Pages

Monday, December 05, 2011

Bila kita ada masalah...


Selalunya, bila kita ada masalah...kita pasti akan cerita atau rujuk pada orang yang kita percaya or rapat...Contohnya kawan baik,kawan sebilik,kawan sekatil,BFF dan sebagainya...namun begitu,kadang2 masalah tu tak selesai pun..just lega sebab dah luahkan problem tu...

Tapi bagi saya,saya takde lah nak bercerita sangat masalah.Saya just suka dengar,and bantu orang yang ada masalah tu dengan memberikan cadangan yang logik.Bernas tu tak kot sebab saya pun tak sure cadangan or nasihat tu bagus ke so saya gunakan perkataan logik.Sebab bagi saya,takkan saya just nak dengar je kan...mestilah tolong sikit..even life saya sendiri pun terumbang-ambing,itu tak menghalang kita untuk membantu orang lain.....

Contohnya,orang susah tak semestinya tak boleh bantu orang senang.Dan orang yang tak cerdik tak semestinya tak leh bantu orang yang lebih cerdik dari dia.Kadang-kadang kita fikir.."ah biarlah,masa kita susah ada ke dia nak bantu kita"..nampak teruk kan ayat ni..tapi inilah yang biasa manusia macam kita buat....Kita skeptikal pada tahap orang itu dan terus membuat andaian awal...lain la kalau kita dah tahu perangai orang tu kan,so memang elok la kita ignore..tapi sebagai manusia,ini juga perlu wujud dalam konteks sosial.Dengar je,nasihat ke tak tolak tepi.Sebab dia dah cerita.Kita just jadi pendengar cukup la...

Sebab saya jarang menceritakan masalah saya pada kawan-kawan...itu perkara lain..sebab saya lebih kepada suka melihat kawan-kawan happy dan gembira...Menceriakan keadaan...dan saya tak suka mereka tengok saya dalam kesedihan..memang la perasaan tu untuk dikongsi,tapi saya akan kongsi pada orang yang berkenaan sahaja...kawan-kawan?tak kot...sebab mereka pun ada masalah,so bagi saya saya perlu menceriakan mereka untuk lupakan seketika masalah itu.Dengan lawak-lawak bodoh dan mengarut,itu je yang saya boleh buat.Saya takde lah boleh menari atau menyanyi untuk hiburkan mereka.Just do what you can to cheer your friend;)

So sebagai seorang kawan.Kita perlu ada tanggungjawab kepada kawan-kawan lain.Bila ada masalah,kita boleh kongsi.Kegembiraan?boleh kongsi.Apa jua perasaan boleh dikongsi sebab itu perlunya kawan.

No comments:

Post a Comment