RUMAH KEDAI di Pekan Dong, Raub Pahang.
Ciri-ciri.
- Sewa RM100 sebulan (individu)
- Dekat dengan kawasan kedai makan, kedai runcit, kedai top up n even kedai bundle.
- Duduk bertujuh.
- Tinggal di tingkat 2.
- 2 bilik, 1 katil double decker, 2 katil bujang.
- Ada TV,Peti Ais, Dapur.
- 1 Toilet, 1 bilik Air.
- 25 minit dari sekolah.
- Bil api dan air dibayar tuan rumah.
Untuk orang seperti aku, 1st time pergi tengok rumah ni,aku rasa ini dah cukup baik sebab 1st praktikum aku duduk rumah papan macam hampir roboh, kedua aku duduk macam balai kecil. Jom tengok rumah kedua.
RUMAH teres corner lot di TAMAN ABU BAKAR.
Ciri-ciri.
- Sewa rumah RM130(individu)
- Dalam taman.
- Konsep rumah yang agak classy.
- Pukul 1-2.30(Isnin-Khamis) kena tiada di rumah sebab isteri tuan rumah nak guna untuk waktu rehat kerja.
- Aircond,Dapur elektrik, dapur gas,oven, mesin basuh dan flat screen TV(tuan rumah nak masuk ASTRO)
- Duduk 4 orang.
- 2 bilik, 4 katil bujang.
- Ada laman dan tempat parking yang selamat.
- 1-2 minit dari sekolah.
Agak susah kan untuk buat decision? Aku pun agak berbelah bahagi. Jom kita buat pros n cons list untuk tengok dan buat keputusan rasional.
RUMAH KEDAI di DONG,RAUB.
Pros(Kelebihan)
- Murah sikit.
- Tak perlu tunggu jam 2.30 untuk balik.
- Ada wifi kampung.
Cons(Kelemahan)
- Jauh(plus kemungkinan jalan Jam pagi-pagi)
- Motosikal parking tak selamat.
- Kena lalu pagar rumah orang untuk masuk rumah.
- Tiada mesin basuh.
RUMAH TAMAN ABU BAKAR
Pros(Kelebihan)
- Dekat(sangat)
- Lebih luas.
- Alatan lengkap.
Cons(Kelemahan)
- Mahal.
- Ada time yang perlu berada di tempat lain (1-2.30 petang)
Bila dah macam ni, baru aku nampak sikit dan mudah untuk buat keputusan rasional. Ok mula-mula aku tengok dulu jarak. Agak jauh, dan sekolah aku mula jam 7.15. Aku agak risau kalau terbangun lewat. Menurut guru di situ, Guru Besar agak strict dalam hal-hal masa. So sebagai guru praktikum yang akan berkhidmat selama 3 bulan..aku rasa agak gusar kalau terlajak bangun. Soal jarak ini jugak boleh menimbulkan masalah belanja jangka panjang. Kalau setiap hari ulang-alik dalam jarak yang seperti itu. Aku rasa beza sewa RM30 lebih ok berbanding belanja minyak jangka panjang. Dalam keadaan macam ni jugak, 3 bulan. Aku rasa alatan dan kelengkapan yang lengkap agak diperlukan untuk memastikan keselesaan. Bila dah ada Pros n Cons list ni, aku boleh buat keputusan yang lebih rasional untuk menjamin kelancaran sesi praktikum selama 3 bulan ini. Plus, sekolah bandar ni, aku rasa memang cikgu-cikgu lambat balik.Hehe.
Benda ni boleh dipraktikkan kalau ada masa. Agak membantu ;)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletetu la..segan nak mintak lagi murah memandangkan semuanya high class nye kelengkapan.TV flat screen,dapur elektrik,dapur gas n even oven.hehe.kalau girls dapat rumah ni seronok ah;)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteahahaha.especially you kan??hehehhe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletepretty obvious..hehehehe;)
ReplyDelete