Pages

Friday, December 30, 2011

What I find interesting just now.

Baru-baru ini, semasa cuti sekolah yang bermakna...cuti aku jugak, aku agak lost and takde idea nak buat apa besides tengok movie,series,menguap,makan,gi tengok air banjir dan lain-lain aktiviti yang what's the best word to describe this...typical..yes typical. Aku rasa macam apa lah yang aku nak buat, fulus pun bukan ada sangat. Nasib baik ada game ragbi kat Seremban hari tu plus reunion futsal. And another day at Jusco Tebrau,JB where I lost my phone.(T T).

Dalam kekusutan dan kebosanan tersebut, aku just stay kat rumah most of the time.Nak kuar?Hujan je manjang. Sampai aku rasa excited nak gi kenduri kahwin sedara aku kat Kota Tinggi sebab aku dah lama tak kuar and buat aktiviti. Jarang orang berjaya buat aku excited untuk gi kenduri kahwin. Aku boleh wrap cuti aku ni just by using the sentences "I spent most of my time wrapped in comforter because it was raining heavily...."

Cuti kali ni ada pembaharuan sedikit untuk aku, abang aku dah kerja di Segamat and dia menjadi seorang bujang yang tinggal di rumah ibunya. Dan dia ada broadband, so ada benefit jugak aku ada insomnia ni.Dia guna internet sampai malam pukul 11 average lepas tu dia tido sebab pagi kena pergi kerja. So lepas pukul 11 aku akan rembat broadband beliau. Itulah gunanya siblings kan? Dia suka rembat barang aku jugak, don't worry. So aku rajin online di waktu malam. Biasanya kalau cuti panjang nak online aku kena pergi ke CC di bandar. Tengah hari selalunya. Tiap-tiap hari bayar seringgit. Aku just jadi curious and suka nak tahu perkembangan semasa sejak dah terbiasa online di hostel maktab. Then aku lepas geram download banyak lagu-lagu latest. How?bukak billboard.com...Tengok chart and tengok lagu-lagu top. Kalau tak sedap takkan lagu-lagu tu jadi tabble toppers kan? So aku download by situ. Leceh nak kena dengar radio kadang-kadang kita dengar "eh sedap jugak....tajuk?Alamak tak tahu..." So by tengok chart aku kira ikut perkembangan semasa gak kan?Haha....

Sekarang aku tak perlu ke CC selalu, aku boleh duduk di depan laptop aku dan online sesuka hati walaupun selalu slow lepas tu kena connect and disconnect. Tapi worth it then tiap-tiap hari nak kena ke bandar sampai abang CC tu dah kenal...Atas kebolehan aku untuk online di waktu malam ini jugak aku decide untuk start blogging.Lagipun idea aku hanya muncul di waktu malam.I mean tengah-tengah malam pukul 2-3 pagi.Masa tu aku fresh.Tak percaya?Tanya rakan-rakan aku. Dan aku juga lately suka membaca facts di wikipedia. Kadang-kadang benda tu tak penting pun tapi semangat ingin tahu aku sangat tinggi nowadays. Benda yang aku tengok di TV atau movies and series, aku selalu rasa nak tahu.

Macam baru-baru ini aku minat tengok Discovery Channel. Mythbuster, Man VS Wild, River Monsters, American Chopper, Dirty Job, Curiosity. Bila aku tengok tu, aku punya sikap ingin tahu tak terhenti di situ, aku bukak google tengok dia punya wiki, macam-macam aku belajar daripada personaliti dalam cerita tu. Macam Man VS Wild, pengacaranya Bear Grylls adalah British dan merupakan pengerusi pengakap dunia sekarang. Begitu besar dia punya pangkat dan budak-budak pengakap IPG aku kena tabik kalau jumpa dia. Dia punyalah sempoi makan kala jengking lah,ulat lah kat hutan dan survival skills yang tip top. I respect this guy=). Dan Jeremy Wade pengacara River Monsters juga adalah British dan merupakan biologist. Kalau aku tak baca kat internet, aku takkan tahu benda-benda ni. Aku pun pelik kenapa aku berminat nak tahu.

And aku jugak minat Cooking Show especially di channel AFC dan Discovery TLC. Yes, I'm a rugby player dan berparut di kening sangat jelas.Tapi tak salah kan?Aku sekarang more to that type of show plus documentary.Iron Chef,Man VS Food,Top Chef,Cake Boss, Jamie Oliver shows..I think kebanyakan food or culinary show, I'll watch. Macam Top Chef aku ambil tahu winner setiap season dan signature style of cooking diorang. Aku tak tahu kenapa, kadang-kadang benda yang diorang masak bukan kita(muslim) boleh makan pun.Tapi aku just minat. Tu sebab bila mak and adik aku tengok MasterChef Malaysia, aku macam "Hurmm...tak standard citer ni..." (No offense.Maybe aku dah terbiasa tengok high end punya culinary skills)

Dan minat serta sikap curiosity ini juga tak terhenti di TV. Aku juga mempunyai minat yang sama pada hiburan seperti movies and series yang aku tengok. Macam movie-movie yang aku tengok. After tengok, aku suka bukak wiki and tengok apa-apa info yang aku miss.Soundtracks, casts, locations..Aku just suka nak ambil tahu. Lepas tu tengok satu-satu pelakon dia. Macam Green Lantern, aku suka tengok heroin dia Blake Lively. Lepas tu baru tahu yang dia pelakon Gossip Girls by wiki reading. Macam rasa seronok after tahu macam-macam. And rupanya hero Green Lantern (Ryan Reynolds) rupanya bekas suami Scarlett Johansson. Macam-macam benda yang aku rasa tak penting pun, tapi aku dah terbaca. So aku tahu la. My type of movies selalunya yang kelakar, heroistic, light and sometimes a bit romantic pun aku boleh layan. Agak lame jugak pilihan movie aku..tapi hey,that's I am.Aku tak suka tengok cerita hantu.Haha. Last night aku tengok movie Easy A. Aku mula-mula tak nak layan tapi sebab before ni aku pernah tengok MTV Movie Awards 2011, ada pengacara tu higlight pasal movie tu.Lagipun heroin dia dapat award best comedic performance melalaui movie tu. So aku pun check it out alang-alang dah ada dalam external. Agak funny gak sebab aku peka dengan benda-benda macam ni. And macam biasa lepas tengok, aku bukak wiki. And baru dapat tahu Emma Stone (heroin Easy A) tu akan muncul dalam new movie Amazing Spiderman next year sebagai heroin Gwen Stacy. Peter Parkernya adalah Andrew Garfield yang jadi 'Eduardo' dalam Social Network (yeah the Facebook movie). See? Kadang-kadang aku fikir...why do I care? Maybe because it's my unknown interest before.



Mr. Edward Michael "Bear" Grylls si Pengerusi Pengakap Dunia.Bukan calang-calang orang.True Scout!



Emma Stone as Gwen Stacy in Amazing Spiderman.Next Year!

No comments:

Post a Comment