Samar |
Sunday, May 12, 2013
Late Night Thinking
Thursday, May 02, 2013
Suasana menjelang PRU 2013.
Monday, March 11, 2013
Harakiri
Hahaha takla main2 je. Antara band yang aku layan gila masa sekolah dulu. Kali ini aku nak share videoclip lagu yang membawa mesej tentang alam sekitar,dunia sekarang dan bumi kita secara amnya. Lagu ini dinyanyikan oleh vokalis band tersebut, Serj Tankian yang banyak membawa penulisan lirik lagu yang bermesej dalam projek solonya.
Lagu ini membawa mesej di mana manusia sendiri yang menjadi orang di sebalik kepupusan,kehancuran dan kerosakan dunia di zaman sekarang.
Hangpa nak dengaq tutup lagu kat bawah tu dulu naa.
"The drum fish
They beached themselves in Harakiri
The blackbirds
They fell in thousands from the sky
Their red wings
Streaming down from the higher seas
Deflected by the ground
They crowned the sun
They crowned the sun (They crowned the sun)
They crowned the sun (They crowned the sun)
But I believe that they are free
When their time was done (Their time was done)
They were drowned by the only one (They crowned the sun)
But I believe that they are free
Washed by the sun"
*Harakiri adalah upacara ritual bunuh diri oleh orang Jepun zaman dahulu di mana dorang akan rodok pedang kat perut mereka.
Sunday, February 10, 2013
Mengapa Panda?
Tapi lama kelamaan, aku mengetahui hakikat sebenar. Binatang comel bermuka tidak bersalah ini sangat sensitif. Maksud aku bukan kuat merajuk ke apa, tetapi mudah jatuh sakit lebih-lebih lagi berkaitan penghadaman yang boleh membawa maut. Sekarang, binatang ini dikategorikan sebagai hampir pupus dan terancam. Di Malaysia pun baru sahaja diberikan oleh kerajaan China sebagai tanda diplomatik. Memang sukar untuk melihat binatang ini melainkan ke sana (China) di mana binatang ini berasal.
Kecomelan panda dan gelagatnya amat mencuit hati. Mereka buat apa sahaja yang mereka suka. Aku cuma dapat melihat sahaja di kaca TV tapi menyimpan harapan dapat melihat binatang ini di depan mata. hehe.
Sunday, February 03, 2013
Bantuan,politik,caci-makian dan kuasa rakyat.
Seperti yang kita sedia maklum, PRU 13 akan dijalankan tidak lama lagi. Aku pun bukanlah nak kata excited, cuma sedikit banyak proses ini mempengaruhi masa depan aku sebagai seorang bakal guru...yang sepatutnya sudah ditemuduga dan dipostingkan tapi mengalami kelewatan kerana kesibukan pihak atasan dalam menghadapi PRU ini. Tambahan pula, situasi penjawat awam yang dilanjutkan pencen sehingga ke umur 60 tahun, merencatkan sedikit proses input-output jawatan guru di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
Bila kita bukak sahaja buletin utama misalnya, kesemua berita menampilkan apakah usaha yang dijalankan oleh pihak atasan dalam mengekalkan pemerintahan di negara kita, dan pada hari ini kebanyakan berita membuat liputan yang banyak dan tertumpu kepada pemberian bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang diberikan kepada setiap isi rumah yang berpendapatan tidak lebih dari rm3000. Bantuan yang diberikan berjumlah rm500. Bagi kategori bujang, syaratnya berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak lebih dari rm2000. Bantuan yang diberikan adalah sebanyak rm250.
Apabila bantuan ini mula diberikan pada hari ini (mengikut kawasan DUN atau Parlimen masing-masing), sesetengah rakyat yang sudah mendapatnya tampak gembira sekali. Mana tak gembira dapat duit ye tak? Huhu. Tapi apabila diberikan, biasalah, memang diakui ini adalah satu taktik politik yang digunakan dalam usaha untuk meraih kepercayaan rakyat bagi meneruskan pemerintahan kerajaan yang sama. Memang mana-mana pun negara yang menjalankan pilihan raya, semua parti akan melipatgandakan usaha dalam memenangi kepercayaan rakyat. Dengan pelbagai cara, dengan pelbagai taktik. Memang itulah hakikatnya.
Namun begitu, tidak semestinya penerima bantuan itu adalah penyokong parti kerajaan. Ini kerana bantuan ini adalah untuk semua rakyat Malaysia yang berkelayakan. Tiada tapisan parti atau pihak dalam mendapatkan bantuan seperti ini. Tetapi ada sesetengah pihak yang mengecam tindakan ini. Walaupun sudah menerima bantuan, atau ada antara ibu bapa mereka yang menerima bantuan menimbulkan rasa tidak puas hati dan komplen sini sana. Kadang-kadang kita tidak faham konsep sebenarnya. Bila BANTUAN dihulurkan,untuk SEMUA. Terima sajalah. Kuasa mengundi tetap di tangan rakyat. Itu usaha mereka untuk mendapatkan kepercayaan. Segala keputusan dan pertimbangan dalam memilih mana pihak atau calon yang akan anda pangkah nanti terletak pada diri anda. Bantuan ini bukanlah untuk memaksa, tetapi salah satu usaha mereka. Walaupun dikata menghabiskan duit negara la,pelaburan tidak sesuailah..tapi ini adalah senario biasa dalam pilihanraya. Fahamilah, kuasa masih di tangan anda. Kenapa perlu nak kondem sana-sini sedangkan tangan menadah. Ambil sahaja. Jangan banyak bunyi, fikir banyak2 untuk masa depan sendiri dan negara.
*Politik memang akan sentiasa menjadi sesuatu yang rumit, kalau terlampau taksub boleh jadi satu pegangan, kalau tak ambil tahu langsung jadi katak di bawah tempurung. Semuanya terletak di tangan individu.
Friday, December 07, 2012
Great drink, save more :)
![]() |
Lipton Ice Tea Litro Pack |
Aku tengok kat kotak tu, tulis lipton ice tea,lemon flavor, pek litro. Aku fikir eh senang ni nak bancuh, kalau nak minum je bancuh macam nescafe three in one. "Eh mudah ni.." lalu aku pun masukkan dalam troli. Bila sampai rumah, malam tu aku try la nak buat. Then, alamak....besar gedabak dia punya paket dalam satu kotak tu. Ada 5 je. Memang untuk bancuh sekali 1 liter punya. Mula-mula rasa leceh. Aku tangguh dulu. Besoknya aku haus, rasa nak buat la pulak. Then aku try bancuh..Keluarkan botol air/jag yang boleh letak dalam peti ais, bancuh 1 paket dalam tu. Pekat sebenarnya, so korang boleh buat 1 1/2 liter, cuma tambah gula sikit.
![]() | ||
Voila! 1 jug of thirst quencher |
Sekali buat boleh tahan 4 or 5 hari, letak je dalam peti ais. Kalau aku dah sejuk tu letak ais dalam cawan/mug, tuang. Perghhh memang best. Masa bancuh korang boleh tentukan nak manis ke, nak kurang ke terpulang. Tapi yang penting puas hati. Kotak ni between rm5-6 je tak silap aku and dalam tu ada 5 pek litro (1 pek untuk bancuh 1 liter). So quite great value for a nice drink. Less calorie too :)
Wednesday, December 05, 2012
Kebodohan.
Mungkin kerana dia nak cepat famous, atau ada member cabar dia ke Wallahualam.. Hari tu lagilah famous.. nak bogel lah..nak kerat la..macam-macam... Nasib baik bukan pakcik umur 40 tahun post benda-benda macam ni. Adik-adik, abang rasa sekarang zaman budak-budak makin pandai, makin update dan bila terjebak dengan internet dan globalisasi seawal usia ini, inilah consequence dia.
Apa-apapun harap berubah lah ye, malu lah. Melayu pulak tu.
Thursday, October 25, 2012
Trending #JODOH
* Memang benda yang baik, namun persoalannya.Adakah kita bersedia ? :)
Saturday, September 01, 2012
Kemerdekaan ke-55. Janji Ditepati?
![]() |
Sampai kat burger king, dalam LRT pun ada yang still pakai lagi. |
*Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-55. I Love Malaysia :)
*Thanks to kawan-kawan yang hangout sekali. Wukong, Alibi, Baizura and Apek. Seronok dapat update tentang korang and refresh kisah2 lama :)
Tuesday, May 29, 2012
Based on true experience.
Social Network( Facebook movie:Mark Zuckerberg), One Liter of Tears (Japanese Drama about Aya), Titanic (Leonardo di Caprio, Kate Winslet)...semua ini adalah contoh movie atau siri yang membabitkan kisah sebenar yang berlaku dan diadaptasikan kepada cerita. Melalui cerita-cerita sebegini, kita dapat belajar...menghayati..meraih pengalaman..macam-macam la sebab benda ini benar-benar berlaku.
