Salam 1 Malaysia. Aku dah penat membaca (padahal baru sejam) untuk interview nanti. Otak aku cepat tepu, maklumat semua dah padat, dan segala info mengenai isu pendidikan dan sebagainya terpaksa bersaing dengan info bola sepak, game 'moves', planning untuk masa-masa akan datang, tusyen, kebosanan tinggal di rumah tanpa berbuat apa-apa, kesempitan wang dan bermacam-macam lagi. Aku try buat cara study aku masa di IPG. Pulun study bermula jam 2 pagi, 3 pagi bosan dah, terus main game. Lepas subuh baru tidur, bangun tidur lapar. Pergi makan. Lepas makan baca sikit lagi, petang terus masuk dewan exam. Kalau exam pagi, memang aku tawakal je apa yang aku baca malam tu.hehehe.
Tapi this time, it's different. Jawapan yang bakal diberi bukannya kena fikir lama-lama, tengok siling dewan, tengok sistem air conditioning dewan yang bising, lepas tu fikir "Kenapa bising sangat eah? Macam mana dorang pasang? Ke tak cuci ?". Lepas tu dapat idea terus jawab. Dah penat tulis, siap jawab soalan terus keluar dewan tak kisah la awal ke. Balik bilik terus melepak, online atau main game dengan budak-budak yang keluar awal jugak. Kali ini, aku kena jawab on the spot, dan ditanya secara lisan dan diperhatikan. Nak garu punggung ke, nak garu pipi ke, memang tak boleh. Ahh tensionnya. Aku harap aku tak tertekan. Mana taknya, ini interview ke 3 dalam hidup aku sejak bayi lagi. Last adalah masa aku mula-mula apply nak masuk IPG ni.
Bila aku baca jugak segala info, segala dasar, segala strategi pendidikan yang mula dilaksanakan untuk memartabatkan pendidikan negara kita; aku terfikir...aku sebagai agen yang akan melaksanakan segala dasar dan strategi tersebut. Bila baca..pheww..memang perubahan yang banyak. Dan memerlukan tenaga kerja yang sangat fokus. Masa ni lah aku rasa nak je tunjuk penumbuk kat sesiapa yang kata kerja cikgu ini senang. Aku yang nak memohon jawatan ini, aku dah dilatih. Tapi hakikatnya, adakah aku bersedia untuk realiti sebenar? Memegang suatu amanah, untuk masa depan generasi akan datang. Bila dalam keadaan ini aku terfikir balik antara tujuan aku menjadi guru, mengelakkan murid membuat kesilapan yang sama semasa aku sekolah dulu. Aku harap mereka enjoy dan dalam pada masa yang sama membuat keputusan yang baik untuk masa depan mereka sendiri. InsyaAllah..