Pages

Wednesday, December 14, 2011

Monogami, Poligami dan Otak Manusia.






POLIGAMI.Dengar perkataan ni je dah panas telinga untuk kaum hawa kan?Rileks…hehe..aku terlihat cerita di Discovery Channel baru-baru ni.Tajuknya ‘Science of Sex Appeal: Is Monogamy the Answer?.

Aku tengok cerita ni sebab tertengok ada tikus ber’couple’ macam kelakar, tapi bila tengok sampai habis baru faham tentang konsep monogami dan poligami dan kaitannya dengan otak kita.

Rupanya, monogami tu merangkumi dia hanya tertarik dengan seorang insan sahaja sepanjang hidupnya dan tidak pernah menjalin hubungan dengan orang lain.Bukannya bermaksud dia kahwin seorang sahaja, tapi dia adalah ‘playboy’.Itu masih tidak dikira sebagai manusia monogami dari segi saintifiknya. Maka dia juga tergolong dalam kategori poligami.

Sebenarnya, saintis seperti Janet Bennion dalam bukunya Women of Principle (1998)mengatakan ‘In historical terms, it is monogamy that is in need of explanation, not polygamy.’

Maksudnya dalam sejarah manusia ini, perkara yang perlukan penjelasan adalah monogami, bukanpoligami. Ini kerana normally manusia adalah generally mempunyai prinsip poligami.. Jangan risau sebab biasanya lepas putus cinta pastu lama kelamaan jatuh cinta pada orang lain pulak atau.....tak pernah bercinta tapi minat pada dua orang yang berlainan merupakan perkara normal. Itu merupakan salah satu cara termudah untuk melihat konsep poligami itu secara psikologi.Poligami dan monogamiini bukanlah suatu benda yang kekal. Dan sebenarnya jugak, poligami dan monogami ini bukanlah satu sikap manusia tapi berpunca dari hormon istimewa yang ada dalam badan manusia.Mari aku terangkan :

Manusia mempunyai hormone oxytocin dan vasopressin dalam badan.

  • Hormon oxytocin antara fungsinya ialah merangsang otak ke arah kemahuan untuk berpasangan.Macam contoh seorang insan ni terpikat pada seseorang atau terasa rapat dan ‘bonding’ dengan seseorang adalah contoh daripada cetusan hormon ini.
  • Hormon Vasopressin pula adalah ejen utama untuk mengekalkan kuantiti air dalam badan, tapi kajian dalam cerita yang aku lihat tu mendapati, lebih tinggi kandungan hormon ini, lebih cenderung untuk menjadi seorang yang poligami.

Bila aku lihat doktor dalam siri tu membuat scanning pada seseorang subjek(manusia) yang belum berkahwin dan mempunyai kehidupan seks yang normal(Ini orang putih,jangan ikut), dia mendapatihormon vasopressin dalam otaknya adalah tinggi, jadi dia mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi manusia yang poligami.Normal sebenarnya. Berbanding dia membuat scanning pada seorang yang sudah lama berkahwin dengan seorang isteri dan mempunyai beberapa orang anak, dia mempunyaihormon vasopressin yang agak rendah. Berdasarkan kajian ini jugak, kita dapat melihat bahawa manusia boleh mencapai tahap monogami bila dirasakan sesuai untuk 'settle in', berkahwin dengan pasangan yang sesuai dan sebagainya.

Jika semua orang menjadi monogami, dan hanya cenderung pada satu pasangan sahaja sepanjang hayatnya, agak sukar bukan? Jika dah berputus cinta, bercerai-berai, lepas tu sukar untuk meneruskan hidup dan memilih untuk bersendirian. Macam dah tak boleh nak membina hubungan baru dengan orang lain selepas itu. Adakah itu yang perlu dalam manusia?...Sebenarnya prinsip poligami dan monogami ini agak logik sebenarnya, tapi bila orang hanya pandang pada konteks perkahwinan.Memang sukar untuk diterima. Memanglah mana-mana wanita nak jadi the only one di mata suami. Malah dalam Islam pun menghalalkan poligami(asalkan mampu) sebab memang dah lumrah prinsip poligami dalam diri manusia adalah normal.Tapi kita bukan nak sentuh benda tu.Itu isu perkahwinan.

Hakikatnya dalam dunia berpasangan, manusia cenderung untuk mencari pasangan yang lebih sesuai lebih-lebih lagi buat masa sekarang.Di zaman moden ini, kita sudah ada kuasa untuk memilih dan bebas mencari pasangan yang lebih ‘ideal’. Jika kita tidak rasa sesuai, mungkin kita lama-kelamaan cepat bosan atau cuba mencari yang baru. Itu normal sebenarnya, namun CARA yang digunakan kadang-kadang tidak patut. Bila itu terjadi, mulalah timbul masalah kepercayaan, pergaduhan dan sebagainya.

Kita juga kadang-kadang begitu..sekejap kita rasa sesuai, sekejap kita rasa tak..Perasaan tak pasti memang banyak menguasai diri manusia.Tapi itu bukan sebab untuk kita sentiasa mencari kesempurnaan.Manusia saling melengkapi.Bukan sama-sama lengkap. Kita dikurniakan akal oleh Allah SWT untuk memikirkan yang terbaik untuk masa depan kita. Tidak perlu meletakkan syarat yang terlalu tinggi sedangkan kita belum tentu sempurna. Yang sedang bercinta, hargailah dan sentiasa menghargai apa yang ada pada pasangan.Yang mahu bercinta, jangan letak ‘high expectation’..just lihat apa yang ada dalam perhubungan dan tengok apa yang boleh diperbaiki bersama-sama. Bila dah rasa happy dan boleh terima pasangan anda seadanya, stick with the one and try to complete each other whenever possible. ;)

*P/S:Kalau tak ready, jangan mulakan. =)

2 comments: