Pages

Showing posts with label teacher's life. Show all posts
Showing posts with label teacher's life. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Alhamdulillah, panggilan telah tiba.

Dah lama tak update blog, dah hujung bulan barulah update. Antara faktornya ialah

1.Sibuk menghabiskan menonton cerita dalam external
2.Sibuk bermain game dengan suka hati
3.Sibuk menonton Piala Konfederasi secara live dari pukul 3 pagi-8 pagi.
4.Cuba menikmati saat-saat akhir sebab rumors posting 1 Julai.

Tengok-tengok memang betul posting 1 Julai. Alhamdulillah. Pada 24-25 Jun telah ditetapkan negeri penempatan masing-masing. Aku berasa sedikit lega sebab kekal di semenanjung, dan dapat negeri sendiri, Johor Darul Takzim. Separuh (atau lebih separuh) dari kelas aku dihantar ke Sarawak dan Sabah. Memang betul nisbah 4/5 dari batch kami akan dihantar ke sana dan memang benar ketiga-tiga negeri ini (termasuk Johor) yang memang kosong. Pilihan pertama aku masa isi borang posting tahun lepas adalah Johor, itupun setelah melalui drama keluarga bila dengar aku nak isi Sabah Sarawak tahun lepas. Alhamdulillah, sekarang mak aku tinggal seorang kat rumah sekurang-kurangnya aku takdelah pergi jauh mana. Still dekat dengan dia kalau ada apa-apa hal aku boleh attend. Bersyukur sangat, lebih-lebih lagi tengok mak lega sikit bila nama 'Johor' tu keluar. 




Namun begitu,terfikirkan kawan-kawan lain yang ke Sabah Sarawak, aku doakan mereka dapat penempatan yang baik, tiada masalah dan dipermudahkan urusan. Bukan senang nak pergi sana kalau hati tak kuat, mohon dipermudahkan. Semoga kami semua dapat menjadi warga pendidik yang dapat menempuh apa jua cabaran dan dapat menjalankan tugas dengan baik.

Aku pun still nak tahu nasib rakan yang tak lulus temuduga SPP(Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran), mereka dah habiskan 5 tahun setengah belajar di IPG, dan oleh kerana temuduga selama 40 minit, masa depan mereka dalam perguruan ditutup begitu sahaja. Harap nasib mereka dibela dan dapat meneruskan kerjaya ini.

Apa-apa pun semoga kami semua dapat 'adapt' dengan baik di sekolah dan dapat mengajar setelah 8 bulan tinggalkan IPG. Berkarat wooo !

Tuesday, June 04, 2013

Lulus SPP, Konvo pun setel. Now what?

Alhamdulillah, sebenarnya aku dapat tahu before konvo lagi..cuma lupa nak post. Rasa cuak dan gusar kerana temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran pada bulan Mac telah aku hadiri, tapi malangnya aku rasa aku banyak tersilap dan kata-kata penemuduga yang berjaya memberi permainan psikologi kepada minda aku untuk tempoh beberapa bulan sebelum result temuduga ini keluar. Akhirnya pada tarikh seminggu sebelum konvokesyen, aku telah mendapat jawapan untuk keputusan temuduga tersebut.





Temuduga sudah, konvo sudah. Apa yang tinggal adalah untuk menunggu posting yang tak kunjung tiba. Sangat penat sebenarnya menunggu, dah masuk bulan Jun dah. Separuh dari umur 24 tahun aku dihabiskan di rumah nampaknya. Banyak rumors, tapi apa yang aku tunggu adalah berita rasmi. Harap tidaklah lama lagi. Amin... :(

Friday, May 31, 2013

Convocation Day :D

Lama tak update...busy, malas dan asyik layan tv series menjadikan aku terlupa sekejap dengan kewujudan blog ini. Hari ini aku nak share tentang hari konvokesyen aku yang berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC) pada 28 Mei yang lalu. Konvokesyen yang berlansung selama 4 hari ini (termasuk raptai) merupakan konvokesyen bagi graduan PISMP ambilan Januari 2009 bagi semua IPG di seluruh Malaysia. Aku dapat sidang 4, pada petang 28 Mei tersebut, kerana konvo ini mengikut 'course' masing-masing. So ada juga kawan-kawan IPG sendiri yang tak sempat nak jumpa :(

Banyak cabaran sebenarnya dalam konvokesyen kali ini...ada yang sesat, ada yang tercicir masa follow kereta depan, ada yang salah masuk simpang lepas tu terus sampai ke KL..macam2..memang rasa macam movie 'The Hangover' dah.hahaha.

Apa yang paling buat aku happy ialah dapat jumpa kawan-kawan setelah sekian lama sejak habis belajar. Dan terkilan ialah mungkin adalah kali terakhir untuk berjumpa bagi sesetengah dari kami sebab lepas ni dihantar entah ke mana kan...harap-harap dapat jumpa balik geng-geng ni nanti..

Mak dan Adik Bongsu

Sahabat Johor 'thick and thin' haha

Adik jumpe patung blonde raccoon.power seyh

Bersama lecturer yg tak pernah marah


Sesi awal

Blonde Raccoon

Bersama classmate
Pullman

Walaupun agak hiba sebab arwah abah tak sempat tengok aku konvo, dan adik beradik lain tak dapat datang.. happy bila tengok mak happy dan dapat jumpa geng-geng kat sana.huhu.. Apa pun, aku still menunggu posting sekarang..harap-harap tak lama lagi..aminnn

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru!

Penulis yang juga bakal guru ingin mengucapkan 'Selamat Hari Guru' buat semua warga pendidik..Emak penulis juga tidak dilupakan kerana dari awal telah mengajar dan memperkenalkan penulis kepada banyak perkara supaya penulis bersedia sebelum melangkah ke alam persekolahan, seterusnya guru-guru tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah memandu, tusyen serta pensyarah Institut Perguruan. Kerana anda semua telah memberikan sumbangan yang besar terhadap hidup penulis sehingga ke hari ini. 

Malam tadi terjumpa satu lagi comic maker di internet dan tanpa membuang masa penulis cuba untuk menyampaikan mesej ringkas mengenai seorang 'guru' sempena sambutan Hari Guru ini :)

Klik komik kalau nak bagi besaq

Sunday, May 12, 2013

Late Night Thinking

Insomnia. Mungkin juga. Kepala banyak fikir, pun ye jugak. Apa-apa pun masalah tidur malam aku ini selalunya terjadi apabila aku ada benda nak buat. Download cerita,layan cerita, layan bola,main game, tengok tv, kemas bilik(eh?). Tapi kali ini aku still tak dapat tido even aku tak buat apa-apa. Hanya termenung sahaja, online pun macam tu je, 1.tengok FB 2.tengok twitter (ulang langkah 1 dan 2). Bosan. Dengar lagu sahaja. Dan bila keadaan sedemikian berlaku, aku mula la berfikir. Lepas satu benda, satu benda aku fikir. Kadang-kadang tak berkait pun..dan kadang-kadang tak penting. Mungkin hidup menganggur ini banyak membantu aku untuk mengaktifkan pemikiran dengan lebih pesat. Aku rasa belum nampak lagi hala tuju, seperti yang dibayangkan sebelum ini. 


Samar


Dalam minggu lepas, masa hari mengundi, aku sempat berjumpa dengan rakan-rakan lama dari sekolah rendah. Aku berpindah dari sekolah itu pada umur 10 tahun, so lebih kurang 14-15 tahun tak jumpa mereka. Mereka pun sudah berkerjaya, ada juga yang baru habis belajar seperti aku (aku lama tak lama, dah 6 bulan) tetapi sudah ada hala tuju pekerjaan. So waktu mengundi merupakan 'timing' yang baik untuk berjumpa sebab semua balik kampung. Bila berborak, aku mati point nak kata apa, sebab aku bukan ada pengalaman bekerja untuk dikongsi. Tetapi nasib baiklah boleh cerita sikit pengalaman setelah berpindah ke Negeri Sembilan semasa kecil. Mereka rasa aku agak misteri kerana menghilangkan diri secara tiba-tiba pada tahun berikutnya. Wah terasa cool di situ. Tapi apa-apa pun, pengangguran di kampung tanpa ramai kawan(sebab aku sekolah di tempat lain) agak mencabar jiwa. Boring, dan risau. Risau kenapa? Segala teknik pengajaran yang diaplikasikan semasa di institut perguruan dahulu berkarat kerana selama 6 bulan tidak dipraktikkan.

Sebenarnya, kalau diikutkan pada waktu ini..batch aku sudah dipostingkan. Tetapi mungkin nasib tidak menyebelahi. Mungkin kami terpaksa bersabar dengan lebih lama. Pada pilihan raya baru-baru ini pun aku rasa ramai tidak mengetahui nasib kami ini. Suara kami tidaklah didengari, cuma timbalan menteri sahaja yang dapat memberikan bayangan namun tiada tarikh sebenar mengenai posting ini. Bukan apa, dah bulan 5, rasa penat menunggu. Sabar memang sabar, tapi kadang-orang tidak meletakkan diri di tempat kami ini. Mereka cuma mampu berkata "nanti posting la tu,". Mungkin bagi mereka, ini hal kecil. Remeh. Harap-haraplah ada perubahan jika kabinet baru diumumkan nanti. Nasib pendidikan di Malaysia agak samar sekarang, pelbagai dasar dilaksanakan tapi tidak mengira beban yang perlu ditanggung warga pendidik. Harap kumpulan kami nanti dapat menempuh semuanya dengan baik, Amin... :)

Thursday, April 18, 2013

Baby memang comel...tapi...

Setiap kali ke rumah majikan aku untuk mengajar tusyen, sebelum naik ke tingkat dua(kira classroom aku kat situ) untuk memulakan kelas..aku akan meluangkan masa beberapa minit untuk bergusti dan bermain dengan anak majikan aku yang berusia 10 bulan sekarang. Baby comel ini tidaklah senang menangis dan agak mesra alam. Siapa saja yang dukung, dia tak kisah. Asalkan dia ok. Memang aku pantang jumpa baby ni, rasa nak cubit je setiap kali. Tambah pulak yang mesra-mesra alam ni. Kecomelan mereka memang membuatkan ramai manusia geram hahaha.

Sekadar gambar hiasan


Hari ini juga aku membuat perkara sama. Kacau baby itu kejap sebelum naik ke kelas. Baby itu pula sudah fasa merangkak dengan sepantas kilat dan pantang tengok pintu terbukak atau tangga. Memang dia nak pergi. Tangga pun dah power cepat betul panjat sampai atas even berjalan pun belum reti lagi. Sebelum balik tadi, aku berborak seketika dengan majikan aku. Masa tu baby tu tengah tidur dalam buaian. Dia kata baby dia ni pukul 12 malam nanti mesti bangun dah. Majikan aku yang suaminya bekerja out station selalu memang banyak jaga baby tu sorang-sorang. "Habis tu kalau dia terjaga?" tanya aku. "Dia akan buat bunyi, tapi tak nangis tapi dia mesti bagi tahu yang  dia bangun.Kena la melayan, kalau tak semua benda nak dipanjatnya". Aku tergelak je dengar, baby dia memang aktif. Tapi memang biasa aku tengok majikan aku tu punya kegigihan menjaga baby dia. Baby dia tak kacau dia, cuma dia kena alert sentiasa, kena tarik everytime baby dia terlepas jauh. Tak tambah pulak dengan pembuangan sisa-sisa, nak makan, nak minum apa semua kan. Before aku gerak keluar dari rumah tadi, ayat terakhir dari majikan aku adalah " Ko dah ada anak nanti tau la Shafiq! hahahhaa". 
........aku terdiam,cuma mampu tersenyum dan beredar dari situ. hahaha



Monday, March 11, 2013

The Reality Hits Me.

Salam 1 Malaysia. Aku dah penat membaca (padahal baru sejam) untuk interview nanti. Otak aku cepat tepu, maklumat semua dah padat, dan segala info mengenai isu pendidikan dan sebagainya terpaksa bersaing dengan info bola sepak, game 'moves', planning untuk masa-masa akan datang, tusyen, kebosanan tinggal di rumah tanpa berbuat apa-apa, kesempitan wang dan bermacam-macam lagi. Aku try buat cara study aku masa di IPG. Pulun study bermula jam 2 pagi, 3 pagi bosan dah, terus main game. Lepas subuh baru tidur, bangun tidur lapar. Pergi makan. Lepas makan baca sikit lagi, petang terus masuk dewan exam. Kalau exam pagi, memang aku tawakal je apa yang aku baca malam tu.hehehe. 

Tapi this time, it's different. Jawapan yang bakal diberi bukannya kena fikir lama-lama, tengok siling dewan, tengok sistem air conditioning  dewan yang bising, lepas tu fikir "Kenapa bising sangat eah? Macam mana dorang pasang? Ke tak cuci ?". Lepas tu dapat idea terus jawab. Dah penat tulis, siap jawab soalan terus keluar dewan tak kisah la awal ke. Balik bilik terus melepak, online atau main game dengan budak-budak yang keluar awal jugak. Kali ini, aku kena jawab on the spot, dan ditanya secara lisan dan diperhatikan. Nak garu punggung ke, nak garu pipi ke, memang tak boleh. Ahh tensionnya. Aku harap aku tak tertekan. Mana taknya, ini interview ke 3 dalam hidup aku sejak bayi lagi. Last adalah masa aku mula-mula apply nak masuk IPG ni.



Bila aku baca jugak segala info, segala dasar, segala strategi pendidikan yang mula dilaksanakan untuk memartabatkan pendidikan negara kita; aku terfikir...aku sebagai agen yang akan melaksanakan segala dasar dan strategi tersebut. Bila baca..pheww..memang perubahan yang banyak. Dan memerlukan tenaga kerja yang sangat fokus. Masa ni lah aku rasa nak je tunjuk penumbuk kat sesiapa yang kata kerja cikgu ini senang. Aku yang nak memohon jawatan ini, aku dah dilatih. Tapi hakikatnya, adakah aku bersedia untuk realiti sebenar? Memegang suatu amanah, untuk masa depan generasi akan datang. Bila dalam keadaan ini aku terfikir balik antara tujuan aku menjadi guru, mengelakkan murid membuat kesilapan yang sama semasa aku sekolah dulu. Aku harap mereka enjoy dan dalam pada masa yang sama membuat keputusan yang baik untuk masa depan mereka sendiri. InsyaAllah..

Saturday, March 09, 2013

Aktiviti bulan ini.



Ada dua event penting untuk aku dalam bulan ini. Event yang pertama ialah Temuduga untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG 41. Aku perlu berjaya dalam temuduga ini kerana temuduga ini merupakan perkara penting dalam menentukan masa depan aku sebagai seorang guru. Oleh kerana 'posting' kami masih suram, namun prosedur temuduga ini tetap diteruskan bagi menjamin kesahan perjawatan kami ini. Oh lecehnya. Nak taknak kena pergi dan luluskan diri. Last time aku temuduga adalah masa nak masuk IPG dulu, masa tu pertanyaan semua berasaskan KBKK dan pandangan berdasarkan situasi yang diberikan. Temuduga kali ini memerlukan kefahaman yang jelas dalam pendidikan, pertanyaan melibuti banyak fakta yang perlu diBACA. Bukan GEBANG semata-mata. Itu yang aku lemah tuu..

Event kedua adik-adik sekalian ialah Temasya Futsal Reunion Batch 89 Clanz(batch SPM 2006 sekolah aku dulu). Post sebelum ini aku nyatakan kenapa setelah sekian lama tak dibuat akhirnya dianjurkan kembali dengan nafas baru, tempat baru. Harap dapat sambutan hangat seperti edisi-edisi sebelum ini. Aku juga berharap edisi ini akan menjadi medium untuk aku melepas segala tekanan yang ada dalam menghadapi temuduga nanti. Kalau temuduga tidak berjalan dengan lancar, aku sangat sangat sangat berharap futsal+melepak dengan rakan-rakan lama ini dapat membantu pemikiran aku.

Sedar tak sedar, bulan Mac sudah... Aku pun dah menginjak usia. Sungguh cepat masa berlalu. Aku pun sudah masuk 4 bulan menjadi penganggur bertauliah. Hampir 1 semester aku menganggur nampaknya. Aku harap pihak berkenaan dapatlah menguruskan urusan posting aku. Bukan  apa, degree aku ni..mana laku kat tempat lain. Sekolah je yang boleh menjadi tempat untuk degree aku ini bermanfaat.

Saturday, February 09, 2013

Kerjaya sementara menunggu posting

Baru-baru ini diumumkan tarikh di mana semakan bagi temuduga akan disiarkan pada 15 Februari 2013. Tarikh temuduga juga akan berlangsung selama tempoh bermula dari 19 Februari 2013 sehingga 27 Mac 2013. Ramai yang menunggu tarikh ini, kerana penantian yang sangat lama akan berakhir jika temuduga tersebut berjalan lancar bagi bakal-bakal guru PISMP(keluaran IPG) dan ISMP(keluaran IPTA), mereka akan dipostingkan. Aku bila lihat tarikh tu..aku tak excited sangat. Memang aku nak posting, memang aku nak mula kerja di sekolah, tapi maybe sebab dah terlalu lama cuti dan stuck in working like I do now.

Oh ya, aku tengok ramai rakan-rakan yang sementara menunggu posting tu..menceburi pelbagai kerjaya. Ada yang jadi guru ganti, ada yang jadi pekerja di mall, ada yang kerja biasa, ada yang kerja kedai makan dan sebagainya. Aku? Pada mulanya aku malas..nak nikmati cuti puas-puas. Tapi memikirkan yang top up handphone, top up broadband ni siapa yang nak bayar kan? So..aku ambil keputusan untuk cari kerja. Mula-mula aku try apply guru ganti. Tunggu punya tunggu, rasa macam tak dapat je.

Pada suatu hari(cewah), aku bukak page facebook Segamat. Page ini adalah page yang dibuat khas untuk warga daerah ini share macam2, iklan lah,jual barang lah, luahan perasaan jalan Segamat teruk lah..macam2. Bila aku bukak pada hari tersebut, aku ternampak ada orang post. "Siapa kat sini yang berminat nak ajar tusyen BI?". Aku pun terfikir..a'ah ek.tusyen. Lepas tu aku pun terus lobi untuk dapatkan job tersebut. Sebab ada lagi 2 orang wanita yang juga berminat nak job tu. So bila tuan post tu inbox aku, dia macam interview aku by mesej je.Haha. Dia tanya lepasan ijazah dari mana, sekarang kerja ke, dah ngajar ke, siap tanya result English SPM aku lagi. Hehe, tup tup terus dapat kerja tu. Dalam masa 3 hari lagi,dia kata dah mula. So bermula dari 31 Disember 2012, aku dah mula mengajar tusyen di situ.



Mula-mula subjek BI je, Isnin dan Sabtu. Ada yang sekolah rendah dan menengah, dari darjah 1 sampai tingkatan 5. Konsep dia lebih macam jadi tutor je, and ajar ikut workbook yang disediakan. Hari pertama Isnin tu, esok terus dia mesej lagi tanya nak ajar BM tak,then aku pun terima. Senang je. Sebab tusyen tu weekdays memang malam. Sabtu je siang. So hari tusyen, malam 8-10 memang aku takde di rumah.hehe. Student pun tak ramai, 1 slot dalam 7-8 orang je. So aku tak rasa pressure sangat, dan focus group pun tak ramai so aku boleh tahu perkembangan setiap murid tu.

Bayarannya takdelah lumayan macam pusat tusyen, sebab tusyen ni dibuat persenderian dan tuan pengusaha tiada tenaga pengajar bahagian bahasa. Lagipun aku takde apa nak buat kat rumah. Melanguk je la baca rumors2 pasal posting. Hehe, alhamdulillah lately petang pun aku dah ada aktiviti di kolej vokasional berhampiran..so aku rasa terisi jugak cuti aku ni sambil2 menunggu :)



*Hasil gaji bulan pertama untuk family. Plus tayar motor baru +minyak itam keh3.

Sunday, February 03, 2013

Tanggungjawab sosial guru.

Guru bukan sahaja berperanan untuk mendidik murid-murid di sekolah, malah perlu menguruskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, membentuk sahsiah murid-murid malah mempunyai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat sekeliling. Satu peranan yang rumit untuk dipegang, sebab bukan semua orang nampak perkara ini. Sebab satu mind-set yang diterapkan oleh masyarakat ketika ini adalah kerjaya guru ni senang. Pergi sekolah, balik sekolah dah boleh tidur. Hujung minggu cuti, cuti sekolah cuti. Biasa dah tu, kadang-kadang orang paling rapat pun memandang rendah kerjaya ini. Rasa nak suruh je ajar seminggu kat sekolah baru rasa.

Aku baru seminggu tolong train ragbi di sebuah Kolej Vokasional di daerah aku, FYI kolej ini adalah *upgrade dari Sekolah Teknik@Vokasional di mana instead of 2 tahun, mereka akan belajar selama 4 tahun straight untuk mendapatkan diploma dalam bidang kejuruteraan@vokasional yang dipilih. Agak menarik konsep ini, student yang habis SPM tak buang masa melanguk tunggu result, malah boleh meneruskan pembelajaran dan amali mereka di sana. Bila aku join ajar training, main sekali, cikgu tu pun ada juga ajak rakan-rakan dia..yang bukan cikgu pun turut sama memberi bantuan. Aku rasa pada masa tu, baru aku dapat tangkap tanggungjawab sosial ni. Sampai di satu tempat, selain fokus pada sekolah..guru tu yang perlu aktif libatkan diri dengan aktiviti sekeliling melibatkan orang lain. Barulah dapat kawan, mudah mesra dan senang bergaul dengan orang lain.

Penulis bergambar kenangan ketika 'friendly' bola sepak
melawan org kampung (praktikum 2011)

Bila dah macam tu, barulah senang nak buat aktiviti apa-apa di sekolah, mudah dapat sambutan. Sebab masa praktikum dulu, pun alami benda ni. Join apa-apa aktiviti yang boleh, kadang-kadang bila penat aku malas jugak. Cuma bila dapat satu benda yang aku minat..contohnya sport, aku semangat nak join. Sikit-sikit, aku boleh kenal orang, curahkan ilmu yang ada and belajar benda baru. Kadang-kadang bila lepas training, dapat main dengan budak-budak tu. 15 minit je,tak lama mana, tapi boleh buat aku rasa relaks je. Boleh kenal orang-orang baru and belajar bergaul. Harap-harap nanti bila aku dah posting betul nanti, aku mampu laksanakan peranan-peranan aku sebagai cikgu. Amin.. :)

Tuesday, January 15, 2013

Hidup dengan pilihan

Pernah tak anda dengar atau baca masa sekolah menengah dulu, elemen 'literature' dalam subject english, poem bertajuk 'The Road not Taken'(Robert Frost) ? Aku sendiri tak ingat poem ini masa tingkatan berapa belajar, tapi yang aku ingat adalah poem ini berkaitan dengan pilihan yang ada dan bagaimana kita handle pilihan itu. The Road not Taken ini secara kasarnya berkaitan tentang dua jalan yang ada di depan mata, tetapi persona yang berada dalam poem ini mengalami dilema untuk memilih dua jalan yang ada.




