Pages

Wednesday, December 07, 2011

Menjadi CIKGU.Pilihan terbaik?


Assalamualaikum dan Good Morning (2.35 A.M)

Entri kali ini adalah berkenaan pilihan saya sebagai seorang bakal guru.Bila fikir-fikir balik(and dah banyak kali jugak fikir-fikir balik)...sesuaikah menjadi seorang guru?Para pembaca yang bakal guru pun mungkin akan terfikir benda yang sama.Sesuai ke,tak sesuai ke...atau "Ini ke yang aku nak?"..Pada saya agak jarang orang meletakkan karier guru sebagai pilihan utama mereka.Kenapa?

Mungkin kerana ramai yang mengaggap karier guru sebagai karier yang biasa.Teringat masa sekolah menengah,form 4 tak silap.Masa tu kelas English,teacher aku bernama Umi Kalsom.Kitorang panggil Miss Umi.Masa tu dia tanye cita2 masing2.Masa tu impian utama aku ada dua.Satu menjadi lawyer ataupun satu lagi menjadi cikgu sukan.Lalu dia pun bertanya "Shafiq,what do you want to be after this?"...saya jawab "Weather a lawyer or sports teacher." Lalu dia pun mencelah "Sports teacher?I think you should get higher like Sports lecturer".Tengok?Cikgu BI kesayangan pun suruh jadi lebih dari guru.

Lepas SPM mesti kita kena isi borang UPU kan?Dua pilihan utama aku adalah law dan bawah tu baru pendidikan dan pertanian.Remaja 17-18 tahun masa tu jarang isi pendidikan sebagai pilihan utama.Ini mungkin sebab status yang orang pandang.CIKGU KERJA BIASA. Bila sedara-mara tanya masuk mana."Maktab".Malas nak sebut IPG nanti panjang nak explain.Jawapannya mesti..."oh senang la jadi cikgu"...tengok?Senang?
*Lepas tu ada yang anak-anak sedara apply haram tak dapat.

Skeptikal kan masyarakat kita.Aku macam lega bila terlepas dari pandangan begitu sebab asalnya memang ada niat nak jadi pendidik.Aku nama je sekolah sains,tapi aku tak minat sangat pun subjek-subjek macam kimia dan biologi.Fizik adalah minat sikit tapi lepas PMR ada peluang nak elak biologi aku pun elak sebab memang tak minat. So bila dah lepas SPM, aku tau had aku dalam pembelajaran.Aku lebih kepada budak-budak yang lebih excited di padang daripada dalam kelas.Aku hanya excited dalam kelas tertentu macam English,BM,EST,Sejarah,Lukisan Kejuruteraan.Sebab bagi aku benda-benda tu yang aku mampu untuk capai sesuatu.Aku realisitik and sedar diri masa tu.Sebab sampai sekolah pun letak target 7A je kat aku daripada possible 11 A.So kenapa aku nak beriya-iya target kos yang aku tak mampu lepas SPM.So aku pun membuat keputusan yang setimpal dengan pencapaian aku.

Kadang-kadang ada yang jadi cikgu sebab pengaruh family.Mak aku ada beri cadangan untuk apply IPG.Sebab aku takut Asasi yang diminta tak dapat aku juga letakkan pendidikan sebagai pilihan.1st Choice aku letak TESL.2nd aku letak KS/BI/BM.Seriously time tu taktau yang KS tu major.Sebab aku really nak BI masa tu.Tapi last2 dapat KS.Takpelah dah rezeki.Lepas masuk IPG, barulah dapat tengok permohonan 3rd intake UPU dapat law kat UIA.Masa tu dah sain kontrak ngan kerajaan.(T T).Benda tu lah yang jadi regret untuk aku kadang-kadang.Tapi aku teruskan dan teruskan hinggalah dah abes semester 6 pun.Dua lagi.

Berbalik pada point tadi, bagi saya even kadang2 ada regret tentang apa yang aku dapat sekarang.Sekurang-kurangnya aku terlepas dari beban pinjaman pelajaran,jaminan kerja dan suasana kerja yang sesuai.Aku lebih senang bekerja bila klien aku juga manusia.Dalam kes ni,murid-muridlah.Sebab benda ni melibatkan emosi,persekitaran dan psikologi kita.Bila dah praktikal dua kali,baru tahu yang aku agak selesa bekerja dalam suasana sekolah.Berinteraksi dengan manusia dan boleh melihat pelbagai gelagat dan ragam manusia.Bila dah lalui fasa ni dalam pengajian ..baru sedar betapa bertuahnya aku.Sama je, ijazah jugak.Cuma mungkin tak dapat rasa suasana belajar di IPTA.Tapi takpelah,kalau nak nanti insyaAllah boleh sambung kan?Itulah menariknya tentang seorang guru.Aku pulak jenis orang yang mengutamakan family.So bila kerja macam ini mungkin aku boleh realisasikan kerja saya selari dengan keutamaan aku.Kerjaya guru ni sangat sesuai untuk orang yang berkeluarga tau!

"Allah dah tetapkan..setiap yang berlaku ada sebabnya..."

No comments:

Post a Comment