pulak berita kawan-kawan, tambah pulak berita sepupu, anak saudara.Semuanya mengorak langkah. Aku macam ye, chill lah kan. Tapi bila masuk-masuk satu berita tu, of course akan buat kita terfikir.  Lagi-lagi yang pernah ada memori sama-sama, secara automatik akan teringat. Secara automatik akan berfikir seterusnya membuat refleksi sendiri. Ada kawan pernah kata 'rileks dulu..enjoy dulu...'. Ada juga kawan rapat yang kata 'akan ada nanti...'. Aku percaya semua tu. Takkan nak semua serentak kan, tapi kita tidak boleh menyerahkan semuanya pada takdir. Usaha kena ada :). Harap ada la yang akan tiba nanti..buat masa sekarang..tak tahu bila..tak tahu siapa yang sudi dan tak tahu end up dengan siapa. InsyaAllah :)


Wednesday, February 06, 2013

Apa yang anda perlu buat jika pasangan anda gila bola sepak?



Sebagai lelaki, memang tidak hairan jika melihat golongan ini meminati atau 'menggilai' bola sepak. Bab main, mahupun menonton perlawanan di televisyen. Kadang-kadang ada pasangan yang sama-sama minat bola sepak, boleh pergi tengok live game sama-sama, boleh ke stadium sama-sama, boleh borak pasal team sama-sama. Tapi situasi itu amat jarang, bukan kebanyakan wanita yang minat dengan benda macam ini. Kadang-kadang bagi yang sudah berpasangan, si lelaki minat tapi perempuan kurang atau memang tak minat, boleh menimbulkan pelbagai situasi yang mungkin boleh kata masalah kecil, sampai tahap boleh mengganggu emosi sedikit. Tambahan pula bagi lelaki yang sangat menggilakannya. Bila tengok game team kegemaran, memang tak boleh ganggu langsung. Nak mesej tak boleh, nak call susah, kalau mesej pun balas lepas 10,15 minit. Bukan takde yang boleh mesej masa tengok game or layan bola kat stadium, tapi kebanyakan lelaki yang 'die hard fan' memang sukar diganggu tambahan pulak kalau tengok team favourite dia, game best, atau sedang menonton sambil hangout dengan kawan-kawan.

Ada beberapa cara bagi menghadapi situasi ini tanpa menimbulkan sebarang konflik atau salah faham, merajuk, terasa hari dan sebagainya.

1. Minta dia beritahu jika game sudah bermula.
Ini untuk menyediakan mental anda jika pasangan anda mahu menonton bola sepak. Biasanya malam minggu. Jika dia hendak keluar melepak dengan kawan-kawan sambil menonton bola, itu adalah signal untuk dia menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Unless dia memang jenis selalu mesej tak kisah ada gempa bumi or sedang berada dalam kebakaran. Bila anda beri 'space' pada dia tanpa diminta, dia akan rasa lega sebab anda memahami. Dan ingatkan dia untuk hubungi anda jika game sudah habis atau anda hendak tidur. Tapi janganlah pulak letak :( kat hujung mesej anda, nanti dia ingat anda tak suka pulak.haha.

2.Tidak perlu beriya-iya sangat jika anda memang tidak suka.
Ada juga sesetengah wanita yang menganggap, bila pakwe mereka ni 'semangat' tengok bola, maka mereka pun perlu semangat. Lelaki sebenarnya bukan mahu mengubah pasangan mereka sampai tahap sebegitu. Cukuplah ambil tahu sedikit, or beli jersi sama ke, ikut pergi stadium. Sebab bila diri sendiri memang dah tidak berapa minat, jangan memaksa diri untuk berubah supaya minat jugak. Kadang-kadang ada sampai menjerit gol lebih-lebih dari pakwe dia. Sebab benda ni won't last. Katakanlah..(katakanlah) berpisah kan, so camne dengan minat tu? Berubah balik semula? Ha..kena fikir tu. So jangan sampai obses ok.

3.Ingat pasukan yang dia suka, dan tak suka.Hehe :P
Ha..yang ini..rasanya kena tahu. Bukan apa, senang jugak untuk anda. Nak beli hadiah ke or souvenir ke, senang jugak tak perlu fikir panjang. Dapatkan apa-apa berkaitan team dia, mesti dia suka. Kalau perbualan ke apa boleh jadi usik dia, kalau dia boleh terima, bahan team dia, hehe. Tapi kalau selalu jangan la eh. :P. Kalau team dia tak suka tu pun kena ambil tahu gak,boleh bahan sama-sama hahahaha.

Antara hadiah besday yg aku pernah dpt 3,4 tahun lepas.
Cupcake Arsenal dgn aku sekali ada dlm list players.


4.Jangan puji player selalu cuma sebab hensem.Depan dia.
Ha yang ni...errr. Selalu jadi. Kadang-kadang bagi orang yang tak tahu, diorang akan tengok appearance jelah. Biasalah tu. Hehe, pasangan anda tu lelaki, takut kang dia kuat jeles. Bila anda asyik puji-puji, komen-komen appearance player tu, dia jadi tak syok la. Ada certain orang dia boleh terima, layan aje. Hehe. Tengok keadaan ok.kih3


The biggest point is 'memahami'. Hehe mudah je. Kalau memahami, secara automatik anda akan memahami perkara seperti ini. Dan boleh menerimanya dengan baik. Bagi orang yang  minat bola ni, ini 'passion' mereka. Lagi-lagi kalau liga di Eropah, diorang tak boleh nak ke sana tengok, so kat tv or kedai mamak je lah mereka boleh berkumpul dengan member or spend time lepak rileks kat rumah tengok game bola. So kalau pasangan anda seperti ini, rileks, fahami dan jangan bertelagah pulak pasal benda ni. Small matter je. Bila dah habis game or free tu, luangkan lah masa banyak2 kali ribu2 pun takpe.hehehe :). Kalau korang sayang dia, janganlah suruh pilih antara bola dengan korang. Itu maknanya suruh pilih antara passion dorang pada bola dengan sayang dia pada korang. Passion dengan sayang. Dua benda berbeza. Hehe :)



*Gambar kek tersebut adalah hadiah dari 'ex' penulis. Hanya menggunakan gambar tersebut sebagai contoh walaupun sudah lama tiada hubungan lagi.Harap maaf jika menggunakan gambar tersebut, tapi hadiah tersebut antara yang paling diingati oleh penulis. Sekian.





Saturday, January 19, 2013

Open ourselves..to others.

“To open your heart to someone means exposing the 
scars of the past.”

Setiap orang mempunyai pendekatan atau cara tersendiri dalam menghadapai pelbagai emosi, serta perasaan terhadap sesuatu perkara. Ada yang suka memperlihatkan ekspresi mereka pada semua orang, menampilkan keceriaan serta tidak langsung menyembunyikan apa yang mereka rasa. Ada juga yang suka menyimpan sedalam-dalamnya, tidak sedikit pun dipamerkan, cuma menghadapi setiap hari dengan biasa, menyatakan yang mereka 'OK' setiap masa.

Tapi bagaimana pula dengan kenangan pahit atau sukar dilupakan, adakah itu satu benda yang perlu dikongsi? Aku tak boleh nak nilai perkara ini, setiap orang ada prinsip dan pandangan masing-masing. Masalah aku ialah aku lebih suka mengetahui dari mennyebut apa yang terjadi kepada diri aku atau mengenang perkara pahit yang telah terjadi. Aku lebih suka melihat orang happy, lepas tu sibuk nak happy jugak sekali. Haha, teruk ke eh? Agak selfish di situ. Tapi itulah punca kegembiraan aku. That's why aku rasa 'Joker' bukanlah orang paling happy sekali, cuma dia ada untuk membuatkan orang gembira, itulah sumber kekuatannya. *Unless Joker Batman tu, that's bat crap crazy.

Aku ada kawan, yang rapat, yang suka gelak sama, dan share masalah sama-sama. Aku agak menyimpan, tapi bila aku dah percaya, memang aku akan terbuka dan cerita. Tapi in exchange, aku juga dapat tahu kisah orang itu dan sama-sama berkongsi pendapat. Aku bukan problem solver, pangkat aku cumalah listener. Mendengar, dan memberi respon. Pendapat aku tak semestinya diterima, tapi aku cuma mampu berharap dapat buat orang happy dan lupakan masalahnya seketika.

Bagi orang yang suka memendam rasa, menyimpan perasaan, sukar untuk dizahirkan..situasi akan menjadi halangan bila ingin berjumpa atau berkenalan dengan orang baru. Maksud aku, sebagai pasangan. Sebab kadang-kadang kita ada keinginan untuk berkongsi untuk semua orang. Cuma orang yang kita percayai sahaja. Kita perlu mengenal orang itu dengan baik dan rasa rapat, baru kita boleh rasa secure dan buka hati kita untuk berkongsi perkara.