Persona ini pada asalnya ingin memilih kedua-dua jalan tersebut, tetapi kelihatan agak mustahil dan dia memikirkan dengan panjang untuk membuat keputusan. Dia juga melihat kedua-dua jalan tersebut, dan meneliti apa yang mampu dilihat secara zahir tentang keadaan yang perlu ditempuhi jika melalui dua jalan tersebut. Dan seterusnya dia memilih satu jalan, namun memikirkan apa yang akan terjadi jika dia memilih satu lagi jalan yang tidak dipilih olehnya. Tetapi akhirnya dia menganggap perkara ini akan berulang kembali di mana dia akan menghadapi situasi untuk membuat pilihan dalam hidup, sama seperti memilih jalan ini, dan menerima perkara tersebut.

Pada aku poem ini membolehkan kita mempelajari sesuatu, di mana dalam kehidupan..kita akan mengalami masalah untuk membuat pilihan atau memilih sesuatu jalan, lebih-lebih lagi yang melibatkan masa depan kita. Dan kadang-kadang bila kita sudah memilih sesuatu itu, kita akan melihat kebelakang adakah pilihan yang kita tidak ambil itu adalah lebih baik? Lebih-lebih lagi bila kita sudah memilih satu jalan itu dan menghadapi kesukaran. Macam aku, bila aku rasa down dan rasa susah dengan pelajaran aku sebelum ini, penyesalan akan timbul. Keputusan untuk masuk sekolah berasrama, masuk IPG dan sebagainya adalah jalan yang TELAH aku pilih, apa yang terjadi sepanjang berada di sana menjadikan aku banyak berfikir. Sama juga semua manusia, pilihan ada, tepat atau tidak, kena juga tempuhi.

Di masa depan nanti, mana tahu ada jalan lebih besar lagi untuk ditempuh..mana kita tahu kan.. Apa yang kita boleh buat cuma mengharunginya dengan baik. Macam dulu, aku terhimpit dan terlepas belajar bidang guaman yang menjadi antara target aku masa sekolah menengah, aku cuba untuk lupakan. Kadang-kadang aku terfikir, kalau aku lalu jalan yang itu, apa akan jadi pada aku sekarang? Tetapi bila lama-lama di IPG, dan bila praktikum, masuk sekolah, mengajar..aku cuba untuk tidak bebankan fikiran dan buat yang terbaik. Takkan aku nak buat ala kadar dengan alasan ini bukan pilihan asal aku kan..cuma kita sebagai manusia akan diletakkan dalam situasi begini. Bila aku buat cincai, aku terfikir anak murid aku, "Dapat ke apa yang aku ajar tadi?". Serius, ada rasa risau tu. Dan aku yakin ramai cikgu-cikgu juga harap anak muridnya dapat apa yang mereka ajar. Itulah bila kita kena menerima keadaan dan melaluinya dengan baik. Buat apa yang sepatutnya. Dan itulah timbulnya perasaan ikhlas dalam membuat sesuatu.

Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Ombak Rindu hahahha. :P

Sunday, November 11, 2012

TAMAT PENGAJIAN 5 TAHUN SETENGAH~

Woohoo. Post ni aku extend, patutnya Isnin lepas aku dah post. Exam terakhir aku iaitu paper PSS 3114 Wacana dan Masyarakat merupakan paper terakhir aku selama 5 tahun setengah menuntut di IPG. Lama tu, macam budak medic dah. Apa pun aku lega dapat menghabiskan exam tersebut, menunjukkan bahawa tamat sudah segala jerih perih, penat lelah menelaah pelajaran selama 5 tahun setengah di tempat yang sama. Tak perlu lagi menulis karangan setiap kali exam kadang-kadang ada yang kena buat 4 karangan sampai lenguh tenggelam daging ibu jari aku menekan pen untuk menghasilkan karya gebang di lembaran jawapan. Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Woohoooo!


Namun begitu, selepas paper tersebut kami semua pelajar semester 8(akhir) diminta tunggu di dewan peperiksaan. Kemudian, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar  mengumumkan tentang prosedur baru penempatan guru, yang tidak certain lagi seperti yang kami jangka. Kami perlu mengisi borang, isi segala pencapaian dan kena tunggu dipanggil interview. Satu proses yang agak panjang dan memang 'jackpot' kena pulak kat batch kami cohort ke-3 ni. Kemudian bila aku lihat wajah rakan-rakan, masing-masing sugul. Yelah mana taknya siap pegawai HEP tu pesan lagi suruh cari kerja lain dulu. Memang perkara ini tidak dijangka dan amat mengecewakan. Malam tu sepatutnya disambut dengan kemeriahan habis belajar tidak kelihatan. Masing-masing tak berapa nak ceria seperti yang sepatutnya. Aku pula lebih happy habis exam, haha suka sangat habis belajar.

Apa-apa pun diharap kami semua dapat dipostingkan nanti. Aku lebih terfikirkan kenangan 5 tahun setengah di sini, kenangan yang awesome menyemat di sanubari.Cewah. Memang banyak memori di sini, suka duka semua ada. Semasa study week pun aku sempat membuat tradisi 'karaoke exam' untuk menghilangkan tensen. Memang every semester kami buat ni seramai 3 orang, selalunya amek pakej 3 jam (12-3 petang). Memang habis suara hahaha.


Antara lagu yang aku rasa paling sesuai aku nyanyi. Nak nyanyi lagu-lagu mainstream zaman sekarang memang sumbang hahahaha!

Thursday, October 25, 2012

FASA YANG MELETIHKAN



Apa yang aku expect bila dah nak habis final semester ini ialah. "Ohh dah siap AR(Kajian Tindakan) mesti rileks2 ni." Ternyata jangkauan aku meleset. Lepas dah siap AR, dah bentang dah..nak kena tunggu approval dulu dari lecturer. Oh ya, approval yang diberikan masih belum tiba. Baru-baru ini aku dah hantar draf ke-3 sedangkan kawan-kawan lain berpusu-pusu ke ibu kota untuk menjilid AR mereka. Kelas aku ni baru nak terkedek-kedek buat lagi draf ke-3. Improvement yang aku kena buat dari draf ke-2 ialah justify certain pages yang aku termiss, tukar font muka surat dan buang certain lining dalam jadual aku. Kena print semula jugak 65 page warggghhhh. Thinking about it just make me really tired. Bukan apa, memang susah nak grad ni. Cuma harapan aku, permudahkanlah kerja kami. Bukan itu sahaja student kat sini kena hadap, aktiviti IPG lagi, KISSM (Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia), final exam dan temuduga SPP. Semua tu kena handle dalam tempoh 2 bulan last ni.

Banyak juga aktiviti last sem 8 yang kena drop, sebab memang perancangannya tidak disangka jadual kami di hujung-hujung semester sepadat ini. Kursus, kursus, taklimat, aktiviti, taklimat. Selasa baru ini, aku baru sahaja habiskan exam KISSM. Jika tak lulus, tak sah jawatan. Wah. Memang menduga. Taklimat SPP nanti lagilah, tak lepas tak boleh posting. Nasib baik kelas kurang, tapi aktivitinya terlalu banyak. So nak fokus satu-satu tu jadi penat untuk memikirkannya. Harap aku dapat habiskan sem ni dengan baik, AR dapat jilid sebelum habis dan paling penting nak spend time dengan kawan-kawan. 5 tahun setengah bersama, ni 2 minggu last untuk kami tempuh bersama. Last hurdle. :(

Saturday, October 20, 2012

A day to remember.(Kuantan Trip)

Parking Hotel

Finally..setelah beberapa tahun di IPG Afzan, masuk ke semester akhir. Melihatkan rakan-rakan dari unit lain boleh kata every year buat trip, kami pun akhirnya buat juga. Trip ke Kuantan Yeah! Trip selama 3 hari 2 malam ini dirancang bersama-sama bagi menyambut tahun dan semester akhir kami di sini, di samping kelas kami memang tak pernah buat trip. Paling jauh pun berbuka puasa bersama di Pahang Club (Restoran terkenal di daerah Lipis)..hahaha. Trip ini pada mulanya rahsia tapi akhirnya kantoi jua dengan budak2 lain. Sebab apa rahsia? Maybe sebab kami nak biarkan perjalanan lancar tanpa kawan2 lain membahan kami sebelum pergi lagi.hehe. Sebelum sampai hotel kami sempat la berjalan melalui daerah-daerah di Pahang ni macam Jengka dan Maran, serta dapat la melihat Stadium Darul Makmur, tuan rukmah SUKMA baru-baru ni :)
Stadium Boh!

Trip kami ni asalnya BBQ je, tapi dipanjangkan jadi satu percutian bersama. Kami dengan bantuan salah seorang rakan kami di Kuantan telahpun menempah hotel di Pantai Balok (Muara Beach Resort) dengan harga yang agak berpatutan dan memang betul-betul depan pantai. So memang lepak dapat rasa la angin pantai bertiup di muka. Nice View. Sampai sahaja aku dan beberapa rakan lelaki melakukan upacara terjunan bebas di dalam swimming pool kecil. Aku dan beberapa rakan memang pantang nampak kolam ni. Hahahah. Takpelah, release tension buat kajian tindakan.

Gimrama Kolam Renang


Hari kedua bermula agak relaks. Kami habiskan masa dengan menikmati air laut, tak cukup mandi laut swimming pool pulak. Then kami pergi makan and terus bergerak ke rumah rakan di Kuantan tu sebab kami ambil barang persiapan untuk BBQ malam tu. Aku seperti biasa bermain dengan api, setia duduk di tepi bara. Taktau memang minat pelik, tapi dari kecik aku suka membakar. Agak bahaya kan?hahaha. Syok gak bakar ayam. Kenyang dek bau dia je. Tapi aku tak tipu, aku makan jugak lepas tu.Haha. Selain itu ada jugak acara tukar hadiah dan ucapan ringkas. Esok tu (Ahad) kami pun bergerak pulang. Even penat dan sunburn all and all memang satu pengalaman yang menyeronokkan. :)

Aye Bako
Acara air masin

Acara melontar penyu
Terjunan Bebas yang menyakitkan hati ramai pihak hahahha
Makan besau
Yeah!Unforgettable :)

Tuesday, October 09, 2012

Boleh lemah jantung kalau hari-hari camni.

Petang tadi merupakan last game dalam round robin untuk liga batch di IPG Tengku Ampuan Afzan bagi pasukan PISMP Sem 8, team yang aku manage untuk tahun ke-3 sekarang. By far, aku dapat rumuskan..even kami dapat ke final..namun setelah 2 tahun menjuarai liga sebelum ini, tahun ini kami agak sukar untuk mengulang prestasi lama. Team junior2 sudah dapat membaca kelemahan dan kekuatan pasukan serta dapat menggunakan taktik yang menyukarkan kami untuk memenangi permainan. Apa yang kami dapat ialah keputusan 2 seri, 2 menang dan sudah cukup untuk meletakkan kami di dalam kelompok kedua teratas dari 5 pasukan untuk melayakkan diri ke final. Apa yang aku pasti, belum cukup untuk menjuarai kejohanan pada tahun ini.

