"Cerita ini adalah pendedahan kisah benar yang terjadi dalam realiti kehidupan kita. Lebih-lebih lagi apabila tinggal bersama rakan-rakan. Diharap pembaca dapat mengambil iktibar daripada apa yang terjadi dan membuat penilaian yang munasabah. Segala yang dilakukan ditanggung oleh si pelaku sendiri. Jangan terpengaruh jika anda masih belum bersedia..."
Hiasan:Antara prank lama, lancar mercun roket ke aras bawah
Ketika di dalam kelas yang berlangsung selama 3 jam atau lebih..pastinya anda akan bosan, mengantuk, tidak senang duduk, terasa seperti di dunia lain, lapar, rasa nak melenting atau pun berangan sudah berkahwin. Kadang-kadang tengok muka orang yang kelakar, rasa nak kutuk je dia walaupun dia takde salah ape pun.Jahat kan? Tengok budak yang baik-baik duduk di depan lecturer tapi lentok kepala tidur tanpa dimarahi, akan timbul rasa losernya anda kalau anda tak bertindak. Ada yang asyik ke tandas, ada yang err..melukis, ada yang main taik lalat kat belakang leher kawan, ada yang sorok kasut kawan. Dan macam-macam lagi.
Tabiat yang aku ingin dedahkan adalah aktiviti meranjau rakan ataupun bahasa Inggerisnya prank di mana si pelaku membuat perkara yang membuatkan mangsa terkena. Tapi..mesti ada elemen kelakar. Bukannya serius macam pergi letak racun dalam nasik dia, ataupun letak pisau kat punggung dia. Mesti ada elemen kelakar. Supaya silaturahim masih terjalin antara pelaku dan mangsa. Sebab sangat penting menjaga hubungan sesama rakan, apa yang terjadi biarlah jadi gelak ketawa penghibur hati dan menjadikan suasana lebih ceria.
Antara yang aku praktikkan semester baru ini ialah..aku gelarkan sebagai "The Contact List Twist" ataupun bahasa pasarnya "Ranjau Contact List dalam HP Kawan Hang" atau "RCLdHLKH". Selalu orang kacau just guna random number yang tak kenal kan? Yang ni lain sikit. Modus operandinya adalah seperti berikut. Percubaan pertama aku ialah pada kawan sekelas aku, Afiq ataupun lebih famous dengan nama Bam.Aku pun tak pasti ejaan sebenar..mungkin Bump, Bumb, Barm, Bum, Baum, Bham. Tapi sebutannya memang Bam. Bam bara bam bam,bam bam! Sori, aku memang lost sikit. Suka berfikir di tepi kotak pada waktu begini. Kalau di luar kotak mesti aku dah kat oversea belajar tinggi-tinggi, tapi aku rasa aku sekadar pemikir di tepi kotak. Oh ya, aku teruskan dengan RCLdHLKH. First trial teknik ini adalah pada Bam itu. Pada mulanya tak jadi, tapi aku dah nampak potensi.
Mula-mula kita buat-buat pinjam HP dia konon nak main game. Kemudian, kita pergi kat contact list dia, dan tukar@gantikan nama kita yang ada dalam contact list dia. Pastikan dia tak perasan! Kalau dia takde number kita atau tak save..kita letak la nama baru. Contohnya di HP dia, number aku disimpan sebagai "Palong"(tak silap aku). Kemudian aku tukar menjadi "Suparjo Pantai". The trick is..anda kena alert dengan hidup dia. Tau serba sedikit. Apa yang aku tahu ialah si Bam ini rumahnya dekat dengan pantai. So aku cuba nama tu dan tukar tanpa disedarinya. Apabila lama sedikit, keluarkan HP anda dan text mesej pada dia macam dia tu kenalan yang bukan berada dekat dengan dia.
Contoh:*Text
Suparjo Pantai : Wei Bam, lu kat mana, maktab ke.
Apa yang aku ingat ialah dia berkata "Haram@lahanat siapalah pulak Suparjo Pantai ni...". Pada waktu itu, berdekah-dekah aku gelak. Sebab tak tahan sangat. Kalau orang kacau pakai number random, kita mesti ada instinct kan...tapi kalau number tu dah disave, kacau tak pemikiran korang? hehehehhe. Reaksi Bam ialah, benda tu boleh berjaya jika aku tahan gelak dan berlakon tak tahu. Toleransi tahan gelak aku memang lemah. Tu masalah jugak. Dia pun kata benda tu kelakar dan boleh jadi, so aku dan dia rancang untuk buat pada classmate yang lain. Maka ada seorang mamat ni, yang tinggal di JB. Taman Perling, Jalan Belibis 11. Taman tu agak besar, aku dah berapa kali pergi rumah dia. So kami bercadang untuk try aim pada mamat itu. So aku gunakan modus operandi yang sama. Buat-buat main game dan tukar contact kepada "Daud Belibis". Dan aku lepas tu terus text dia. Dia pun nampak confuse dan asyik tanye siapakah Daud. hahaha..dalam 2 hari lepas tu baru dia tahu, tapi sebab benda tu kelakar, kami share gelak and happy sama-sama.
Lepas tu aku buat jugak pada orang lain.Agak kelakar sebab masa buat tu ada ramai-ramai,so jadi fun. Aku suka buat prank lah sem ni, tak tau kenapa. Bosan sangat kot sebab semester ni penuh dengan kelas panjang berderet. Ada lagi prank lain, ada masa aku share lagi.;)
Yang penting, ranjau atau prank ni...Always keep your limit. It is for fun;))!
HAHA! bace je pun dah rase nak gelak guling2.
ReplyDeletehabis ilmu nak exam ptg nie terkeluar.
nway prank ni comel! hakhak!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesyira shah :
ReplyDeleteAhahahaha,dah bosan sangat kan.Tu yang sebenarnya orang BOSAN dan orang KUAT MENGARUT tak boleh jadi orang yang sama.Bahaya! kih3 ;)
Anis Shazreen:
ReplyDeleteHehehe,kelakar lagi kalau dapat tengok secara live.eh anis,pinjam HP jap nanti, nak main game.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete