Pages

Friday, December 23, 2011

Result PMR cemerlang?Belum lagi.Belum Habis.

Siang tadi dah diumumkan keputusan PMR 2011 dan berduyun-duyunlah murid-murid tingkatan 3 di sekolah menengah seluruh negara mendapatkan 'result' mereka. Aku tengok TV pun macam-macam berita mengenai PMR tahun ini.
"Yang terbaik dalam tempoh 4 tahun"
..*Tahun aku 2004 kira masih ok lagi la ek?hehe. Sekolah aku pun aku taktau berita, nanti la aku siasat.




Ada yang terlantar atas kerusi sakit pun dapat 8A.Gigih sungguh adik-adik kita ni. Well, bila tengok situasi mereka, yang dapat result cemerlang..gembira sungguh...Aku pun macam tu dulu...Even aku tak sangka langsung. Bila kat Sekolah Berasrama Penuh (SBP), tak semestinya maintain pandai. Kalau tak pandai bawak diri, jadilah macam aku..Masa form 3 duduk kelas last and masa tu jugak la aku sibuk nak main macam-macam benda. Aku tak letak harapan pun..last2 Alhamdulillah dapat 8A. Tapi apa yang aku nak sampaikan ni adalah lebih kepada nasihat...even kalau dapat 8A pun still kena survive di Form 4 dan Form 5.Sebab? Result PMR tak dipandang sangat pun. All that matters is SPM.

Bila aku naik ke tingkatan 4, aku jadi macam sangat rileks. Leka, lepas tu rasa macam honeymoon je sebab masa form 3 punyalah risau dengan result lepas tu dapat OK, aku jadi malas.Malas malas malas dan malas lagi. Aku lebih kepada main main main dan main sahaja. Lepas asar dah nampak aku terpacak kat padang. Excited nak turun padang lepas prep petang daripada excited bangun pagi nak pergi kelas. Dalam kelas pun tak pay attention sangat. Kenapa? Ya. Sebab aku dah rasa rileks dan selesa. Ini bukan penyesalan, tapi hakikat manusia bila dah dapat keselesaan, jadi leka.

Naik ke tingkatan 5, stressnya mula terasa. Aku banyak miss topic sebab tak pay attention masa form 4.Aku agak ketinggalan dan it ate me up, day by day. Aku cuba ignore tapi the more I ignore, the further I will lost. Sebab aku dah selesa sangat masa form 4, aku abaikan dan it effected me masa dah nak SPM. Banyak benda sangat aku nak catch up sampai aku jadi stress dan lost. Bila SPM tu, aku macam banyak benda sangat aku tak dapat dan aku just hoped it will be okay. And hoping that 'miracles' will help me once again just like the PMR. Sadly and deservedly, it doesn't. Aku tenggelam dan mendapat result yang tidak memuaskan. Sangat down dan hampa. Even aku cuba menghiburkan diri sendiri masa pegang slip result tu dan berhibur dengan kawan-kawan even dalam hati sangat pedih dan penuh dengan rasa kesal. The moral is, PMR itu hanyalah build up.SPM is the important part in the secondary school and it'll be the integral part for you to continue your study in the next stage.

"don't be too satisfied..as long as you in the game...got to give the best all the time."

No comments:

Post a Comment