Game hari ini juga agak menekan mental dan memerah otak aku untuk menggunakan formasi dan taktikal yang sesuai. Juga suara aku hampir habis dan hampir menyepak kerusi yang disediakan atas sebab faktor kecewa dan hampa dengan kebuntuan dan pembaziran peluang. Namun begitu, aku cuba untuk menenteramkan diri walaupun kami ketinggalan 1-0 hasil sepakan penalti dari pihak lawan. Masa tinggal 20 minit, kami cuma perlukan seri untuk layak ke final, kalau kalah, memang OUT. Aku masa itu teringat macam-macam..punahlah harapan nak final straight tiga tahun berturut-turut. Tengok pemain-pemain berhempas pulas. Boleh lemah jantung hari-hari tengok perlawanan macam ni. Sengit. Padat. Rancak. Ganas. Dan menarik. Aku cuba untuk mengikuti ketenangan idola managerial aku, Carlo Ancelotti yang jarang nampak tertekan walaupun teamnya tengah 'kena'. 

The Boss : Ancelotti


Tunggu punya tunggu, serang punya serang, tiba-tiba...Kami pun dapat penalti setelah striker kami ditackle secara salah dalam kotak penalti. Alhamdulillah...tapi masa tu classmate aku tanya dari jauh siapa nak ambil. Automatik aku letak kepercayaan pada dia dan tuding jari kepada dia dengan confident. Sebab aku yakin dengan kemampuan set piece dia, then dia pun ambil bola dan letak di penalty spot. Lepas tu apa yang aku buat ialah pusing belakang, cangkung dan tutup mata. Punyalah seriau. Dah la 4 minit lagi. Kalau tak masuk, kami kalah dan memang tak dapat lah nak ke final. Namun bila dengar sorak gembira dari penyokong pasukan kami. Alhamdulillah....kepercayaan aku terbalas. Aku pun hanya buat 1 sub je untuk melambatkan game namun sub itu berjaya membuat impak untuk membuat serangan yang hampir berjaya tapi gagal disudahkan. Kalau tak, menang dah. Hadoiiii. Takpelah. Yang penting ke final 3 tahun berturut-turut. Moga jadi kenangan manis sebelum tinggalkan IPG :)


*Terima kasih kerana membalas kepercayaan, terima kasih atas kegigihan dan good luck di final guys!


Friday, September 28, 2012

Thank You.Sorry

Serba salah. Bila nak bergurau, maybe tak kena tempat. Dan aku dibalas semula dengan insult yang dikaitkan dengan profesyen aku dalam keguruan. Takpelah, bukan sekali kawan-kawan sendiri pandang rendah pada bidang aku ni. Salah aku jugak sebab malas belajar dulu. Sorry again.


Tuesday, September 25, 2012

Misi Pertahan Kejuaraan

PISMP Sem 6 2011 (Now PISMP Sem 8 2012)


Dalam tempoh kurang dari 24 Jam lagi, bakal bermula perlawanan pertama untuk Batch PISMP SEM 8 2012 dalam saingan liga antara batch yang memasuki tahun ketiga tahun ini. Petang tadi aku dah tengok perlawanan pembukaan liga di mana PISMP Sem 4 menewaskan PISMP Sem 6 1-0. Game pembukaan yang sangat fight tapi lega jugak untuk team kami Sem 8 kerana boleh mengambil peluang untuk mengadakan latihan. So petang ini (Selasa, 25 September) turn pasukan kami pulak untuk turun padang dan memulakan kempen saingan liga kami ini. Matlamat kami masih sama untuk mengekalkan kejuaraan buat tahun ketiga berturut-turut. Aku boleh katakan, team ini yang menjadi salah satu kenangan terindah sepanjang aku berada di IPG Afzan ini sebagai Manager pasukan ini. Alhamdulillah. 2 tahun menang so tahun ini harap dapat buat yang terbaik. All the best SEM 8!

I Wanna retain this!



Semangat benda baru.Typical :)



Hehe, fikir-fikir balik masa baru-baru nak bikin blog ni, aku konsisten gila. Boleh kata terlebih konsisten pun ada. Setiap hari boleh kata ada post. Tapi masa tu memang free sangat la. Cuti sekolah hujung tahun pulak. Memang ngadap benda ni je la kan.. Tapi lama kelamaan, blog aku dimamah masa. Aku masih banyak komitmen lain dan hidup perlu diteruskan. Sedikit demi sedikit kesibukan menelan masa aku untuk update blog ini. Tapi lepas dah settle Viva untuk Kajian Tindakan aku ini, aku rasa lega gila dan dapat meluangkan masa update blog ni. FUHH!

Sunday, September 23, 2012

Future Plans

Mencecah hujung  Pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) aku ini, umur 23, aku terfikir banyak perkara. Tambahan pulak menjelang umur 24 nanti, aku bakal dipostingkan (InsyaAllah) ke sekolah. So mahu tak mahu, banyak benda bermain di fikiran tepi kotak aku ini. Apakah yang akan aku buat nanti? Apa yang aku nak capai? Adakah aku akan mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat? Semuanya berlegar-legar dalam kepala. Aku rasa kalau korang buat merentas desa dalam ni, confirm banyak checkpoint dalam kepala otak aku ni. Banyak benda kot aku nak buat. Banyak benda nak settle. Banyak benda nak capai. Nak cari orang yang sanggup bersama aku susah senang tanpa condition. Wow, too much. Cut the crap!

Oh ya, aku rasa setiap orang pasti ada rancangan atau nak gebang lebih sikit 'Pelan Integrasi' masa hadapan masing2. Pasti ada target, pasti ada aim atau matlamat. Aku pun tak sure, Pelan Integrasi masa hadapan aku masih kabur. Tapi aku sudah ada serba sedikit perkara yang aku inginkan nanti. 1st, pastilah kerja. Walaupun terjamin tapi tak tahu cepat atau lambat. Apa yang aku harapkan ialah dapat sekolah yang OK dan aku mampu untuk bertugas dengan baik. Yelah, nak mulakan karier cikgu ni kan. 1st memang kerja keras sikit. make an impression. Lepas tu mestilah dapat gaji kan? Gaji itulah yang aku harapkan dapat spend kat family especially mak aku. She done too much already plus she's a single mother, doing all the duty by herself without any help. Sangat bersyukur ada emak yang tabah. Aku akan balas jasa beliau. Selepas itu barulah aku akan fikir untuk diri sendiri. Kenderaan maybe? Kereta atau motosikal. Aku akan tengok keadaan. Seterusnya perbelanjaan untuk rumah  termasuklah PC, TV rumah dan macam2 lagi kelengkapan yang aku rasa sesuai untuk keselesaan rumah aku. Yelah, time ni la nak tolong kan. Huhu, untuk family jugak.
Hmm..What should I add here?


