Pages

Thursday, December 29, 2011

Apa yang kita boleh buat?

Sorotan daripada entri aku sebelum ni aku mulakan entri baru ni dengan perkataan 'tanggungjawab sosial'. Perkara ni ada kena mengena dengan major subjek aku. Tapi bukan sebab tu aku nak sentuh perkara ni, tapi sebab berkaitan dengan isu semasa kita dalam masyarakat hari ni. Sedar tak sedar, masalah sosial semakin teruk bukan? Tapi pendekatan asalkan takde berkait dengan kita, bukan bermaksud kita harus lepas tangan.








Aku tahu, aku bakal guru. Ada peranan penting dalam memastikan generasi masa hadapan. Tapi aku nak tanya pendapat korang. Aku sahaja ke?Atau kami sahaja ke?(sebagai guru). Yup, ibu bapa pun berperanan kan. Memastikan anak-anak mereka terjaga. Tapi kalau orang lain yang tergolong dalam masyarakat? Adakah perlu biar sahaja...Hakikatnya, selagi benda tu tak terkena kat muka kita atau "In your face!", selagi tu kita takkan ambil endah. Takkan cikgu je kena ada rasa tanggungjawab ni.Takkan engineer tak boleh, doktor tak boleh, peguam, pelumba basikal profesional...sebenarnya semua orang dalam komuniti masyarakat ada tanggungjawab masing-masing untuk memastikan komuniti sosial mereka terjaga.

Sebagai guru, aku perlu meberi banyak tunjuk ajar dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid supaya jadi insan yang lebih baik. Di rumah ibu bapa pulak berperanan sedemikian. Kalau yang lain tu macam mana?Profesion lain semua tu..well..for starters at least mestilah orang-orang macam tu tergolong dalam sebuah kawasan kejiranan kan? Kita ambil skop kecik je..Kawasan kejiranan...Katakan seorang engineer yang pergi kerja pukul 8, balik pukul 5. Even bujang sekalipun tak semestinya tak boleh bergaul atau memberi sumbangan pada komuniti kan..just lepak-lepak dan ambil tahu perkembangan sekeliling..Benda macam tu punya ringkas pun dikira tanggungjawab sosial tau. Dan seterusnya menyumbang atau join aktiviti di tempat itu, beri sumbangan atau tenaga. Tak susah....even anda just bekerja di situ and menyewa kat tempat tu tak bermakna anda tak perlu involve dalam menyumbang di kawasan itu.

Sebagai jiran jugak, memang kadang-kadang ada pendekatan orang "Kau buat hal kau, aku buat hal aku...".Lepas tu tak tegur..ada jugak..aku ada contoh, tapi after a various amount of try, aku give up dan malas dah nak cuba berbaik..Pendekatan macam tu bukan apa, bila-bila masa je korang akan perlukan bantuan jiran korang kalau ada kesusahan, so jangan bersikap ego sedemikian. Orang sombong takkan ke mana. Itu yang aku belajar.

Apa-apa profesyen jugak pun, bila dah berkeluarga automatik ada tanggungjawab specially towards their own family. Anak-anak kena jaga, kena pastikan kelakuan baik.Macam-macam la.Tapi aku tak berani sangat nak sentuh parenting ni sebab aku belum ada pengalaman kan. So at least budak-budak kecik yang main lasak-lasak and bahaya kat rumah korang tu, boleh je korang tegur atau nasihat even bukan anak korang.At least korang attribute to a better life for them.Tanggungjawab sosial.It's easy as 1,2,3 as long as you know your role;)

No comments:

Post a Comment