Itulah yang sering buat aku tersangkut. Bila kenal dengan orang baru, bila ada harapan, bila rasa nak further, aku rasa susah sangat. Sebab susah nak expose apa yang aku ada dalam diri ni, siapa diri yang sebenar. Selalunya bila aku kenal dengan orang ni, I'm just stuck at general things. cakap pasal perkara-perkara umum. Pasal kelas, pasal kerja, pasal makan, pasal tidur, pasal rutin harian, pasal sekolah dulu, pasal tempat tinggal, pasal benda-benda yang berlaku di sekeliling. Sampai tahap aku rasa tak tahu nak kata apa, then selalunya end up with 'Oh..ok'. Aku rasa orang yang baca mesej or bila aku cakap macam tu mesti bengang. Aku sendiri tak boleh nak mesej panjang-panjang dah sekarang kalau dengan orang. Maybe aku awal sangat kot bercinta, sekolah menengah. Idea and kepala otak tengah fresh, melambung-lambung ayat keluar dari kepala otak ni dulu. Sekarang..halamakk...aku selalu set dalam kepala otak, "Mesti dia ni cepat bosan ni kalau mesej dengan aku.". Then selalu aku stop jap, berapa hari baru mesej. Lepas tu jadi ikut mood. And paling problem ,susah nak bukak pasal personal things, sebab I need more and more time, kena biasakan dulu. Maybe past relationships haunt me, tapi aku tak boleh jadikan excuse tu sampai bila-bila kan?

Thursday, December 06, 2012

Compatibility vs Chemistry



Dalam sesuatu hubungan(relationship), pasti ada beberapa faktor yang diambil kira. Katakanlah korang nak start something ni, pasti korang kenal-kenal dulu kan? Dalam masa mengenali tu mesti ada benda atau faktor yang korang lihat pada seseorang tu dalam menentukan..is she/he is the one? 
#Ok diagnosis aku ini adalah untuk real relationship, bukan untuk temporary fling, scandal or ape2 lain yang tidak berkenaan.

Dua faktor major dalam menentukan pemberatan dalam memilih pasangan itu yang aku nak share kali ini ialah 'Compatibility' dan 'Chemistry'. Compatibility atau olahan dalam bahasa Melayunya ialah kesesuaian, faktor melengkapi dan lebih menjurus kepada faktor luaran. Contohnya status keluarga, status kewangan, kerjaya, pelajaran, hobi,kecenderungan dan sebagainya. Sebagai contoh.. seseorang itu melihat pasangannya itu seorang yang bekerja sebagai doktor dan dia adalah seorang jururawat. Dan melihat itu sebagai satu kesesuaian kerana faktor kerjaya yang saling berkaitan. Antara lain juga melihat kepada pasangannya itu mempunyai kecenderungan atau hobi yang sama, dan juga minat terhadap genre movie atau lagu yang sama. Itu semua adalah compatibility. Mencari persamaan dalam sesetengah aspek untuk memudahkan kehidupan bersama.


Manakala 'Chemistry' lebih melibatkan perasaan. Kadang-kadang diri sendiri tak tahu, anda terserempak dengan seseorang ini ketika di konsert misalnya. Bila meluangkan masa seketika bersamanya, anda rasa dia sesuai. Even bila mengetahui yang minatnya yang berlainan atau kecenderungan serta kerjaya yang tidak seperti yang anda bayangkan, anda akan berfikiran semula cara untuk bertoleransi dengan semua itu. Itu adalah chemistry, anda memang menyukai orang itu. Kadang-kala, ada juga orang yang tidak tahu untuk explain jika ditanya "Kenapa kau suka dia?" even memang berlainan certain part dalam kedua-dua insan ini.Memang selalu berlaku. Jawapannya "Aku suka dia." *Soundtrack lagu Ainan Tasneem berkumandang :P  ..Itulah chemistry. Rasa suka,selesa dan ingin bersama walaupun dalam pelbagai rintangan,halangan atau perbezaan pada individu itu.



Aku bukanlah Dr. Love mahupun Dr. Rozmey, tetapi based on experience and various observations, aku rasa kedua-dua ini penting. Cuma a little bit on the chemistry side. Sebab bila ada chemistry ni. akan ada motivasi untuk mewujudkan hubungan dan suasana yang happy untuk kedua-dua pasangan sebab dorongan daripada perasaan ini memang sangat tinggi. Akan ada tolak ansur, beralah, pengurangan ego serta penerimaan perbezaan individu. Kalau dari segi kesesuaian atau 'compatibility' ini sahaja, katakan anda mempunyai minat atau hobi yang sama, lama kelamaan akan timbul kepincangan sebab tiada dorongan untuk kekal bersama sebab tiada faktor perasaan itu. Timbul lah nanti rasa bosan, penat kerana tiada motivasi dari dalam hati untuk mengekalkannya. Namun begitu kedua-dua faktor ini amatlah penting bagi pendapat aku. Cuma perbezaan boleh diterima dan diexplore. Perasaan? Susah sikit. Only your heart knows :)


Sunday, December 02, 2012

Closure.

