Pernah tak anda terfikir masa dulu-dulu..Apa yang anda buat, apa yang anda capai…Apakah pilihan yang perlu dibuat dan apa sahaja yang menjadikan anda tu ‘anda’ pada hari ni?Macam aku, terlalu banyak perkara dan tak tahu nak mula dari mana.Bila umur dah menjelang 23 dan dah nak mencapai status sebagai pelajar tahun akhir, aku rasa terlalu banyak benda yang nampak simple, tapi sebenarnya boleh mengundang kepada takdir aku. Dari isu-isu kecik macam…
- Aku dapat hadiah basikal masa darjah 3 sebab lulus PTS, baru seminggu beli kat Courts Mammoth. Bawak gi sembahyang Jumaat, mangga kat tayar.Pastu hilang! Kalaulah aku tak mangga kat tayar sahaja dan mangga sekali kat tiang.Mesti parents aku lebih percaya kat aku bab memberi barang ni.
- Atau aku ada pilihan untuk lompat kelas masa tahun 3 ke tahun 5 terus.Tapi aku ambil keputusan untuk take it slow dan join kawan baik Chinese aku untuk bersaing sama-sama di tahun 4 dalam pelajaran.
Kepada isu-isu lebih besar dan rumit macam…
Aku dapat pilihan untuk ke Sekolah Berasrama Penuh(SBP) dan MRSM masa tingkatan 1, aku pilih SBP sebab buku teks kat SBP boleh pinjaman, kat MRSM kena beli.Agak bengap jugak sebab tu kan?
Tapi macam isu ni menjadi satu enigma untuk aku.Adakah jika aku membuat pilihan ke MRSM tu, aku akan jadi lebih berjaya?Atau sebaliknya? Bila aku masuk ke SBP, iaitu STJ di Negri Sembilan..aku berdepan dengan senioriti yang agak membebankan.Tradisi seperti ini membantutkan keceriaan serta menyusahkan hidup aku di situ.Aku baru form 1, hari kedua dah kena lempang dengan senior.Cool kan? Sebab kami duduk bersama dalam 1 asrama, dari form 1 hingga lah ke form 5. Macam MRSM yang aku dapat tu sampai form 3 je student kat situ. Pembelajaran pun agak berbeza dan strictly sukan amat restricted.Yes, boleh main tapi sampai mana je sebab kurang didedahkan dan agak limited peluang tu kalau kat MRSM.Sebab mereka amat menitikberatkan akademik sebagai medium utama masa tu.
Di STJ, aku diperkenalkan dengan dunia ragbi ‘tackle’ berbanding ragbi sentuh yang dimainkan masa sekolah rendah.Aku mula main seawal form 1 dan seronok sebab aku rasa benda ni aku lebih boleh gi jauh berbanding sukan lain.Sampai sekarang aku main, jadi sebab tradisi sekolah aku pun tu pun memang kuat ragbi so aku tidak ketinggalan dalam menjadi salah seorang playernya.Alhamdulillah…Tapi bab pelajaran kat situ, aku tak dapat nak catch up.Aku bukan jenis seorang yang fokus bila tak di’push’. Aku juga begitu obses dengan sukan sampai tahap bila ada aktiviti sukan je aku rasa excited.Sampai bukan ragbi je, sukan-sukan lain selagi boleh main aku main.Aku macam lebih suka mengharumkan nama sekolah dalam sukan berbandind akademik.Silap aku jugak.Seawal form 1 aku dah rasa bebanan belajar dengan environment yang kurang selesa. Pressure dari senior dan kehidupan yang kurang terurus.So aku menyalurkan ketidakselesaan itu kepada benda yang aku suka.Dan itu menjadikan aku lebih mengabaikan pelajaran.Salah aku jugak sebab terlalu obses sukan dan tidak ambil kisah...
Bila aku tengok adik-adik aku masuk MRSM, aku dapat lihat mereka berubah dan menjadi lebih alert dengan pelajaran mereka.Sistemnya yang mungkin aku lihat sedikit ‘pushy’ untuk student-student mereka lebih berhasil. Adakah aku jugak akan jadi begitu kalau aku masuk ke sekolah yang macam tu?Kalau sekolah aku, maybe keazaman dan strong will dapat bertahan. Aku juga berpeluang untuk berjaya dan memberi high focus jika aku sedar kesilapan aku lebih awal. Sampai cikgu LK aku pun pernah kata pada mak aku, aku main sukan bagus,sangat bersemangat.Tapi dia berharap aku membawa semangat itu ketika belajar.Sedih bila teringat benda-benda camtu….Tapi nak buat camne, aku juga bersalah sebab membawa sikap sebegitu dahulu. Aku tak tahu..adakah sikap aku akan berubah jika masuk ke tempat yang lebih ‘pushy’ untuk aku belajar. Aku sangat rileks semasa di sekolah dulu, sebab aku fikir “takde apelah..takde hal lah…same je…” setiap kali tengok result ujian.Takde pun rasa penyesalan yang tinggi.Just penyesalan bila tengok markah BI je.Itu je..Sikap aku masa tu.Amat aku kesal..
Aku pernah jugak terfikir, mungkin better if aku masuk asrama lebih lewat, macam dah form 4 baru masuk.Sebab bagi aku, tak perlu berdepan dengan suasana senioriti yang membebankan dan environment change yang sesuai dengan tahap penerimaan aku. Aku maybe lemah sikit bab ni.Aku macam selalu mengelak pressure tiba-tiba dalam umur yang agak muda aku terus jump in dalam dunia macam tu.Aku susah nak terima…mungkin itu yang mempengaruhi…tapi benda tu semua dah berlalu.If aku masuk MRSM atau masuk form 4, maybe aku tak dapat belajar develop sukan yang aku minat ni…Or maybe aku tak bersukan terus…If aku buat keputusan camtu jugak pun, tak semestinya aku akan lebih berjaya. Mungkin akan jadi benda lain yang tak dijangka.Kita tak tahu…
Back to the topic..kenapa aku cakap benda-benda ni? Sebab baru-baru ni aku ada tengok cerita drama Jepun, “Proposal Daisakusen”..pasal seorang mamat bernama Ken yang menyesal masa muda-muda dia tak luahkan cinta dia kat awek yang dia suka.Dan masa tu dia dah ada kat wedding awek tu.Awek tu kahwin dengan cikgu dia.Heartbreaking, tapi dia dapat peluang untuk betulkan keadaan bila ada seorang fairy yang tolong hantar dia ke masa silam untuk ubah keadaan.Best gak citer tu…mamat tu banyak sangat penyesalan masa hidup dia..Tapi last2 dia guna masa sekarang jugak untuk ubah nasib dia.Untuk kebaikan masa depan.
Cerita tu memberi pengajaran yang jelas pada aku.Aku juga ada banyak penyesalan..tapi apa yang aku dapat ialah..in the end, apa yang aku buat di masa silam pun, tak penting. Sebab apa yang aku perlu buat sekarang, aku perlu berusaha di masa sekarang.Buat yang terbaik.Sebab aku dah ada memori yang sangat menarik masa kat sekolah dulu, aku rasa tempat lain takkan beri aku memori sebegitu.Aku sangat happy bila teringatkan situasi2 tu….Dengan pengalaman ,rakan-rakan, sukan dan heartbreaking moments yang menjadikan aku lebih matang. Aku sekarang perlu buat sehabis baik di masa sekarang untuk kebaikan masa depan aku.Bukan terlalu fikirkan apa yang aku regret di masa lepas.
“It’s not the past you have to change, but the present to produce a greater future…”
No comments:
Post a Comment