Pages

Monday, January 23, 2012

My family house.

Entri pasal rumah pulak. Kenapa? Sebabnya aku duduk di Segamat ni 2nd time untuk tahun ke 4 dah. Aku memang lahir dan tinggal di sini, tetapi sebab arwah abah aku kerja sebagai konduktor ladang di Risda, kehidupan memang berpindah randah. So masa aku darjah 5 aku berpindah ke Ladang Risda Palong 2, Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan. Since darjah 5, aku menjadi penduduk Nogori selama 8 tahun. Oh ya, aku tinggal di kawasan estet di waktu itu. Pernah tengok movie Estet?Yang ada Farid Kamil dan Rosyam Nor tu..lebih kurang macam tu la scenery dia.... Estet aku ini juga pernah menjadi lokasi penggambaran filem Senario Lagi, adegan di ladang getah dan sawit serta perkahwinan orang India dalam filem tu...semuanya buat di ladang ini..Even jiran aku turut berlakon serta motosikal meletup(dia punya) dan basikal anaknya digunakan dalam filem tersebut.

Duduk di Estet, bilangan penduduk Melayu agak sedikit, tak sampai 30 family. Maybe dalam 20 lebih..yang ramainya orang Indonesia. Masa di rumah aku dulu, kilang getah tempat abah aku mengurus, betul-betul depan rumah aku. Memang aku dah lali dengan bau ammonia dan juga bau getah menusuk lubang hidung aku. Mungkin juga tumbesaran aku terbantut disebabkan bau itu.Yeke?hahahah.Aku still tak puas hati ketinggian aku cuma 168cm. Alang-alang bagi la 170cm kan smart sikit..hehe.gurau. Aku juga sering menghadapi saat-saat kelakar di Estet itu. Paling aku ingat ialah meminta sain borang PIBG di kilang getah dengan menaiki basikal sebab abah aku tak pakai HP. So aku pergi ke situ dengan dikelilingi getah skrap sambil menahan nafas di kala menunggu abah aku mengesain borang tersebut.

Duduk di estet ini memang menjadikan anak-anak pegawai dan konduktor menjadi lasak. Mana taknya, ngadap ladang getah, ladang kelapa sawit, jauh dari bandar. Abah aku dulu lagi syok, sebab memang kebun ini tempat dia. Sebenarnya dia lebih pada pejabat, tetapi dia suka merayau dan pergi ke kebun dan masuk ke ladang. Nama je konduktor@pegawai tapi dah mengalahkan pekerja ladang pulak. Tapi itu dah memang minat dia, so aku memang faham. Kalau bosan dia akan mengail di paya atau membakar daun-daun kering. Memang semua orang faham sangat hobi dia. Tetapi apa yang aku nak highlight kan di sini ialah komuniti di estet tersebut. Tak kiralah Melayu atau Indonesia, pangkat apa sekalipun..mereka memang baik dan senang membantu.

Semasa hujung 2008, aku berada di semester pertama program Persediaan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), dan oleh sebab abah aku meninggal dunia, kami perlu berpindah dari estet tersebut sebab rumah itu rumah kakitangan. Pada masa itu juga, abah aku dalam proses membina rumah di kampung setelah pencen. Malangnya dia tak sempat tengok rumah itu. Pada masa itu Risda memberi masa untuk kami tinggal selama 2 bulan sementara menunggu rumah kampung kami siap. Alhamdulillah, bila tiba masanya kami dapat berpindah. Dan Risda serta semua penduduk di situ memberikan bantuan. Memang terasa warm hati bila mendapat bantuan sebegitu rupa. Disediakan van dan lori. Sampai ada kawan-kawan sekerja abah follow sampai Segamat sebab nak tolong unpack.Memang syok la duk Palong ;)

Saat perpindahan, motor JJK legend(wajah lama) bersedia untuk masuk lori.

Penduduk sekeliling tolong-menolong

Pekerja-pekerja abah pun turut membantu.

A glimpse of ruang tamu. (that time memang kosong lagi baru sampai)

Lorong between 5 bilik.

My mom's kitchen.

Shared bathroom a.k.a guests bathroom. Siblings laki kena kongsi, siblings perempuan every bilik ada own bathroom.

Voila! (ni gambar masa tu, sekarang kena bayangkan penuh bunga dan berpagar di tembok itu.)



Gambar kat atas ni semua gambar tahun 2007-2008...sekarang Januari 2012. Genap lah 4 tahun kami berpindah ke Segamat. Rumah yang dibina di atas tanah milik arwah abah aku ini menjadi tempat kami sekeluarga berkumpul for now and the future. At certain times, aku rindukan rumah di Palong itu..sebab suasananya...tapi whenever our family were together, it is the most important thing for us ;)


2 comments: