Pages

Wednesday, August 29, 2012

Positive Thinking:I'm trying

Seekor monyet yang sedang termenung
Jika sesuatu yang buruk atau tidak bernasib baik berlaku pada diri anda...kadangkala susah..dan bukan semua orang boleh bangkit dan menetapkan minda mereka untuk berfikiran positif bagi menghadapi cabaran akan datang. Semua orang pasti pernah mengalami situasi di mana sesuatu yang berlaku mengakibatkan diri insan tersebut berasa kecewa, frust, sedih, marah, 'down', penat dan sebagainya. Tapi untuk bangkit semula mencari arah baru dan meneruskan kehidupan untuk masa akan datang sebenarnya adalah perkara yang amat penting. Bukan aku sahaja, aku pasti semua orang tahu tentang perkara ini.

Tapi di sini, aku ingin menyatakan kelemahan manusia yang terdapat dalam diri aku yang kadangkala membuatkan aku sukar untuk melepaskan diri. Sesuatu benda yang membuat aku kurang senang, atau menjatuhkan diri aku menyebabkan aku berasa semakin 'down' dan tidak boleh membuat keputusan dengan baik. Aku kadangkala terbawa-bawa dengan pemikiran aku yang asyik teringat tentang perkara-perkara silam yang membuatkan aku sedih dan pelbagai kekesalan akibat kesilapan aku yang lepas. Aku bukan nak ingat, tapi ada certain 'event' yang membuatkan aku teringat dengan perkara-perkara tersebut. Tapi aku tak perlu nak tunjukkan sangat kan...aku still boleh bergelak ketawa dengan kawan-kawan lepak seperti biasa. Tapi aku tak boleh menumpukan perhatian kepada perkara-perkara penting yang perlu aku buat.

Berfikiran positif. Satu 'common statement' yang sering disebut oleh pakar-pakar motivasi, kaunselor sekolah mahupun kawan-kawan kita yang cuba menyebut sedemikian tapi kadang-kadang tengok diorang pun 2x5 je dengan aku bila berdepan dengan masalah:ada yang lagi teruk pun ada.haha. Tapi apa yang aku nak sebut di sini ialah..setiap masa, setiap ketika kita kena berfikiran positif. Tapi untuk melatih minda kita tu, satu cabaran jugak. Kadang-kadang musibah yang menimpa atau perkara yang kita rasa tak senang, kita akan terus pandang dari sudut negatif dan mula membuat andaian diselubungi pemikiran merapu entah apa-apa.

Advice yang aku boleh bagi? Just pandang ke depan dan teruskan apa yang ada untuk kehidupan kita di masa akan datang. Aku jumpa satu quote yang sesuai.


*Senang kata, barang yang lepas jangan dikenang. Mulakan hari dengan perkara yang baru!
*Harap dapat mengenepikan pelbagai kekecewaan. Love, life, education etc.

No comments:

Post a Comment