Pages

Wednesday, December 05, 2012

Musim Ikatan Kasih



Sekarang ni musim cuti sekolah, musim anak-anak bergembira. Musim bangun pukul 9, sarapan dan terus menghadap game. Atau bangun awal semata-mata nak tengok kartun. Semua ini adalah istirahat untuk kanak-kanak sekolah bergembira, tidur sepuas-puasnya, main game sepuas-puasnya, berlari sepuas-puasnya(kecuali yang berkhatan) dan juga musim untuk bercuti ke mana-mana. Di kala ini juga bagi yang mempunyai Astro di rumah menguasai remote dengan channel Ceria, Nickelodeon dan Disney dengan masyuknya. Ini adalah fenomena biasa bagi kebanyakan kanak-kanak di waktu ini. Kalendar kuda warna kuning, budak-budak pasti excited.

Oh ya, Hai. Saya Shafiq, berumur 23 tahun. So saya tak join lah tengok kartun-kartun ni. Ok tipu, mungkin sikit.Haha. Untuk aku, bukanlah nak jeles, tapi dah tak merasa benda-benda tu semua. Cuma rutin yang agak similar cumalah makan tidur. Main pun jarang. Untuk seorang pemuda berusia 23 tahun, patutnya aku cerita pasal benda yang sesuai dengan umur. Apa yang aku lihat pada musim cuti sekolah yang panjang ini, adalah musim untuk orang sekeliling aku melangkah ke alam baru. Bukan alam mutiara naga ye, tetapi alam pertunangan dan perkahwinan. Tak kiralah saudara mara, rakan-rakan, junior-junior, senior-senior, pakcik makcik, jiran dan sebagainya. Pasti musim cuti sekolah akhir tahun seperti ini merupakan salah satu tarikh faveret.

Macam baru-baru ini, ramai rakan IPG aku melangsungkan perkahwinan. Maaf sebab yang jauh-jauh aku tak dapat hadir. Oleh kerana kesempitan wang, tiada rakan travel serta transport sendiri yang berkuasa untuk bergerak jauh. Juga minggu hadapan rakan batch sekolah aku yang pertama bakal melangsungkan perkahwinan di Kuala Pilah. Itu pun aku tak pasti kerana kalau tak silap ada kenduri lain juga. Apa-apa pun akan diusahakan. Dalam minggu ini juga salah seorang member geng laki-laki batch aku di IPG bertunang dengan kekasihnya setelah lama bercinta di IPG. Bravo bravo :).. So memang musim lah cuti macam ni. Tak lupa juga kepada junior-junior dan juga rakan ragbi (Mail) serta rakan baik dari duduk estet (Along) yang masing- masing telah mengikat tali pertunangan.

Kinda raise question for myself, my turn? Rilex..It will come beybeh.haha. 

*Selamat Pengantin Baru dan selamat bertunang buat semua di sekeliling saya :)

No comments:

Post a Comment