Kawan-kawan ramai so macam2 aktiviti aku buat...tapi aku paparkan dua je..contoh.Hehe.1st sekali(atas) gambar masa reunion futsal ke-7 batch aku masa sekolah and gambar masa PBS(Penilaian Berasaskan Sekolah) kat JB masa dengan member-member maktab. Kenapa aku timbulkan gambar aktiviti berkumpulan ni? Sebab ini masih menunjukkan keremajaan kami dan aktiviti yang selalu dilakukan oleh umur pemuda-pemuda macam kami....Tapi adakah benda ni akan selalu kekal?
Bila umur meningkat contohnya macam aku.22 ke 23,aku rasa masih muda lagi dan banyak lagi yang nak achieve sebelum settle down (berumah tangga).Umur ini juga adalah peluang untuk aku menikmati keremajaan dan friendship yang ada dengan kawan-kawan di tahap maksimum.Tapi…ada beberapa masalah…macam kawan-kawan di IPG, aku ada setahun lagi bersama mereka.Mungkin tahun itulah yang terakhir untuk aku jumpa kawan-kawan tertentu sebab lepas ni,maybe posting tah ke mana-mana kan masing-masing. Normally, selepas semua dah berkerjaya..macam2 masalah akan timbul..katakan nak buat gathering, mesti ada certain2 orang yang tak dapat datang disebabkan masalah yang tidak dielakkan.Kalau kawan-kawan sekolah aku pulak, bila nak reunion mesti ada yang takde…Every semester aku akan organize futsal, kitorang pulak belajar tempat lain-lain.Cuti tak sama so memang menjadi cabaran untuk organize benda ni untuk memaksimumkan kedatangan.Alhamdulillah every time,ramai yang datang.We had a lot of fun and laughter.Bila benda tu takde nanti, mesti aku akan miss that very moment…sebab tu aku cuba pertahankan tradisi ni.BTW dah masuk edisi ke-12 ;)
Kadang2 kalau kita dengan kawan-kawan masa tengah belajar, kalau ada gathering penting..sorang tu biasa datang tapi tak datang..kadang-kadang itu pun boleh jadi point. Maybe dia ada sebab lain yg bagi dia lebih penting.Dan seharusnya kita tak boleh salahkan individu-individu tersebut.Sebab kita mungkin akan jadi macam tu. Fasa ni normal sebenarnya, semakin dewasa semakin banyak benda penting yang akan berlaku dalam hidup kita.
Dan kadang-kadang kita kena letak isu-isu yang ada tu setaraf dengan kawan-kawan kita.Semua orang akan lalui benda ni.So ada sesetengah orang yang bila sekali event tak dapat berada sama-sama, persepsi kawan-kawan terus berubah.Then akan jadi point.Itu yang tak cantik tu kan.Tapi the beauty of being adults is kematangan berfikir.Itu amat penting.Kita perlu tingkatkan kematangan kita dan jangan terus membuat andaian negatif.Mungkin orang tu ada urusan lebih penting dan dia tak boleh jugak all the time utamakan kawan-kawan kan?
Aku pernah membuat kesilapan seperti meletakkan kawan-kawan aside lama dahulu.It eats me up inside whenever I think of it.Tapi lama-lama aku sedar dan sekarang aku cuba hang out dengan kawan-kawan as long as I could.Lagi pun sementara tengah single ni lah nak enjoy and have most of the fun.haha.Lepas ni jarang dapat peluang tu lagi2 kami semua akan berpecah nanti.Tapi, whenever we had time, treasure every moment. Kedewasaan akan meletakkan kita dalam pelbagai corner yang difficult.Lepas ni kena fikir banyak benda…work,money,relationship,family dan macam-macam lagi.Kawan-kawan?We must understand them as you want them to understand us.Once in a while after dah berkerjaya..get along and have fun.In the other hand, focus on our tasks and it will be okay.
It’s a normal process…so we must grow up and be understanding...~
No comments:
Post a Comment