Pages

Monday, January 30, 2012

This is homeee..where the place that I dont belong

Rumah sewa is an integral part untuk seseorang yang bekerja atau membuat praktikal di sesuatu tempat yang lain, melainkan dia dapat hostel ke kuarter etc...Untuk aku yang berpraktikum di SK Mahmud, Raub, Pahang. Kami menyewa rumah di Taman Abu Bakar yang terletak depan sekolah dan pergi sekolah cuma kena turun bukit sedikit. Aku cadangkan pada 3 orang rakan aku yang lain untuk membeli skateboard supaya senang nak pergi ke sekolah. Tapi semua tak setuju. takpelah..hurmmmm... Ini adalah sedutan interior rumah kami. Oh ya, harga sewa seorang rm130 sebulan. Mahal sedikit, tuan rumahnya adalah guru sekolah kami juga. Kami pilih sebab pilihan lain jauh dari sekolah dan rumah ini cukup lengkap kemudahannya. Ada TV, peti ais, dapur letrik, dapur gas, microwave, mesin basuh, katil cukup semua cukup. Bagi kami agak selesa la..rumah taman corner lot. Not bad.

Bilik


Dapoq

Ruang makan dan mesyuarat

Ruang tamu

A bit pricey tapi bagi aku dah ok dah ni. Sebab utama sekolah ini agak strict lagi-lagi bab masa. Si untuk 3 bulan, kitorang taknak bagi perception buruk so kitorang pilih yang paling dekat. Alhamdulillah so far so good ;)


*Sape nak g KL weekend ni jum jalan2 busan ah.;)

Sunday, January 29, 2012

Esok,dah bermula!

Esok 30 Januari 2012 akan bermulalah tugas aku sebagai guru praktikum di SK Mahmud selama 3 bulan. Kali ni, tak rasa gemuruh pun. Mood pun tak sampai memandangkan ni kali ke-3 praktikum. Maybe dah berapa kali kot, takpun lama sangat ke. Aku pun tak tahu. Tapi esok mungkin bila dah berdepan dengan warga sekolah, perasaan tu will come naturally.cewah.hahaha.

Suasana yang aku tunggu, bersama murid-murid

Faktor suasana sekolah pun penting untuk menetapkan mood guru pelatih untuk berada di sekolah itu, so aku harap semuanya OK esok. Supaya kami dapat merasa seronok selama 3 bulan di sini. Aminnnn....
Ok lah, aku nak iron baju. Post kejap je, bermula esok dah busy. Nanti aku sambung lagi.challo!

Friday, January 27, 2012

Goodbye home, I'll be back;)

Haiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......Hahaha.Saje je..sebenarnya aku agak rasa tak best sekarang.Padahal masuk tahun ke-5 dah aku belajar kat Lipis tu, tapi asal nak balik je rasa tak syok. Hehe. Esok aku akan berangkat pulang ke Kuala Lipis, balik hostel kemas barang, lusa berangkat ke rumah sewa di Raub. Untuk apa? Semestinya untuk praktikum yang ke-3 berlangsung selama 3 bulan di SK Mahmud, Raub, Pahang. Sekolah yang terletak di bandar Raub dan mempunyai lebih 500 orang murid. Uniknya, ini adalah All Boys School. So, aku agak shocked mula-mula tau sebab tak pernah tengok sekolah semua lelaki.haha

Bye Segamat.... ... .... ... ...

Aku baru je lepas kemas barang, layan Running Man jap, lepas tu online. Agak bosan, siang tadi aku isi masa lapang dengan pergi servis kereta mak aku. Ramai orang sebab kedai Proton tu baru buka hari ni, so aku duduk di situ dengan t-shirt ragbi dan three quarter walhal yang lain semua sudah bekeluarga membawa anak isteri dan sebagainya. Nape diorang suka bawak ramai-ramai eh?Aku pun tak sure. Tapi nampak la macam aku masih bujang, konon dah bekerjaya lepas tu isi masa lapang dengan servis kereta padahal kereta mak aku.Hahaha.Takpe, next time it's my turn to have one and handle this situation this time with my own.

Aku habiskan masa lepas tu pusing-pusing di bandar Segamat. Gi kedai handphone buat-buat tanye harga blackberry dan iphone serta samsung galaxy tab, konon macam nak beli. Sambil tanya,test pegang pulak. Buat-buat macam nak lepaskan bagi cina yang jual tu takut dan simpan cepat-cepat dalam glass tu balik. Aku tersangat bosan, gi pasar raya. Jalan-jalan gi tengok frozen food section.Habiskan setengah jam kat situ belek-belek sayur, ketam, ikan. Tapi hapah satu hape pun tak beli. Aku memang suka begitu. Merayau tanpa arah tujuan. Usik semua benda. Saja nak habiskan masa kat bandar Segamat. Hehe.

Bila tinggalkan rumah ni , mesti rasa down kejap. Yelah, mak aku sorang kan selalu. Tapi kali ni aku lega sikit sebab abang aku dah kerja di Segamat dan adik aku pun cuti sebulan untuk budak-budak YU(U). Aku macam selalu risau, sebab mak aku jenis...selalu pretend to be okay eventhough she's not. Selalu jadi kuat untuk anak-anaknya. So..aku harap dia ok dan takde pape and takdelah rasa sunyi sangat since abang aku ada kat rumah. Cuti bulan 3 nanti pun taktau berapa lama aku boleh balik dalam seminggu tu memandangkan aku ada plan lain ke Terengganu. Kawan aku kahwin, pertama dalam batch. Agak rapat, so memang kena pergi...tapi takpe, sepanjang minggu ni aku tak gi mana-mana yang jauh, aku khaskan untuk duduk rumah je. That's my way of thinking.hehe

Anyways, aku harap semuanya akan berjalan lancar lepas ni. Dengar kata naik sekolah nanti dah ada kerja menanti kami guru-guru praktikum.So....kenalah terima. Hehe, demi menjadi guru yang baik kelak, memang perlukan latihan mental, fizikal dan emosi. Ok, challo.Bye Segamat, Bye Rumah, Bye Mak, I'll be back!

Thursday, January 26, 2012

The environment teaches you.Say thanks!

Lihat diri anda sekarang..bukan di cermin. Nanti lama pulak sebab terperasan ada jerawat. Lepas tu nak picit. Lepas tu nak kena lap. Lepas tu risau. Lepas tu terpikir pencuci muka dah tak sesuai. Lepas tu dah taknak makan kacang. Lepas tu tengok balik kat cermin. Lepas tu picit lagi.Lepas tu terpikir balik dah picit kang lagi merebak.Lepas tu menyesal. Lepas tu rasa dah tak hemsem atau tak cun. Lepas tu pikir sempat tak nak elok sebelum bertemu orang ramai. Ok..sori aku dah jauh..halamak...aku memang camtu,sori sori...

Maksud aku,lihat diri anda. Bagaimana diri anda sekarang. Apakah yang ada pada anda. Adakah anda berada di landasan yang betul? Adakah anda rasa bersyukur atas nilai positif yang ada pada diri anda sekarang? Dapat belajar..dapat merasa suasana hidup berkawan..masalah memang takkan hilang..tapi anda mesti rasa anda 'in control' untuk mengawal hidup anda.Adakah semua itu ada pada diri anda? Lepas tu jom kita buat flashback sedikit. Maybe masa anda ada di sekolah...adakah anda diajar secara formal untuk membuat keputusan dalam hidup anda? Semestinya anda belajar dari persekitaran dan pengalaman dalam hidup anda.

Tengok budak ni, dia pun belajar melalu persekitaran dia.haha


Kita semua ada masalah, kita semua pernah lalui benda-benda perit. Tapi dalam pada masa yang sama..kita survive kan benda tu? Kalau korang tak survive, macam mana korang boleh baca blog ni? Sebab betapa payahnya atau susahnya sesuatu benda..kita pasti boleh tempuh. Allah SWT takkan beri perkara yang hambanya tak boleh hadapi langsung. Apa yang kita boleh buat adalah usaha..barulah doa dan tawakal. Kita tak boleh berharap semata-mata. Sebab itulah bila kita ada persekitaran kita. Gunakan sebaik-baiknya. Kawan misal kata...tak semestinya jika anda bukan jenis meluahkan..anda boleh juga jadikan kawan sebagai tempat untuk melupakan masalah buat seketika. Kadang-kadang..aku jenis suka cuba sedaya upaya buat orang lain ketawa,untuk lupakan penderitaan yang aku ada. Itu cara aku, menggunakan persekitaran aku..bergantung kepada kawan-kawan aku dengan cara sebegitu. Bukan kita perlu meluahkan semata-mata..kadang-kadang orang hanya boleh mendengar masalah kita..Tapi penyelesaiannya?Kita sendiri...

Macam-macam benda yang ada di persekitaran kita yang boleh membantu kita mengenal erti hidup dan menghadapinya. Macam kat sekolah dulu, kami didisiplinkan sebagai student asrama. Pagi sampai tengah hari gi sekolah, petang malam gi prep. Masa makan, makan. Masa tidur, err..orang lain tidur. Persekitaran sebegitu juga boleh menjadikan mental dan emosional seseorang terlatih dan boleh menjadikan seseorang belajar sesuatu sebagai pengalaman hidup. Pengurusan diri misalnya, penggunaan akal. Sama ada baik atau buruk, kita boleh tahu. Dan melalui itu, kita boleh belajar. So persekitaran kita memainkan peranan yang amat besar dalam hidup kita. Kanak-kanak yang membesar di kampung dan di bandar. Mungkin ada perbezaan di situ melalui cara hidup mereka. Tapi lambat laun, mereka juga akan belajar melalui pengalaman hidup mereka. Mungkin cara mereka berfikir berbeza, tetapi mereka juga belajar melalui persekitaran mereka. Bila kita dah tua sikit nanti, dah berkeluarga..kita akan tahu persekitaran mana yang sesuai untuk keluarga kita. Sebab kita dah belajar melaluinya;)

Finally.......I got the budget phone!

Semalam aku telah merayau di bandar Segamat untuk hari ke-2, still kedai yang aku selalu pergi tak bukak. Hari ni? Tak bukak lagi...Lama betul diorang cuti raya cina..so pusing-pusing jumpa kedai lain.Nampak meriah jugak kedai tu, so aku pun menjenguk kedai tersebut. Target utama aku adalah Samsung Galaxy Mini, sebab memang minat dengan design dia. Tapi yang ada cumalah 2nd option aku, Samsung Galaxy Y. Ni adalah comparison dia..

Samsung GALAXY mini

5,1

"Despite the lack of aluminium and brushed metal, the device feels sturdy enough."
reviews.cnet.co.uk | talking about the GALAXY mini's form-factor

Reasons to buy the Samsung GALAXY mini

GPS
Assisted GPS
Assisted GPS
Standby time
Long standby time
23,8 days
Talk time
Long talk time
9,5 hours
Upload speed
Average upload speed
1,08 mbps
Camera resolution
Low resolution
3 MP
Screen size
Small screen
3,1"
Network latency
Average latency
150 ms
Samsung Galaxy Y

5,0

Reasons to buy the Samsung Galaxy Y

Frequency
Average speed processor
0,8 GHz
Size
Really small
58x104x11 mm
Download speed
Average download speed
2,59 mbps
Browser benchmark
Fast web browser performance
1 063 ms
Weight
Light-weight
98 g
Thickness
Thin
12 mm


Designwise..aku minat Samsung Galaxy Mini lagi..sebab dia macam lagi sesuai dengan aku plus kamera dia lagi high serta talk time dia lebih lama. Tapi sebab Y ni the latest dan review-review yang aku baca mengatakan Y ni adalah update daripada Mini, aku macam agak berbelah bahagi. Aku ada membuat soal selidik dengan kawan-kawan, lebih kurang je bilangan yang prefer mini dengan yang prefer Y. So, agak susah nak buat decision. So bila aku bangun pagi tadi, aku macam rasa nak pergi kedai phone dan buat decision di sana. Harga pun lebih kurang so I set my budget only rm500. Not more than that. Sampai di kedai yang 1st time aku masuk tu, aku terus tengok display Samsung Galaxy Y ni, memang tengah hot property sekarang. Dan harga?Rm499. Semalam aku tengok kedai-kedai lain, harga memang sama. Memory card? Kedai lain bagi 2gb. Memang standard diorang kata.

Aku tanya tauke kedai itu, "Galaxy Mini ada?"..Tauke itu kata memang dah tak keluar sekarang, kalau kedai yang ada pun tu old stock punya. Release January 2011. Sekarang dah berapa haribulan?Dah setahun keluar, cepat betul Samsung stop pengeluaran. Tauke tu explain yang Mini tu ok cuma pixel dia kurang, processor dia kurang berbanding Y. Apa yang lebih cuma kamera. Aku cakap pada dia, aku just nak mula pakai android..so aku macam tak kisah bermula daripada yang lower. Dia kata "Takpe, you terus pakai update punya. Sekarang android cepat update ma...kalau you pakai froyo (android lama dalam Mini), susah nak cari apps yang senang masuk. Sekarang semua latest, ini android cepat upgrade."

Aku pun macam berbelah bahagi gak mula-mula tapi tauke tu keluarkan phone Y dia punya, dan bagi aku test. Aku pun test dan tengok-tengok. Wah, cool jugak. Memang different dari apa yang abang dan adik aku pakai (Corby dan Champ). Dia punya touch screen system agak smooth dan berbeza dari HP rm600 aku yang hilang hari tu(Nokia Xpress Music Touch Screen). So ini sebagai pengganti, aku rasa ok dah. Plus android dia lagi latest. Mini still pakai 2.2(froyo) manakala Y pakai 2.3(gingerbread).

Samsung Galaxy Y

The best part is, tauke tu bagi aku sort of ong sebab aku customer 1st yang beli HP since dia baru bukak hari ni lepas cuti Chinese New Year. Dia offer nak bagi 8gb memory card dan free screen protector. Harga?still sama. RM499. So aku rasa ini sangat bagus......so aku pun ambil gift tu. Aku rasa even 2nd option, dengan hospitality dan ong yang aku dapat dengan phone ni. Aku pun angkat satu.Akhirnya aku dapat pakai 1st android,and also budget phone!

*A nice way to start practical, with a suited phone for a teacher.hahaha