Pages

Tuesday, December 20, 2011

Hati dan Akal

Ini adalah entri yang aku buat sebab baru-baru ini aku dapat berita yang mengecewakan.Aku bukan taknak kongsi berita tu, tapi aku rasa terlalu peribadi.Tapi aku olahkan intipatinya sebab benda ni buatkan aku banyak sedar dan belajar bersabar.Pernahkah anda letakkan harapan yang tinggi pada sesuatu? Dan adakah anda tahu yang anda tak sepatutnya buat begitu kerana takut anda akan kecewa dengan teruk? Tapi still anda terus stick dengan harapan tu kan… Kenapa?



Hati dan otak tak semestinya selari.Pilihan hati dan akal biasanya berbeza.Hati akan kata “just go for it” tapi akal mungkin kata “hold on..it may be a bad idea”. Macam aku.Selalunya salah keputusan even aku banyak berfikir tentang benda tu, aku terlalu ikutkan kata hati. Baru-baru ni aku kecewa sebab terikutkan benda yang sama.Akal aku dah kata ‘”jangan” tapi hati dah kata “go on je”. Bila sampai masa aku dapat berita tak macam yang hati aku nak tapi akal aku dah agak..aku agak down.Bertambah perit bila dapat berita tu malam…tapi esok paginya ada game yang penting.

Sepanjang pagi tu dalam komuter semasa perjalanan ke Seremban aku asyik terfikirkan kekecewaan itu. Kita sebagai manusia memang takkan lari dari kesilapan, tapi kekecewaan hasil dari kesilapan itu agak perit untuk diterima. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna kan? Aku buat entri sebab nak ajak korang berfikir. Adakah kata hati itu tepat? Atau adakah kita perlu menilai dari segi logik akal setiap masa? Adakah kita perlu berharap pada benda yang tak pasti…

Aku adalah orang yang kurang bijak membuat keputusan lebih-lebih lagi melibatkan hati.Benda-benda macam ni buatkan aku jadi semakin down.Aku senang kecewa tapi aku tak suka menunjukkannya.Nampak macam kuat,tapi hakikatnya dalaman aku agak lemah. Tapi aku harap korang semua dapat mengambil iktibar. Before ikut kata hati, ambil kira segala faktor yang ada.Gunakan akal.Dan bersedia sebaik-baiknya jika kekecewaan menimpa. Hati dan akal yang selari, boleh buatkan korang jadi lebih bersedia untuk apa-apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita.

No comments:

Post a Comment