Setelah dua tahun end of relationship dengan ex aku, akhirnya aku mempunyai kesempatan untuk membuat proper closure. Sebab maybe banyak benda yang buat dia tertanya-tanya dengan aku, even before ni kitorang dah bincang why it happened, dan masing-masing tak berjaya jumpa jalan kembali. Aku pun lepas tu macam nak tak nak reply apa-apa dia tanya. Salah aku jugak. Sebab nampak usaha dia untuk memenangi hati aku kembali. Tapi bila dah relationship yang on off sejak 5 tahun, perasaan tu dah jadi pudar. Semangat aku dah takde untuk merapatkan kembali benda yang sememangnya sudah rapuh. Maybe it's time for us to take a break. Sejak itu, aku menyibukkan diri di maktab, bersuka ria dengan kawan-kawan, main, makan, tidur, focus on family issues..itu sahaja. Kami jarang berinteraksi selepas itu, sebab aku sendiri yang try to let go everything slowly..

Don't get me wrong, aku juga ada interaksi dengan rakan perempuan yang lain, ada juga kenalan dan ada juga interest in searching and finding the right one. Cuma kadang-kadang aku tak perasan yang aku sering bagi 'mixed signal' then aku just treat as friend. Several of my friends told that when I'm always gave the wrong idea. Treated the girl nicely and then, slowly became friends again. Ahh, I'm so sorry. That's my bad...kadang-kadang aku tak perasan pun , tapi sebab aku dah terbiasa merutinkan diri dengan benda-benda lain, handphone aku tak terusik sangat.

Awal pagi tadi, aku bawak keluar barang-barang dari kotak yang aku bawak balik dari hostel hari tu. Satu-satunya kotak yang belum terusik. Then aku bukak, kemas tiba-tiba terjumpa this one thing...

My Favourite Kamen Rider : Kamen Rider V3


Keychain bersaiz besar ini diberi kepada aku beberapa bulan lepas, dipassing oleh Ain yang eventually kawan dengan ex aku masa kitorang still in a relationship dulu. Dia buat sendiri ni, sebab aku tau yang dia memang buat bisnes benda ni..Masa aku dapat tu aku terus gantung kat dashboard aku kat bilik. Tapi aku seriously tak ingat, aku dah terima kasih kat dia belum. Ahh teruknya aku kan? Lepas tu aku terus main badminton rasanya. My mind was still on to the same routine over and over again at that time. 

Lepas ni aku harap dia sentiasa hepi dan bahagia..I really mean it. 

"Sorry, I didn't mean to hurt you or ignore you in any way. I just needed space and tried so hard to cheer myself up on my own. I did carry a lot of burden but with our problems before, I couldn't bear to put on those burden towards you..Take care Eton. Best of luck~"


Thursday, October 25, 2012

Trending #JODOH

Salam pembaca-pembaca budiman sekalian. Sekarang tiba-tiba rasa nak opening line post ni dengan pembuka kata yang kununnya nampak macam orang bahasa sikit.haha. Anyway, aku perasan yang sekarang ni ada satu trend di mana selalu mesti je ada kat mana-mana laman sosial pun. Cerita pasal jodoh. Hoho, bagi yang sedang bercintun pasti tak risau sangat aku rasa sebab mereka sudahpun menjumpai pasangan sehati sejiwa UNLESS mereka ini tidak bercinta untuk masa depan, cuma satu fasa dalam kehidupan yang ditempuhi sebagai pelengkap syarat. Atau bercinta dan hanya melihat apa yang akan berlaku, "kalau ada, adalah..  " begitu katanya. 

Bila aku baca post-post di twitter mahupun FB, bila share pasal jodoh, ada tarikan di situ. Ini kerana rata-rata orang kebanyakannya menganggap satu benda penting untuk difikirkan untuk golongan yang belum mendirikan rumah tangga.(err..yang dah kahwin tu toksah la nak fikir kan.) Kalau rasa tak penting atau tak rasa benda tu menarik, takdelah orang yang menyasau gi like, retweet atau share benda tu kan. Obviously benda ni jadi suatu tarikan. Jodoh itu rahsia Allah, rahsia yang membawa kepada sesuatu yang membahagiakan (kahwin). Siapa yang tak happy kan? Cuba kalau kawan-kawan korang yang terdekat kahwin. Pasti korang pun akan tumpang bahagiakan? Walau seseorang tengok ex dia kahwin dengan orang lain pun boleh happy and wish kebahagiaan, apa tah lagi rakan baik. :)

Cakap pasal jodoh, ada yang kata pada aku. "Lelaki senang la...terus pinang je.Perempuan kena tunggu". Aku tak nafikan benda ni tapi aku tak nampak 'kesenangan' di situ. Kedua-dua pihak kena ready untuk satu komitmen besar untuk satu jangka masa yang  panjang- seumur hidup. Kalau ada duit, terus kahwin. Padahal diri tak ready, boleh mengundang masalah. Cinta lepas berkahwin memang digalakkan. Tapi konteks tu kena faham betul-betul. Bukan dah ada duit, kahwin terus. Tapi mampu dan bersedia untuk memikul tanggungjawab untuk bersama dengan pasangan masing-masing. Bila dah kahwin baru bercinta, dua-dua dah ready barulah ok :)



* Memang benda yang baik, namun persoalannya.Adakah kita bersedia ? :)

Tuesday, April 03, 2012

Orang yang kita suka, tak semestinya kita dapat kan?


