Pages

Friday, December 09, 2011

Fasa Hidup yang Berbeza

Eh, aku membuat kira-kira ringkas sebentar tadi.Rupanya lama lagi aku belajar kat IPG ni daripada sekolah menengah.Kat sekolah 5 tahun, kat sini 5 tahun setengah.Lama jugak tu bila fikir-fikir balik.Macam student IPTA diorang mesti masuk matrik dulu or diploma kat tempat lain before degree.Usually macam tu, tapi untuk kami bakal-bakal guru ni 5 tahun setengah kat tempat yang sama.Lama tu.....Tu la kadang-kadang orang kata belajar jadi cikgu ni dah lama macam belajar doktor pulak.haha



Pernah tak anda-anda terfikir tentang perbezaan masa belajar di sekolah dan di IPT ni.Maksud aku dari pelbagai aspek..suasana,kawan-kawan,pemikiran....Agak berbeza bukan?Suasana pembelajaran yang lebih kedewasaan lah boleh kata bila dah lanjutkan pelajaran ni.Kalau kat sekolah kena bukak buku,dengar cikgu cakap,buat latihan,tak faham tanya,ngantuk tidur(tapi tanggung risiko) dan lain-lain lagi yang agak restricted dan tertakluk. Kalau dah masuk pengajian tinggi ni, pembelajaran lebih kepada self earning.Korang kena usaha lebih sikit, banyak buat rujukan luar.Siapa yang rajin buat assignment dengan rujukan yang jujur dan ikhlas,masuk kelas pay attention pada lecturer dan study dengan efektif mungkin akan gain lebih daripada orang lain.

Lagi satu bab berkawan, the bonding seems a little different eh?Maybe sebab aku rasa lain bila sekolah asrama, we started at zero.Masing-masing macam naif dan sama sahaja tarafnya. Tingkatan 1,ingusan lagi kan?Dan maybe budaya senior-junior memberi impak pada cara kami bond dengan budak batch kami.Kami agak protective dan radical...saling membantu menaikkan nama batch dengan semangatnya dan merupakan identiti kebanggaan..Bila senior tanye,"ko batch mana?" jawapan maybe "Batch 2006,Batch Iss(nama seorang budak batch aku yang agak feymes:Contoh)"...Kami membesar bersama-sama..mandi bersama-sama,basuh baju,kena suruh,kena buat tu buat ni kebanyakkannya memang bersama-sama.Sampai satu dorm pun ada 20 orang,memang strong la bonding dia.Dan bila meningkat naik umur..barulah tahu kelebihan dan specialty masing-masing dan itu tidak menganggu bonding yang sedia ada sebab memang start dari Zero.Sampailah ke form 5.

Di pengajian tinggi pula..macam aku IPG, maybe untung sikit.Sebab batch tu bilangan student takde lah ramai mana.Tak sampai pun 200 dalam satu batch.So memang senang nak kenal and still mewujudkan friendship yang sama.Tapi masing2 datang dari different background and dah matang.Semua ada identiti dan dah sedar attributes yang ada pada diri masing-masing.Ada yang memang sukar nak bekerjasama, ada pulak membawa semangat kenegerian yang kuat sampai orang lain tak boleh masuk sangat, ada yang taknak mengalah,macam-macam lagi sikap ganjil yang kadang-kadang boleh buat orang 'culture shock'. Tapi eventually masing-masing dah matang and telan hakikat tu..and still menerima perbezaan masing-masing....So kami pun membawa diri masing-masing dan hang out dengan yang satu kepala.Namun begitu, oleh kerana kurang sikit bilangan dalam 1 batch tu, maybe less problem yang timbul...Kalau sorang tu perangai dia tak kena and menjelikkan, masing-masing pikir..."ah lantaklah.." dan malas nak libatkan diri.Kalau kat sekolah,perangai macam bangang dan sakitkan hati orang pun boleh jadi point nak kena tibai.Memang tah ape2 tapi tu lah antara perbezaanya.Bila umur dah dewasa sikit ni, kematangan pemikiran amat mempengaruhi pertimbangan.

Aku bersyukur sebab kat dua-dua tempat ni..aku dapat kawan-kawan yang sekepala.Alhamdulilah..kebosanan terisi,ape2 boleh buat dan share..Mengarut sama-sama,membuat perkara bodoh bersama-sama,susah senang,manis masin....macam-macam peristiwa dilalui...
Even ada perbezaan antara dua fasa hidup ni..apa yang penting ialah kita kena pandai membawa diri..Memang lumrah, kita akan jumpa dan hadapi orang yang baru setiap kali..terpulang pada sikap anda dan bagaimana diri anda bila berhadapan situasi-situasi macam ini.It's up to you.Ini bukan sesuatu benda yang boleh diajar..tapi by experience korang akan realize sendiri benda-benda ni.

*Another way life teaches us about friendship.

No comments:

Post a Comment