Pages

Monday, December 26, 2011

Minat Tak Terhenti even going 23.

Entri baru ni, aku rasa macam nak gelak pun ada. Sebab aku menuju ke umur 23, tapi aku still tak boleh berhenti meminati siri-siri fantasi yang hanya budak sekolah rendah je kebanyakkannya tengok. Macam Kamen Rider, Ultraman, Super Sentai(Power Rangers versi Jepun), atau kartun-kartun yang makin melimpah-limpah di dunia kita sekarang. Aku pun hairan, kenapa eh? Adakah tumbesaran otak aku mengalami masalah? Nak kata aku Nerd dan hanya mengadap komputer sepanjang hari..aku rasa tak..aku bersosial, aku bersukan, aku masih membasuh pinggan selepas makan. Jadi apakah silapnya? Aku tak boleh berhenti minat, macam still syok bila tengok. Bila tengok ada orang yang download siri dia, sanggup gi cari, copy pastu sanggup tengok setiap hari sampai habis. Selalu update info terbaru macam kat bawah tu ha, pasal Kamen Rider. Alert dengan perkembangan especially Kamen Rider tu. Hey, It’s my childhood fantasy okay!

Siapa dulu tak minat dengan “Suria Bajak Hitam”? Tu pun Kamen Rider tau, generasi awal. Aku rasa tak salah untuk minat, tapi kadang-kadang orang sekeliling skeptikal. Anggap minat pada benda ni macam tak matang. Well’ I can’t help to stop following these kind of series, tapi still aku boleh buat life decision and think wise enough.Aku rasa macam segan kadang-kadang nak tengok cerita ni bila ada di kalangan kawan-kawan. Sebab risau dengan penerimaan. Tapi kadang-kadang aku redah jugak.Dah minat kan. And siap paksa kawan tengok jugak.hahahha. But still, I’m kinda shy a bit about my interest here. Yup, because I’m heading 23 now.

Sebut pasal fasa pendewasaan ni, aku rasa mungkin jugak aku akan sampai tahap umur ‘fikir tuck-in baju dalam seluar tu dikira smart’. Aku tak tau bila tapi tu bagi aku, satu contoh fasa pendewasaan. For now aku still fikir yang aku lebih selesa ‘tuck-out’ baju aku.Hehe. Macam bodoh contoh yang aku bagi tapi it is for real guys. Men will come to this phase when they think it is smart to tuck in their shirt. Maybe aku belum sampai usia tu, tapi I believe I will. It’s a fact. Tapi in my case of interest, I’m not sure. I’m still attached to this interest. Tapi aku takkan paksa untuk stop.

For me, interest macam ni lah yang generate aku punya imagination since I was a child. Umur 6 tahun aku dah pandai buat satu cerita lengkap masa tadika. Tajuk dia ‘Musang dan Monyet’(agak noob). Aku rasa masa tu sebab aku always pay attention masa tengok kartun and cerita-cerita fiksyen ni, I could imagine it. Sama macam my drawing, aku just boleh lukis things yang aku suka dan well understand. Aku rasa macam it is a good tool to develop nice imagination and ability to think outside the box. Anda rasa macam mana? Katakanlah anak anda nanti suka tengok TV dan kartun di pagi Sabtu, adakah anda akan membebel? For me biarkan sahaja. It is a good tool if you develop it the right way. It’ll help. Trust me. My childhood says so. So aku rasa aku takkan hentikan minat aku ni. Sebagai cikgu jugak, aku boleh share benda ni dengan anak murid aku. Maksud aku bukan tengok sama-sama tapi at least aku tahu dan boleh ‘blend in’ dengan life dan interest diorang. Now I see the advantage of it towards my future career.;)

No comments:

Post a Comment