Pages

Wednesday, December 07, 2011

Belajar jauh-jauh lagi jauh lagi bagus.


Walaupun banyak perkara yang menimbulkan kegeraman aku sepanjang berada di IPG ini, aku nak share satu benda yang menjadi identiti kepada aku.Yes, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. IPG ini terletak di Kuala Lipis.Pernah terfikir tak di luar sana nak gi ke Kuala Lipis? Tak pernah kan..saya tau..jangan nak tipu.
IPG ni adalah tempat latihan guru yang tertakluk di bawah Kementerian Pelajaran dan bukan Kementerian Pengajian Tinggi seperti IPTA biasa.So kami semua ni guru yang berada di bawah naungan Kementerian Pelajaran.Ringkas sahaja penerangan saya tentang IPG ni.

Aku orang Johor.Bersekolah rendah di Segamat,Johor(4 tahun) dan Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan(2 tahun). Kemudian lepas UPSR aku memilih SM Sains Tuanku Jaafar(STJ) instead of MRSM Kuala Klawang sebab masa tu aku fikir buku teks kat Sekolah Sains takyah bayar boleh pinjam,MRSM kena beli sendiri.(sangat tak matang kan?tongong). Bila bersekolah di STJ yang terletak di daerah Kuala Pilah,Negeri Sembilan..benda yang menarik bila keluar outing hujung minggu hanyalah pasar raya Aktif dan KFC.5 tahun aku lalui benda tu. Kemudian bila melanjutkan pelajaran ke IPG di Kuala Lipis ini....ajaib!Benda yang sama berlaku.hehehe.Macam hambar je kan pusingan kehidupan aku.Tambah 5 tahun setengah lagi degree aku kat IPG ni dengan kitaran benda yang sama di sekeliling aku.

So bagi aku, kalau diberi peluang sekurang-kurangnya aku nak belajar jauh-jauh.Lagi jauh lagi bagus...Pahang tu dah kira jauh jugak 4 jam setengah.Tapi the further, the better...Sebab bila kita duduk lama kat tempat orang, kita akan belajar sesuatu yang baru dan boleh diimplimentasikan(hadoih) dalam kehidupan kita bila balik nanti.Aku walaupun bukan orang yang suka travel sebab pening duduk dalam bas lama-lama, tapi aku fikir baik aku menjajah...eh...menjelajah tempat orang dan merasai suasana di tempat lain.Macam bila aku melawat member-member di universiti suasananya sangat berbeza.Agak happening dan macam-macam benda boleh buat.Duduk di IPG ni...I have to admit..banyak benda terbatas...sukan yang aku sayang,cara belajar yang aku prefer....tapi pengalaman tetap ada di mana-mana kan?Yang penting kita kena kuatkan semangat.Belajar tu tetap wajip diteruskan.

Setahun lagi aku akan habiskan ijazah dan insyaAllah akan dipostingkan...aku tak harap banyak cuma harap dapat tempat yang baik.Lepas ni kalau aku nak pergi jauh-jauh aku boleh guna duit sendiri dan alami sendiri.Travel dan pergi jauh ni agak bagus sebenarnya.Masa kita sihat ni lah kita nak kumpul pengalaman hidup...and leave no regrets....

No comments:

Post a Comment