Entri ini aku tujukan umum kepada semua orang. Sebagai seorang manusia, lumrah lah untuk mempunyai perasaan pada orang lain. Sebagai contoh, kau suka seseorang. Ok.

  1. 1. Kalau kau tak cakap, dia tak tahu kau suka dia. So memang of course takkan dapat.
  2. 2. Kau cakap, tapi jawapan dia berdalih-dalih dan bagi ayat selamat. Maksudnya kau tak dapat la tu.Mungkin dia just tak terima kau tapi nak selamatkan friendship korang.
  3. 3. Kau cakap, tapi dia kata dia dah suka orang lain. So..hurmmm. Better don’t make things complicated.
  4. 4. Kau cakap, tapi dia terpaksa tolak sebab ada masalah lain. Dan situasi jadi awkward.
  5. 5. Kau cakap, dia pun kata dia suka kau. So teruskan hubungan dengan niat yang berpanjangan.

Dari kelima-lima possibility tersebut, hanya yang last tu yang membolehkan korang approach seorang wanita untuk menjalin hubungan seterusnya ke arah yang baik. So mindset dulu, tak semestinya orang yang kita suka tu kita dapat. Tak kira serapat mana pun korang. Untuk mengelakkan frust. So pesanan ini berakhir di sini.

Friday, March 16, 2012

Afraid.

Today is 16th of March 2012. I'm 23 years n 15 days old. I'm not quite sure but I'm single for almost two year now. The last relationship I had was fallen apart cos I've no more love since my ex found lying towards me. Yep, it's a hard thing to accept. But that's life. The more I think of it, I don't think I can blame her. It's my self confidence that shattered since I started dating my friend in IPG. This happened before I went back to my high school ex and then we broke up like I said before. About my particular 'friend', she was a nice girl, happy, energetic. But I didn't know that she have a dark side to her. But I'll kept that a secret, we broke up because of that. And I didn't trust her after that. Well, the point is..her last words were very shattering, almost breaking up all the particles I had in my heart.

It sounded like this "Eloklah, better keluar dengan lelaki yang hensem even perangai tak baik pun. At least tak lah sakit hati. Daripada orang yang tak hensem perangai baik pun, muka boleh buat sakit hati jugak."

That was the last words I got from her. Since then, I'm afraid. Afraid to go further with women.

I liked a girl once, we got along. But then, we stopped at just being friends sebab I'm afraid to get involved. I don't know what she's thinking. But later, I realized that self confidence can ruin me to go further. Help.

*Words hurt, not for the moment. It can last.



Saturday, December 24, 2011

Umur 22 ke 23.Do I have to find "The One"?

Burung pun boleh berpasangan dengan patung king-kong, tapi ni gambar hiasan je ok. Dah burung tu duk rilek je depan bilik aku, tak takut orang..So aku pun main photoshoot la dengan rakan-rakan.Hehe...Tapi gambar pasangan burung dan king-kong ini ada berkaitan dengan entri aku ni....


"You can explore the universe looking for somebody who is more deserving of your love and affection than you are yourself, and you will not find that person anywhere."

Sekarang bila bukak Facebook, tengok kat home. Macam2 gelagat manusia ada kat situ. Ada yang putus cinta lah, tengah bahagialah, kejap 'in a relationship' kejap 'single' kejap 'it's complicated' kejap 'married' lah. Ada yang tulis pasal bf or gf dia..macam-macam..Yes, I'm surrounded by couples..surrounded by couples updates, couples happiness and also couple troubles.. Semua ada..hehe....


Aku pernah jugak lalui saat macam tu..aku rasa dah over a year kot aku 'membujangsinglekan' diri..rindu jugak zaman-zaman ada partner(cewah) tapi bila aku dah penat, atau fed up dengan past dissapointment..Aku akan rasa certain problems such as tak confident,hard to gain trust etc... Well..musim ni jugak kawan-kawan aku dah bertunang bagai..plus akak angkat aku pun dah mengikat tali pertunangan sedangkan aku hanya mengikat tali silaturahim dengan kawan-kawan. Nak kata dissapointment?Tak. Tapi aku macam surrounded by couples effect. Biasalah tu..Masa couple, anda rasa "eh ramai lagi kawan-kawan yang single"..Bila dah single "eh ramai pulak yang dah couple".

Umur aku sudah mencecah 23 tahun 2012, aku berada dalam tahun terakhir belajar di IPG. Lepas tu tahun 2013 insyaAllah aku akan dipostingkan. Adakah masa tu aku perlu mula mencari? Atau rileks..nanti ada jodoh ada la...Itu yang aku tak pasti sekarang...bila umur dah mencecah tahap ini, adakah life partner menjadi satu elemen yang penting untuk aku pastikan? Atau biarkan sahaja. Sebab macam-macam teori yang keluar daripada mulut rakan-rakan.."Umur macam ni lah nak cari pasangan", "Masa belajar ni kena cari nanti dah kerja takde masa", "Rileks dulu..nanti ada lah tu..."..dan macam-macam versi lagi...Abang aku dah mencecah 28 tahun, dan masih belum ada tanda nak berpasangan. Dan masih rileks sahaja melihatkan rakan-rakannya satu persatu kahwin..Menghadiahkan toaster,seterika dan pelbagai alatan elektrik untuk kawan-kawannya.Tapi toaster untuk beliau?Aku belum nampak tanda tu.Semua saudara-mara akan menimbulkan topik bila dia nak kahwin dan dia masih rileks....Aku pun tak faham.

Antara faktor yang membuatkan aku terfikir perkara ini ialah ketiadaan arwah abah aku. Bila terfikirkan yang beliau tidak sempat melihat cucunya, aku macam rasa nak je setelkan relationship aku dan get on board with married dan cheerkan mak aku with new ones in the family.Yes, a little old fashioned thinking but I'm worried you know. My mom means the world to me and I always want to make her happy with my life sorted out fast. But the point is, I don't know weather this is the right time to finding suitable partners or just chill out and see what happens. Women don't come to men that easily, men have to find them. That's what I know... And since I'm not handsome enough, I have to work hard.Ahahahha.

The bottom line is..in this situation..and in this age..Should I start to find 'the one' and never stop hoping? I still don't know yet. What I know right now is deal the important things, such as finishing my studies and have a good last year with my IPG friends ;)

Tuesday, December 20, 2011

Hati dan Akal

Ini adalah entri yang aku buat sebab baru-baru ini aku dapat berita yang mengecewakan.Aku bukan taknak kongsi berita tu, tapi aku rasa terlalu peribadi.Tapi aku olahkan intipatinya sebab benda ni buatkan aku banyak sedar dan belajar bersabar.Pernahkah anda letakkan harapan yang tinggi pada sesuatu? Dan adakah anda tahu yang anda tak sepatutnya buat begitu kerana takut anda akan kecewa dengan teruk? Tapi still anda terus stick dengan harapan tu kan… Kenapa?



Hati dan otak tak semestinya selari.Pilihan hati dan akal biasanya berbeza.Hati akan kata “just go for it” tapi akal mungkin kata “hold on..it may be a bad idea”. Macam aku.Selalunya salah keputusan even aku banyak berfikir tentang benda tu, aku terlalu ikutkan kata hati. Baru-baru ni aku kecewa sebab terikutkan benda yang sama.Akal aku dah kata ‘”jangan” tapi hati dah kata “go on je”. Bila sampai masa aku dapat berita tak macam yang hati aku nak tapi akal aku dah agak..aku agak down.Bertambah perit bila dapat berita tu malam…tapi esok paginya ada game yang penting.

Sepanjang pagi tu dalam komuter semasa perjalanan ke Seremban aku asyik terfikirkan kekecewaan itu. Kita sebagai manusia memang takkan lari dari kesilapan, tapi kekecewaan hasil dari kesilapan itu agak perit untuk diterima. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna kan? Aku buat entri sebab nak ajak korang berfikir. Adakah kata hati itu tepat? Atau adakah kita perlu menilai dari segi logik akal setiap masa? Adakah kita perlu berharap pada benda yang tak pasti…

Aku adalah orang yang kurang bijak membuat keputusan lebih-lebih lagi melibatkan hati.Benda-benda macam ni buatkan aku jadi semakin down.Aku senang kecewa tapi aku tak suka menunjukkannya.Nampak macam kuat,tapi hakikatnya dalaman aku agak lemah. Tapi aku harap korang semua dapat mengambil iktibar. Before ikut kata hati, ambil kira segala faktor yang ada.Gunakan akal.Dan bersedia sebaik-baiknya jika kekecewaan menimpa. Hati dan akal yang selari, boleh buatkan korang jadi lebih bersedia untuk apa-apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita.

Wednesday, December 14, 2011

Monogami, Poligami dan Otak Manusia.






POLIGAMI.Dengar perkataan ni je dah panas telinga untuk kaum hawa kan?Rileks…hehe..aku terlihat cerita di Discovery Channel baru-baru ni.Tajuknya ‘Science of Sex Appeal: Is Monogamy the Answer?.

Aku tengok cerita ni sebab tertengok ada tikus ber’couple’ macam kelakar, tapi bila tengok sampai habis baru faham tentang konsep monogami dan poligami dan kaitannya dengan otak kita.

Rupanya, monogami tu merangkumi dia hanya tertarik dengan seorang insan sahaja sepanjang hidupnya dan tidak pernah menjalin hubungan dengan orang lain.Bukannya bermaksud dia kahwin seorang sahaja, tapi dia adalah ‘playboy’.Itu masih tidak dikira sebagai manusia monogami dari segi saintifiknya. Maka dia juga tergolong dalam kategori poligami.

Sebenarnya, saintis seperti Janet Bennion dalam bukunya Women of Principle (1998)mengatakan ‘In historical terms, it is monogamy that is in need of explanation, not polygamy.’

Maksudnya dalam sejarah manusia ini, perkara yang perlukan penjelasan adalah monogami, bukanpoligami. Ini kerana normally manusia adalah generally mempunyai prinsip poligami.. Jangan risau sebab biasanya lepas putus cinta pastu lama kelamaan jatuh cinta pada orang lain pulak atau.....tak pernah bercinta tapi minat pada dua orang yang berlainan merupakan perkara normal. Itu merupakan salah satu cara termudah untuk melihat konsep poligami itu secara psikologi.Poligami dan monogamiini bukanlah suatu benda yang kekal. Dan sebenarnya jugak, poligami dan monogami ini bukanlah satu sikap manusia tapi berpunca dari hormon istimewa yang ada dalam badan manusia.Mari aku terangkan :

Manusia mempunyai hormone oxytocin dan vasopressin dalam badan.

  • Hormon oxytocin antara fungsinya ialah merangsang otak ke arah kemahuan untuk berpasangan.Macam contoh seorang insan ni terpikat pada seseorang atau terasa rapat dan ‘bonding’ dengan seseorang adalah contoh daripada cetusan hormon ini.
  • Hormon Vasopressin pula adalah ejen utama untuk mengekalkan kuantiti air dalam badan, tapi kajian dalam cerita yang aku lihat tu mendapati, lebih tinggi kandungan hormon ini, lebih cenderung untuk menjadi seorang yang poligami.

Bila aku lihat doktor dalam siri tu membuat scanning pada seseorang subjek(manusia) yang belum berkahwin dan mempunyai kehidupan seks yang normal(Ini orang putih,jangan ikut), dia mendapatihormon vasopressin dalam otaknya adalah tinggi, jadi dia mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi manusia yang poligami.Normal sebenarnya. Berbanding dia membuat scanning pada seorang yang sudah lama berkahwin dengan seorang isteri dan mempunyai beberapa orang anak, dia mempunyaihormon vasopressin yang agak rendah. Berdasarkan kajian ini jugak, kita dapat melihat bahawa manusia boleh mencapai tahap monogami bila dirasakan sesuai untuk 'settle in', berkahwin dengan pasangan yang sesuai dan sebagainya.

Jika semua orang menjadi monogami, dan hanya cenderung pada satu pasangan sahaja sepanjang hayatnya, agak sukar bukan? Jika dah berputus cinta, bercerai-berai, lepas tu sukar untuk meneruskan hidup dan memilih untuk bersendirian. Macam dah tak boleh nak membina hubungan baru dengan orang lain selepas itu. Adakah itu yang perlu dalam manusia?...Sebenarnya prinsip poligami dan monogami ini agak logik sebenarnya, tapi bila orang hanya pandang pada konteks perkahwinan.Memang sukar untuk diterima. Memanglah mana-mana wanita nak jadi the only one di mata suami. Malah dalam Islam pun menghalalkan poligami(asalkan mampu) sebab memang dah lumrah prinsip poligami dalam diri manusia adalah normal.Tapi kita bukan nak sentuh benda tu.Itu isu perkahwinan.

Hakikatnya dalam dunia berpasangan, manusia cenderung untuk mencari pasangan yang lebih sesuai lebih-lebih lagi buat masa sekarang.Di zaman moden ini, kita sudah ada kuasa untuk memilih dan bebas mencari pasangan yang lebih ‘ideal’. Jika kita tidak rasa sesuai, mungkin kita lama-kelamaan cepat bosan atau cuba mencari yang baru. Itu normal sebenarnya, namun CARA yang digunakan kadang-kadang tidak patut. Bila itu terjadi, mulalah timbul masalah kepercayaan, pergaduhan dan sebagainya.

Kita juga kadang-kadang begitu..sekejap kita rasa sesuai, sekejap kita rasa tak..Perasaan tak pasti memang banyak menguasai diri manusia.Tapi itu bukan sebab untuk kita sentiasa mencari kesempurnaan.Manusia saling melengkapi.Bukan sama-sama lengkap. Kita dikurniakan akal oleh Allah SWT untuk memikirkan yang terbaik untuk masa depan kita. Tidak perlu meletakkan syarat yang terlalu tinggi sedangkan kita belum tentu sempurna. Yang sedang bercinta, hargailah dan sentiasa menghargai apa yang ada pada pasangan.Yang mahu bercinta, jangan letak ‘high expectation’..just lihat apa yang ada dalam perhubungan dan tengok apa yang boleh diperbaiki bersama-sama. Bila dah rasa happy dan boleh terima pasangan anda seadanya, stick with the one and try to complete each other whenever possible. ;)

*P/S:Kalau tak ready, jangan mulakan. =)

Thursday, December 08, 2011

Perfect couple.

Perfect couple?There is no such thing...Couple who is perfect for each other?There might be....

Perfect-Sempurna...kesempurnaan ni adalah satu benda yang sangat besar untuk dinilai.Sebab takkan ada flaw atau kepincangan dalam sesebuah kesempurnaan.Perfect couple yang lebih mirip kepada pasangan yang sempurna dan serba lengkap.Cantik,hemsem bergaya dan sekali pandang orang dah kata mereka itu bahagia just melalui luaran sahaja.

Macam panda di atas...nampak bahagia bukan?Tapi apa yang berlaku di antara mereka..siapa tahu...mungkin mereka selalu bergaduh kerana rebung...atau bergaduh sebab siapa lebih comel. Kita tak boleh menilai sesuatu melalui luaran yang nampak indah semata-mata.
Dalam sesebuah relationship ada pro dan kontranya. Sebagai lelaki, freedom anda perlu diturunkan sedikit.Maksud aku freedom untuk berdampingan sewenang-wenangya dengan mana-mana wanita.Trust me..even se'cool' mana pun atau sesempoi mana pun GF anda..Mana-mana perempuan pun tak suka BF dia berdampingan dengan mana-mana wanita sebebas-bebasnya...Bagi wanita juga begitu..memang sikap cemburu itu perlu ada.Cemburu untuk mempertahankan hubungan.Bukannya cemburu untuk menghalang pasangan anda bersosial.Part pro nye pulak dalam relationship adalah everytime korang ada feeling yang perlu dikongsi, korang always ada dia.That's the beauty of it.Banyak lagi tapi aku nak teruskan dengan part kesempurnaan tu.

Couple yang perfect untuk satu sama lain? Perkara itu dicapai apabila seseorang lelaki dan perempuan tu melengkapi satu sama lain dengan baik.Mungkin kadang-kadang bagi orang lain mereka tidak sesuai dalam beberapa segi.Tapi orang selalu menilai perangai mereka dalam komuniti.Macam contoh dalam sesebuah persahabatan.Mungkin si mamat A ni selalu panas baran atau cepat naik angin.Tapi bila dia bersama si gadis B ni, si B dapat meredakan dan menahan sikap tersebut even si kawan-kawan A ni takleh terima.Majoriti akan berkata..."Macam manalah si B tu..boleh pulak dapat mamat macam si A...cepat baran..." Takde hak untuk kawan-kawan berkata begitu sebenarnya..Even aku sendiri admit kadang-kadang buat penilaian macam tu jugak...Truthfully?Hanya couple itu sahaja yang tahu sama ada mereka sesuai atau tidak dalam hubungan mereka.From their heart...by living day by day and connecting...they will see what they feel exactly and know if it is working or not between them...

Agak sukar nak percaya daripada orang yang sekarang takde relationship..tapi trust me, I've been in some of it.Bila kita berhubung and mengambil tahu sebanyak mana tentang peribadi pasangan kita itu..lambat laun kita akan tahu probability untuk our relationship to work out..kita sendiri tahu sesuai atau tidak bila bersama.Before this, I have some trust issues in my past relationship. So aku agak berhati-hati dalam memilih dan agak mementingkan kejujuran seseorang terhadap aku.Penilaian dari luar kadang-kadang banyak mempengaruhi sesuatu hubungan.Tapi just ambil yang positive je daripada nasihat-nasihat tu.Part negative korang janganlah ambil sangat sebab if you care much, you'll know a lot better about your partner.

Sori agak Fadzilah Kamsah sikit dalam post ni,tapi ni berdasarkan pengalaman.
*P/S:I've been rejected a lot so I'll pretty darn sure about heartbreak also.haha