Pages

Thursday, December 06, 2012

Compatibility vs Chemistry



Dalam sesuatu hubungan(relationship), pasti ada beberapa faktor yang diambil kira. Katakanlah korang nak start something ni, pasti korang kenal-kenal dulu kan? Dalam masa mengenali tu mesti ada benda atau faktor yang korang lihat pada seseorang tu dalam menentukan..is she/he is the one? 
#Ok diagnosis aku ini adalah untuk real relationship, bukan untuk temporary fling, scandal or ape2 lain yang tidak berkenaan.

Dua faktor major dalam menentukan pemberatan dalam memilih pasangan itu yang aku nak share kali ini ialah 'Compatibility' dan 'Chemistry'. Compatibility atau olahan dalam bahasa Melayunya ialah kesesuaian, faktor melengkapi dan lebih menjurus kepada faktor luaran. Contohnya status keluarga, status kewangan, kerjaya, pelajaran, hobi,kecenderungan dan sebagainya. Sebagai contoh.. seseorang itu melihat pasangannya itu seorang yang bekerja sebagai doktor dan dia adalah seorang jururawat. Dan melihat itu sebagai satu kesesuaian kerana faktor kerjaya yang saling berkaitan. Antara lain juga melihat kepada pasangannya itu mempunyai kecenderungan atau hobi yang sama, dan juga minat terhadap genre movie atau lagu yang sama. Itu semua adalah compatibility. Mencari persamaan dalam sesetengah aspek untuk memudahkan kehidupan bersama.


Manakala 'Chemistry' lebih melibatkan perasaan. Kadang-kadang diri sendiri tak tahu, anda terserempak dengan seseorang ini ketika di konsert misalnya. Bila meluangkan masa seketika bersamanya, anda rasa dia sesuai. Even bila mengetahui yang minatnya yang berlainan atau kecenderungan serta kerjaya yang tidak seperti yang anda bayangkan, anda akan berfikiran semula cara untuk bertoleransi dengan semua itu. Itu adalah chemistry, anda memang menyukai orang itu. Kadang-kala, ada juga orang yang tidak tahu untuk explain jika ditanya "Kenapa kau suka dia?" even memang berlainan certain part dalam kedua-dua insan ini.Memang selalu berlaku. Jawapannya "Aku suka dia." *Soundtrack lagu Ainan Tasneem berkumandang :P  ..Itulah chemistry. Rasa suka,selesa dan ingin bersama walaupun dalam pelbagai rintangan,halangan atau perbezaan pada individu itu.



Aku bukanlah Dr. Love mahupun Dr. Rozmey, tetapi based on experience and various observations, aku rasa kedua-dua ini penting. Cuma a little bit on the chemistry side. Sebab bila ada chemistry ni. akan ada motivasi untuk mewujudkan hubungan dan suasana yang happy untuk kedua-dua pasangan sebab dorongan daripada perasaan ini memang sangat tinggi. Akan ada tolak ansur, beralah, pengurangan ego serta penerimaan perbezaan individu. Kalau dari segi kesesuaian atau 'compatibility' ini sahaja, katakan anda mempunyai minat atau hobi yang sama, lama kelamaan akan timbul kepincangan sebab tiada dorongan untuk kekal bersama sebab tiada faktor perasaan itu. Timbul lah nanti rasa bosan, penat kerana tiada motivasi dari dalam hati untuk mengekalkannya. Namun begitu kedua-dua faktor ini amatlah penting bagi pendapat aku. Cuma perbezaan boleh diterima dan diexplore. Perasaan? Susah sikit. Only your heart knows :)


1 comment: