Kadang-kadang kita akan terfikir beberapa peristiwa yang ada dalam hidup kita.Mengimbau sejarah.Mengingat kembali.Itu semua imbasan atas kenangan silam yang kita ada.Ada pahit ada manis.Yang manis,mesti kita rasa nak ulang kan?Kalau yang pahit tu mesti kalau boleh nak lupakan.Selalu kalau dengar nasihat orang,"kau lupakan je lah benda tu...benda dah berlalu". Kepala otak kita ni bukannya ada sistem untuk devide certain memory dan delete begitu sahaja.It does not work like that.....
Sebaliknya kalau kita tengok perkataan 'life' itu sendiri ataupun kehidupan.Maksudnya benda yang kita lalui dalam hidup kita ni,semuanya memang dah ditakdirkan.Kita tak boleh melawannya ataupun harap ianya berubah semula.Tapi selagi kita hidup di muka bumi ini,kita diberi peluang untuk mengingat kesilapan kita dan mengambil pengajaran.Kalau kita tersentuh benda panas,takkan kita nak buat lagi kan?Mesti kita amek kain atau alas untuk pegang benda itu.Selagi kita hidup,selagi itulah kehidupan mengajar kita dalam pelbagai cara..
Kalau nak kata,semuanya berlaku ada sebab.Kenapa?Dari benda sekecil-kecil jatuh sebab lantai yang licin.Sebabnya supaya mengajar kita supaya berhati-hati.Sebabnya pengajaran jangka panjang dan sepanjang hayat.Kadang-kadang kita kata..."ooh tak happeningnya life ko,same je...benda2 bosan je..".Mana tahu mungkin ada benda yang dia belajar dari kehidupan dia lebih baik dari apa yang kita ada...Pengalaman mengajar dan mematangkan kita.Sekolah dan universiti memang memberi kita pelajaran tapi kehidupan kita?Tak mungkin kita dapat belajar semuanya di sekolah.Kita kena lalui sendiri...
Macam saya,banyak lalui susah senang.Tapi kalau nak katakan saya agak beruntung sebab saya dilahirkan dalam keluarga yang..nak kata senang tu tak..tapi alhamdulillah cukup dan membuatkan saya tidak mempunyai masalah untuk makan,belajar,hidup dalam suasana yang normal macam orang lain....Tapi bila part susah tu,memang lah untuk mengajar saya supaya lebih matang.Antaranya bila arwah abah saya pergi meninggalkan kami sekeluarga...saya terasa yang saya tak bersedia pun untuk pikul tanggungjawab yang ditinggalkan,tapi dah memang takdir dan masa itu,bersedia atau tak.Saya kena terima...dan bila pernah mengalami kesusahan bersama-sama abah saya dulu,saya dapat pengalaman yang berguna dan mencuba untuk menjadi anak yang lebih baik dan belajar dengan lebih baik demi keluarga.....Anda juga sama nanti,bersedia atau tidak,bila kita tiba-tiba diletakkan dengan tanggungjawab,kita takkan rasa sedia.Tapi sebab itulah kehidupan secara tidak langsung kita akan cuba buat dan belajar dengan lebih baik...
"pengalaman mematangkan kita..."
No comments:
Post a Comment