The night is time I feel safest.Why?Sebab malam aman,nyaman dan tenang untuk aku..Aku mula suka berjaga malam sejak sekolah menengah.Masa tu aku selalu lepak kat bilik prep atau pun membuat kerja-kerja 'amal' untuk senior.Biasalah, sekolah asrama.Senioriti menjadi isu.Tapi nak wat camne,aku dah masuk sekolah asrama time tu.5 tahun kat situ.Kalau tak sekolah asrama and membesar kat situ,aku tak sure sama ada aku akan suka berjaga malam dan lebih cergas pada waktu malam macam sekarang.Aku tak sangka pulak umur 22 dan menjangkau 23,aku masih seorang mamalia nokturnal.Macam 'sugarglider'.
Malam memang menjadi platform untuk aku membuat perkara-perkara luar jangkauan.Contohnya menyiapkan esei kerja sekolah sempena cuti dari jam 1 pagi sampai subuh.Berapa ribu patah entah,sakit hati gak tangan lenguh...tapi I managed to do that in one night.Dan ada masa aku akan bermain dengan kura-kura aku Gopan dan juga kucing yang bernama Jon Jon 2.Aku cuba macam-macam cara untuk isi masa lapang.Sampai kadang-kadang ada bola kat tv jam 3 pagi,game live Portsmouth vs Middlesbrough pun aku boleh tengok sampai habis.Sampai aku mula mengetahui player-player dari bawah liga dan mengkaji taktik permainan mereka.Setakat Man U, Chelsea aku boleh masa tu kenal semua player bawahan dari kelab contohnya Charlton,Portsmouth dan Southampton.Nak buat macam mana?Dah cergas masa tu.Kadang-kadang sampai arwah abah aku bangun menggeleng kepala melihat anaknya masih berjaga jam 4 pagi tengok bola padahal team tak sedap. Aku rasa dari situ bermula minat aku terhadap info bola sepak dan liga-liga di dunia.
Masa umur tersebut juga, aku suka berjaga malam lebih-lebih lagi bila cuti sekolah.Sebab masa tu aku duduk estet dan merupakan player ragbi sekolah.Untuk mengekalkan stamina dan prestasi,aku akan berjoging di kawasan estet tersebut di waktu pagi.Waktu petang,ada makcik-makcik lepak kat bawah pokok tepi rumah aku.Mereka suka ber'chit chat' dan bergosip.Aku lemah kalau terserempak dengan mereka sebab confirm aku akan jadi topik.So waktu pagi lepas subuh amat nyaman untuk berjoging.Dengan laluan pokok getah dan anak sawit yang baru tumbuh,panorama itu lah yang menjadikan aku lebih selesa.Kalau aku tidur malam,confirm pagi bangun lambat dan takleh berjoging sebab memang dari dulu sampai sekarang aku tak suka joging petang.
Malam juga tempat aku untuk menenangkan emosi.Seperti biasa kita manusia ni mesti ada masalah dan konflik.Pernah aku clash dengan ex aku dan sepanjang malam aku termenung memikirkan.Sampai tahap aku keluar just untuk tengok bintang jam 3,4 pagi.Tapi memang betul,malam semua orang tidur nyenyak...Masa tu keadaan akan jadi senyap sunyi..Masa yang paling sesuai untuk aku berfikir dan membuat penilaian pada apa yang telah aku buat sepanjang hidup.Kecergasan aku pada waktu malam ini menimbulkan rasa risau sebab orang kata benda ni boleh datangkan penyakit.Semasa trip aku ke klinik baru-baru ini untuk membuat check up rutin,aku saja bertanya kepada doktor tentang masalah aku ini.Dia kata aku ada insomnia on-set atau "inset insomnia" iaitu simptom tidur bukan pada waktunya.Ya,memang betul..aku akan tidur selepas subuh boleh kata setiap hari....dan menurutnya lagi ia agak membahayakan.Bagi aku sebagai bakal guru jugak,agak membimbangkan dan aku cuba untuk mengubah jadual tidur ini untuk hidup yang lebih baik....
"Malam adalah tempat paling aman di dunia..."
No comments:
Post a Comment