 Next, aku fikir banyak lagi benda aku nak buat as enjoying the life. Nak jugak rasa adventure, kalau katakan tak dapat posting Sabah Sarawak pun aku memang teringin nak travel. Dalam negara dulu, ada bajet barulah kita keluar :).Nak try benda2 baru and tempat2 baru.

Perhentian Trip

Taman Negara Sungai Relau Trip
Macam nak try.tapi takut.tapi nak.


Aku dulu kurang dapat peluang berjalan-jalan (dalam konteks 'Travel'. Naik bas gi Seremban, Selangor, lawan ragbi tu tak kira.haha). So bila dah belajar ni, dapat duit sendiri..sikit2 boleh la aku gunakan. Bila start rasa syok gila. So aku rasa bila dah kerja nanti ada duit gaji, boleh la diperuntukkan untuk benda-benda macam ni. The key is, planning. . . Hehe. And have some great company. Maklumlah takkan nak travel sensorang pulak kan. Kena ada la kawan2 :)

Next, aku teringin nak try various food and explore new things in culinary world. Aku suka makan, even ada benda yang aku tak makan, aku tetap suka try tempat2 makan baru and paling best dapat kumpul sama-sama dengan family and make a feast.Huhu syok! Tu antara plan nye lah. Lagipun aktiviti macam ni dah kahwin pun boleh still teruskan.hehehe. 

My own grilled chicken and meat. Jamu family!


Rugby is a big part of my life. Dalam 5 tahun aku kat IPG ni, it has been a disappointing period for my career in this sport. Aku start dari darjah 5 main until form 5. Then it hit me, to see there was no rugby post kat padang  IPG ni. Sedih gila,nasib baik ada Liga KRS(Kesatuan Ragbi Selangor) yang buat masa weekend, so bila free time aku dapat pergi main dengan Oldboys. Tu pun penat jugak nak ulang alik KL. Tapi aku dah minat and bosan plus aku taknak let go precious things yang aku belajar and berlatih sejak sekolah dulu. Lepas IPG punya life ni, future plan? I gotta involve more. Nak main selalu.

At Seremban


And last but not least, mengakhiri zaman bujang. Susahnya nak memikirkan benda ni. Bukan aku taknak, tapi past relationships buat aku jadi terlalu berhati-hati dan terlalu rileks dalam melayan wanita. Aku dah lama takde dalam relationship, so aku menjadi agak kaku dan kekok bila berbual dengan wanita. Lama-lama jadi macam lost dan takde idea. Aku agak regret jugak, maybe aku start terlalu awal. Dari sekolah, so bila dah umur macam ni, aku jadi macam a bit let down di kalangan perempuan. Sembang boleh, boleh approach tapi as kawan . Feelings bila nak develop, ada je kekangan. Memang nak fikir soal kahwin tapi asal aku fikir je, jadi buntu. Harap ada orang yang sudi terima dan tunggu orang yang berperangai ganjil seperti aku ini.Hehe. 

Apa-apa pun, aku plan for the future. Jadi tak jadi, tercapai tak tercapai, aku tak rasa ralat sangat. At least aku dah ada blueprint apa yang aku nak buat. Aku taknak jadi lost soul nanti duduk kat sekolah kerja kerja kerja tapi takde life. Aku memang akan terpisah dengan kawan-kawan masa belajar nanti, tapi bukan aku tak boleh jumpa mereka semasa cuti. Aku juga mungkin akan jumpa kawan-kawan baru masa bertugas nanti. Wallahualam. Benda paling penting sekarang ialah aku dah set apa yang aku nak buat, nampak apa yang perlu aku capai. Tak dapat tu tak penting, yang penting cuba. Sebab dalam hidup ini, kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan. :)




Thursday, September 06, 2012

Hostel life almost over~

Hoyoyoyo! Di dalam bilik hostel yang dah gelap, jam 3.35 pagi tiba-tiba dapat idea nak buat post baru. Even busy dengan assignment(s) dan Kajian Tindakan yang bakal menentukan nasib ijazah perguruan aku ini, aku rasa perlu jugak ambil masa untuk relax, lapangkan fikiran, dengar lagu pastu update blog ni. . .

Setelah dikira-kira, aku dah duk hostel sejak form 1...so dah lebih kurang dekat 11 tahun aku duduk kat hostel sekolah menengah dulu hinggalah masuk hostel IPG ni. IPG Afzan ni kira okey lah sebab dapat tampung semua student tanpa kena duduk sewa rumah di luar institut. Kat sini hostel lelaki ada 2, perempuan pulak ada empat. Lelaki hanya ada blok Nuri dan Kenari. Tapi aku duduk di hostel Kenari selama satu semester sahaja,masa awal2 semester pertama program persediaan. Lepas tu 4 tahun lagi aku menginap di blok Nuri ini. So dalam lebih kurang 3 bulan sahaja lagi aku akan menamatkan program ijazah sarjana muda perguruan ini, so dalam tempoh ini jugalah yang terakhir untuk aku duduk di sini sebagai penghuni hostel.

Persiapan Jamuan Raya Blok Nuri

Baru-baru ini semasa budak final year dan group Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sahaja berada di hostel, warden telah mengadakan rumah terbuka raya dan kami ditugaskan untuk prepare. Maybe kenangan dan aktiviti terakhir untuk kami sebagai warga blok ini. Semoga dapat menghabiskan semester ini dengan jayanya. Amin...TQ kepada warden yang sangat prihatin dan sempoi. :)