Sekarang ni musim hari2 bukak buletin utama...mesti ada cerita pasal perjuangan parti2 BN.Actually aku agak bosan dah..muak...kenapa?Sebab apa yg aku lihat dan belajar selama ni...politik negara kita tak lah bersih mana.Membosankan...bagi aku bukan sahaja membebankan rakyat..dan apa yang aku nampak ialah lebih meluaskan jurang perpaduan yang sudah sedia ada.Aku tak mahu berdiri pada mana-mana pihak, sebab bagi aku..kalau negara kita bertukar kuasa..aku yakin..korupsi,penyalahgunaan kuasa dan kepincangan pasti akan berlaku jugak....Sebab dua-dua tak nampak meyakinkan...Sini kata sana salah..sana kata sini salah?Mana yang betul?Wallahualam...
Parti utama, kerajaan dan pembangkang.Mereka ini menjalankan kempen mereka dengan pesat sekali untuk mencapai kemenangan.Kita ada juga yang terpanggil dan mengikut-ikut seruan mereka, sebarkan sana sini.Dan sekarang pelajar IPT dibenarkan melibatkan diri dalam politik, makin meriah la.Satu perkara yang aku belajar semasa di IPG, subjek politik semasa semester 3, pensyarah kami amat bagus dan sangat menitikberatkan penilaian dan pengkajian tentang apa di sebalik politik itu.Cara penyampaian beliau pula amat dihormati...tidak berdiri di mana-mana pihak dan menetapkan batas untuk kami membincangkan isu-isu tertentu untuk menjaga kredibilit kami sebagai guru.Sebab politik ini adalah isu yang agak sensitif.Dan fahaman semua orang tidak sama, jadi sebelum menjadi 'panas', seringkali beliau akan menghentikan dan menukar topik.Aku kagum.Sebab bila kelas itu, aku banyak mendiamkan diri kerana ada certain2 isu yang agak baru bagi aku dan aku tidak mahu membuat pandai menambah-nambah dan membahaskan perkara yang aku tidak pasti.So aku lebih suka dengar apa yang disampaikan untuk menambah ilmu.
Malam-malam bukak TV je Buletin Utama jam 8 hampir suku daripada berita nak cerita pasal perkembangan politik.Bagi 1 PIHAK sahaja.Agak membosankan.Aku yakin ada banyak lagi isu-isu penting dalam negara ini yang hendak dipamerkan dan diketepikan begitu sahaja.Kalau nak, buat satu rancangan khas setiap hari untuk update orang ramai, bukan ambil masa rancangan yang mengutarakan isu-isu penting negara.Politik memang lah penting, tapi bagi aku perkembangan politik semasa negara harus rangkumkan semua pihak.Bukan sebelah sahaja.Dah nampak kan kepincangan kat situ?Aku bukan nak tuduh ke apa, cuma aku tak faham kenapa dikatakan negara demokrasi tapi pihak tertentu sahaja yang berkuasa. Bagi pihak pembangkang pulak..kadang-kadang aku pelik.Mereka juga membuat pakatan, tapi tak nampak yang mereka tu bersatu dengan utuh.Ada yang lebih kepada misi kepentingan kaum,ada yang dah nampak macam misi peribadi untuk membalas dendam..macam-macam lagi isu.Yang aku tak boleh terima, isu main warna kulit membabitkan MB Perak baru-baru ini.Agak melampau jugak, tapi nak buat macam mana..itulah politik di negara kita.Kalau kita nak buat penilaian, buatlah sewarasnya.~
Sebagai rakyat, kita bertanggungjawab untuk mengundi bila sampai waktu umurnya.Adakah anda sudah berdaftar?Aku baru je minggu lepas.haha.Back to the topic..kita sebenarnya memegang kuasa untuk menentukan kemajuan negara kita.Kita tak perlu pergi jauh untuk membuat pilihan.Cuba lihat tempat kita sendiri.Adakah tempat anda sedang membangun dan berada dalam keadaan baik?Itu tanggungjawab wakil rakyat anda yang anda undi. Kita tak perlu lihat pada gah dan kehebatan sesebuah parti itu, kita lihat pada karisma dan kredibiliti pemimpin yang telah dilantik oleh parti-parti tersebut untuk kawasan anda.Lihat apa yang mereka lakukan dan tengok pada kemajuan tempat anda.Adakah sesuai?Adakah dia ini menjalankan tugasnya?Itu yang kita perlu lihat.Bukan membabi buta pergi berkempen mengutuk semua orang.Yang ini kata salah, yang itu kata teruk...macam-macam.Yang penting kita jalankan tanggungjawab kita nanti untuk kemajuan tempat kita…;)
UMNO ada tV,
ReplyDeletePakatan Rakyat tak ada TV.
Jangan dengar sebelah pihak sahaja.
Dengar 2 2, nanti buatlah penilaian :)
Latest Post:
Perubatan Tradisional Untuk Pelbagai Penyakit
Yup,betul tu..sebab tu agak membosankan tengok TV sekarang ni...sebelah aja,so better tengok dan lihat saja apa yang terjadi nanti sebab rakyat dah pandai berfikir ;)
ReplyDelete