Baru-baru ini, aku menonton movie 50/50 lakonan Joseph Gordon-Levitt (Inception, GI Joe:Rise of the Cobra) dan Seth Rogen (Green Hornet) yang dah lama aku cari tapi tak dapat....Lastly adik aku balik lately and aku tengok ada cerita ni dalam laptop dia so aku terus ambil. Kenapa aku beriya sangat? Oh ya..aku memang sangat minat dengan cerita-cerita yang berkisarkan tentang kisah benar.
50/50 mengisahkan tentang Adam Lerner, seorang lelaki yang berumur 27 tahun, seorang lelaki normal yang bekerja di stesyen radio. Dia seorang pemuda biasa, bukan humoristik mahupun mempunyai karisma. Dia mempunyai seorang kawan baik dan rakan sekerja, Kyle. Adam tinggal bersama aweknya, Rachel seorang pelukis. Satu hari, dia mengalami sakit belakang dan pergi ke hospital untuk pengesahan lanjut. Kemudian dia didapati menghidap Spinal Cancer (Kanser tulang belakang)..bermula dari itu kehidupannya agak menyukarkan. Dia cuba untuk menerima hakikat tetapi sebagai seorang lelaki biasa yang normal...adakalanya benda itu menyakitkan dan tidak dapat mengawal perasaan. Semuanya digambarkan dalam cerita ini dengan baik. Rachel pula berjanji akan menjaganya tapi lama kelamaan dia menjadi penat dan sukar untuk bersabar dengan penyakit Adam. Satu hari Kyle mengkantoikan Rachel bercium dengan lelaki lain di sebuah pameran seni dan dari itu Adam putuskan hubungan mereka.
Sejurus selepas Adam didiagnos menghidap kanser, dia disarankan berjumpa doktor terapi di hospital tersebut, Katherine. Katherine merupakan seorang pelatih therapist dan Adam hanyalah pesakit yang ketiganya. Namun Adam tetap berjumpa Katherine setiap sesi. Lama-kelamaan Katherine tertarik dengan kebaikan Adam.Adam seorang anak tunggal dan tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan ibunya. Ayahnya menghidap alzheimer di mana memori ayahnya telah hilang dan menjadi seperti seorang budak kecil. Aku tertarik dengan ayat Katherine semasa sesi terapinya bersama Adam apabila Adam menceritakan yang dia tidak mahu berkongsi masalah dengan ibunya..."Your mom wants to share and talk about things...she have a husband that can't and a son who won't"...cerita ni banyak nilai jugak sebenarnya...Lastly semasa hari pembedahan untuk membuang kanser tersebut...................
*Aku taknak spoil the ending..hihihih
Saturday, January 21, 2012
Hey, it is working!

Sunday, January 08, 2012
Gameshow yang agak lain dr yang lain;)

Friday, December 30, 2011
What I find interesting just now.

Thursday, December 29, 2011
Apa yang kita boleh buat?
Friday, December 23, 2011
Result PMR cemerlang?Belum lagi.Belum Habis.

"Yang terbaik dalam tempoh 4 tahun"..*Tahun aku 2004 kira masih ok lagi la ek?hehe. Sekolah aku pun aku taktau berita, nanti la aku siasat.
Thursday, December 22, 2011
Faktor mempengaruhi minat pada team bolasepak.

Wednesday, December 14, 2011
Monogami, Poligami dan Otak Manusia.

POLIGAMI.Dengar perkataan ni je dah panas telinga untuk kaum hawa kan?Rileks…hehe..aku terlihat cerita di Discovery Channel baru-baru ni.Tajuknya ‘Science of Sex Appeal: Is Monogamy the Answer?’.
Aku tengok cerita ni sebab tertengok ada tikus ber’couple’ macam kelakar, tapi bila tengok sampai habis baru faham tentang konsep monogami dan poligami dan kaitannya dengan otak kita.
Rupanya, monogami tu merangkumi dia hanya tertarik dengan seorang insan sahaja sepanjang hidupnya dan tidak pernah menjalin hubungan dengan orang lain.Bukannya bermaksud dia kahwin seorang sahaja, tapi dia adalah ‘playboy’.Itu masih tidak dikira sebagai manusia monogami dari segi saintifiknya. Maka dia juga tergolong dalam kategori poligami.
Sebenarnya, saintis seperti Janet Bennion dalam bukunya Women of Principle (1998)mengatakan ‘In historical terms, it is monogamy that is in need of explanation, not polygamy.’
Maksudnya dalam sejarah manusia ini, perkara yang perlukan penjelasan adalah monogami, bukanpoligami. Ini kerana normally manusia adalah generally mempunyai prinsip poligami.. Jangan risau sebab biasanya lepas putus cinta pastu lama kelamaan jatuh cinta pada orang lain pulak atau.....tak pernah bercinta tapi minat pada dua orang yang berlainan merupakan perkara normal. Itu merupakan salah satu cara termudah untuk melihat konsep poligami itu secara psikologi.Poligami dan monogamiini bukanlah suatu benda yang kekal. Dan sebenarnya jugak, poligami dan monogami ini bukanlah satu sikap manusia tapi berpunca dari hormon istimewa yang ada dalam badan manusia.Mari aku terangkan :
Manusia mempunyai hormone oxytocin dan vasopressin dalam badan.
- Hormon oxytocin antara fungsinya ialah merangsang otak ke arah kemahuan untuk berpasangan.Macam contoh seorang insan ni terpikat pada seseorang atau terasa rapat dan ‘bonding’ dengan seseorang adalah contoh daripada cetusan hormon ini.
- Hormon Vasopressin pula adalah ejen utama untuk mengekalkan kuantiti air dalam badan, tapi kajian dalam cerita yang aku lihat tu mendapati, lebih tinggi kandungan hormon ini, lebih cenderung untuk menjadi seorang yang poligami.
Bila aku lihat doktor dalam siri tu membuat scanning pada seseorang subjek(manusia) yang belum berkahwin dan mempunyai kehidupan seks yang normal(Ini orang putih,jangan ikut), dia mendapatihormon vasopressin dalam otaknya adalah tinggi, jadi dia mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi manusia yang poligami.Normal sebenarnya. Berbanding dia membuat scanning pada seorang yang sudah lama berkahwin dengan seorang isteri dan mempunyai beberapa orang anak, dia mempunyaihormon vasopressin yang agak rendah. Berdasarkan kajian ini jugak, kita dapat melihat bahawa manusia boleh mencapai tahap monogami bila dirasakan sesuai untuk 'settle in', berkahwin dengan pasangan yang sesuai dan sebagainya.
Jika semua orang menjadi monogami, dan hanya cenderung pada satu pasangan sahaja sepanjang hayatnya, agak sukar bukan? Jika dah berputus cinta, bercerai-berai, lepas tu sukar untuk meneruskan hidup dan memilih untuk bersendirian. Macam dah tak boleh nak membina hubungan baru dengan orang lain selepas itu. Adakah itu yang perlu dalam manusia?...Sebenarnya prinsip poligami dan monogami ini agak logik sebenarnya, tapi bila orang hanya pandang pada konteks perkahwinan.Memang sukar untuk diterima. Memanglah mana-mana wanita nak jadi the only one di mata suami. Malah dalam Islam pun menghalalkan poligami(asalkan mampu) sebab memang dah lumrah prinsip poligami dalam diri manusia adalah normal.Tapi kita bukan nak sentuh benda tu.Itu isu perkahwinan.
Hakikatnya dalam dunia berpasangan, manusia cenderung untuk mencari pasangan yang lebih sesuai lebih-lebih lagi buat masa sekarang.Di zaman moden ini, kita sudah ada kuasa untuk memilih dan bebas mencari pasangan yang lebih ‘ideal’. Jika kita tidak rasa sesuai, mungkin kita lama-kelamaan cepat bosan atau cuba mencari yang baru. Itu normal sebenarnya, namun CARA yang digunakan kadang-kadang tidak patut. Bila itu terjadi, mulalah timbul masalah kepercayaan, pergaduhan dan sebagainya.
Kita juga kadang-kadang begitu..sekejap kita rasa sesuai, sekejap kita rasa tak..Perasaan tak pasti memang banyak menguasai diri manusia.Tapi itu bukan sebab untuk kita sentiasa mencari kesempurnaan.Manusia saling melengkapi.Bukan sama-sama lengkap. Kita dikurniakan akal oleh Allah SWT untuk memikirkan yang terbaik untuk masa depan kita. Tidak perlu meletakkan syarat yang terlalu tinggi sedangkan kita belum tentu sempurna. Yang sedang bercinta, hargailah dan sentiasa menghargai apa yang ada pada pasangan.Yang mahu bercinta, jangan letak ‘high expectation’..just lihat apa yang ada dalam perhubungan dan tengok apa yang boleh diperbaiki bersama-sama. Bila dah rasa happy dan boleh terima pasangan anda seadanya, stick with the one and try to complete each other whenever possible. ;)
*P/S:Kalau tak ready, jangan mulakan. =)
Sunday, December 11, 2011
Politik?Bersih ke?

Sekarang ni musim hari2 bukak buletin utama...mesti ada cerita pasal perjuangan parti2 BN.Actually aku agak bosan dah..muak...kenapa?Sebab apa yg aku lihat dan belajar selama ni...politik negara kita tak lah bersih mana.Membosankan...bagi aku bukan sahaja membebankan rakyat..dan apa yang aku nampak ialah lebih meluaskan jurang perpaduan yang sudah sedia ada.Aku tak mahu berdiri pada mana-mana pihak, sebab bagi aku..kalau negara kita bertukar kuasa..aku yakin..korupsi,penyalahgunaan kuasa dan kepincangan pasti akan berlaku jugak....Sebab dua-dua tak nampak meyakinkan...Sini kata sana salah..sana kata sini salah?Mana yang betul?Wallahualam...
Parti utama, kerajaan dan pembangkang.Mereka ini menjalankan kempen mereka dengan pesat sekali untuk mencapai kemenangan.Kita ada juga yang terpanggil dan mengikut-ikut seruan mereka, sebarkan sana sini.Dan sekarang pelajar IPT dibenarkan melibatkan diri dalam politik, makin meriah la.Satu perkara yang aku belajar semasa di IPG, subjek politik semasa semester 3, pensyarah kami amat bagus dan sangat menitikberatkan penilaian dan pengkajian tentang apa di sebalik politik itu.Cara penyampaian beliau pula amat dihormati...tidak berdiri di mana-mana pihak dan menetapkan batas untuk kami membincangkan isu-isu tertentu untuk menjaga kredibilit kami sebagai guru.Sebab politik ini adalah isu yang agak sensitif.Dan fahaman semua orang tidak sama, jadi sebelum menjadi 'panas', seringkali beliau akan menghentikan dan menukar topik.Aku kagum.Sebab bila kelas itu, aku banyak mendiamkan diri kerana ada certain2 isu yang agak baru bagi aku dan aku tidak mahu membuat pandai menambah-nambah dan membahaskan perkara yang aku tidak pasti.So aku lebih suka dengar apa yang disampaikan untuk menambah ilmu.
Malam-malam bukak TV je Buletin Utama jam 8 hampir suku daripada berita nak cerita pasal perkembangan politik.Bagi 1 PIHAK sahaja.Agak membosankan.Aku yakin ada banyak lagi isu-isu penting dalam negara ini yang hendak dipamerkan dan diketepikan begitu sahaja.Kalau nak, buat satu rancangan khas setiap hari untuk update orang ramai, bukan ambil masa rancangan yang mengutarakan isu-isu penting negara.Politik memang lah penting, tapi bagi aku perkembangan politik semasa negara harus rangkumkan semua pihak.Bukan sebelah sahaja.Dah nampak kan kepincangan kat situ?Aku bukan nak tuduh ke apa, cuma aku tak faham kenapa dikatakan negara demokrasi tapi pihak tertentu sahaja yang berkuasa. Bagi pihak pembangkang pulak..kadang-kadang aku pelik.Mereka juga membuat pakatan, tapi tak nampak yang mereka tu bersatu dengan utuh.Ada yang lebih kepada misi kepentingan kaum,ada yang dah nampak macam misi peribadi untuk membalas dendam..macam-macam lagi isu.Yang aku tak boleh terima, isu main warna kulit membabitkan MB Perak baru-baru ini.Agak melampau jugak, tapi nak buat macam mana..itulah politik di negara kita.Kalau kita nak buat penilaian, buatlah sewarasnya.~
Sebagai rakyat, kita bertanggungjawab untuk mengundi bila sampai waktu umurnya.Adakah anda sudah berdaftar?Aku baru je minggu lepas.haha.Back to the topic..kita sebenarnya memegang kuasa untuk menentukan kemajuan negara kita.Kita tak perlu pergi jauh untuk membuat pilihan.Cuba lihat tempat kita sendiri.Adakah tempat anda sedang membangun dan berada dalam keadaan baik?Itu tanggungjawab wakil rakyat anda yang anda undi. Kita tak perlu lihat pada gah dan kehebatan sesebuah parti itu, kita lihat pada karisma dan kredibiliti pemimpin yang telah dilantik oleh parti-parti tersebut untuk kawasan anda.Lihat apa yang mereka lakukan dan tengok pada kemajuan tempat anda.Adakah sesuai?Adakah dia ini menjalankan tugasnya?Itu yang kita perlu lihat.Bukan membabi buta pergi berkempen mengutuk semua orang.Yang ini kata salah, yang itu kata teruk...macam-macam.Yang penting kita jalankan tanggungjawab kita nanti untuk kemajuan tempat kita…;)