Pages

Saturday, September 01, 2012

Kemerdekaan ke-55. Janji Ditepati?

Malam semalam 30 Ogos aku melepak di ibu kota, Kuala Lumpur. Ada sedikit urusan...Aku contact seorang kawan aku ini yang selalu aku roger kalau aku ada di KL. Tapi dia tengah kerja masa tu so aku merayau dulu. Then dia kata ada member yang lama dah aku tak jumpa ajak hangout sekali malam itu. Dan pada malamnya aku berjumpa dengan beberapa rakan sekolah.. masing-masing dah pegang title 'employer'. Dalam pukul 9 malam, kitorang decide untuk melepak di Kopitiam Pak Li di Shah Alam. Agak happening di situ. Aku berempat pada masa itu, Wukong, Bai, Ali B dan aku. After several hours barulah seorang lagi sampai, Apek. Isu yang disembangkan? Diorang baru je masuk kerja so of course tentang job masing-masing. Macam2 profesyen and teringat balik zaman sekolah dan perangai2 diorang. Ternyata diorang dah mature and pandang ke hadapan tapi still with the same sense of humor macam masa sekolah. All and all I'm proud of them :). Kitorang lepak and borak until morning.huhu

About the 'kemerdekaan' part. . . .

Malam tu aku dah notice memang ramai polis yang bertebaran di bandar Kuala Lumpur. Polis biasa dan trafik, aku tak faham intention sebenar mereka tetapi di LRT, depan jalan raya, dekat tepi2 bangunan..aku rasa headquarters diorang kosong agaknya. Kawan aku kata diorang jaga takut ada perhimpunan haram.. ada pulak yang kata mengawal takut keadaan tak diingini berlaku. Even until awal pagi tu kitorang balik pun still polis banyak di sekitar bandar. Aku tahu..memang ada perarakan di Dataran Merdeka, tapi macam scary jugak. Macam dah tak safe dah keadaan di negara kita ni. Adakah setiap event perlu ada kawalan seketat itu? Bukan aku nak kata dah tak bebas tapi macam satu perkara yang janggal lah. . . 

Pagi2 tadi bangun je, aku terus bersiap dan bergerak dan terus merayau di sekitar KL. Aku merayap jugak kat area Dataran Merdeka tu, tapi event dah habis. Tapi still aku rasa kagum dengan semangat patriotisme yang ada di kalangan rakyat kita. Ada family yang bawak anak,dukung anak, pakai bendera..Budak2 dress up in national flag, macam2 gaya. Tapi semangat tu tetap ada even kepincangan dan pelbagai desas-desus mengenai kestabilan negara kita yang kian tercabar sekarang. Aku tak rasa pun yang budak-budak ni faham tentang kemerdekaan yang sebenar, cuma diorang menggunakan kelebihan yang ada dalam diri diorang. Masih mampu untuk membuat apa yang kita orang yang dah matang ni buat. Tidak malu untuk pamerkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Aku tak dapat nak ambil gambar tapi lebih kurang beginilah gaya anak-anak kecil ini tadi.

Sampai kat burger king, dalam LRT pun ada yang still pakai lagi.

Tema Janji Ditepati sebagai tema kemerdekaan ke-55 kita. Aku pun tak tahu nak katakan apa-apa. Cuma aku nak katakan tentang maksud patriotisme ini. Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air', oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. Patriotisme ni pulak meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa dan negara. So apa yang aku dengar melalui radio, seroang profesor pengajian Melayu dari sebuah universiti di ibu negara mengatakan tema ini bersesuaian, aku still tak nampak kenapa. Katanya sebab kerajaan negara kita telah melakukan pelbagai usaha dalam menjadikan rakyat lebih selesa. Still aku fikir, adakah ini hari untuk kerajaan kita sahaja? Pejuang-pejuang tanah air pada waktu lama dahulu pun bukan semuanya berpanjikan kerajaan sahaja. Aku tak menyebelahi mana-mana pihak cuma waktu sekarang ini..rakyat sudah maju. Cerdik pandai dah bertambah. Maklumat pun mudah dicapai di hujung jari. So..mereka ini sudah mampu untuk menilai secara ilmiah sesuatu pernyataan yang dikeluarkan itu. Tapi..walaubagaimanapun..bila tengok budak-budak ni..mereka bukan tahun pun tentang pengertian tema tu. Cuma mereka secara tak segan silu mempamerkan semangat patriotisme menggunakan penampilan dan laungan mereka. 

 *Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-55. I Love Malaysia :)
*Thanks to kawan-kawan yang hangout sekali. Wukong, Alibi, Baizura and Apek. Seronok dapat update tentang korang and refresh kisah2 lama :)

No comments:

Post a Comment