Pages

Saturday, January 19, 2013

Open ourselves..to others.

“To open your heart to someone means exposing the 
scars of the past.”

Setiap orang mempunyai pendekatan atau cara tersendiri dalam menghadapai pelbagai emosi, serta perasaan terhadap sesuatu perkara. Ada yang suka memperlihatkan ekspresi mereka pada semua orang, menampilkan keceriaan serta tidak langsung menyembunyikan apa yang mereka rasa. Ada juga yang suka menyimpan sedalam-dalamnya, tidak sedikit pun dipamerkan, cuma menghadapi setiap hari dengan biasa, menyatakan yang mereka 'OK' setiap masa.

Tapi bagaimana pula dengan kenangan pahit atau sukar dilupakan, adakah itu satu benda yang perlu dikongsi? Aku tak boleh nak nilai perkara ini, setiap orang ada prinsip dan pandangan masing-masing. Masalah aku ialah aku lebih suka mengetahui dari mennyebut apa yang terjadi kepada diri aku atau mengenang perkara pahit yang telah terjadi. Aku lebih suka melihat orang happy, lepas tu sibuk nak happy jugak sekali. Haha, teruk ke eh? Agak selfish di situ. Tapi itulah punca kegembiraan aku. That's why aku rasa 'Joker' bukanlah orang paling happy sekali, cuma dia ada untuk membuatkan orang gembira, itulah sumber kekuatannya. *Unless Joker Batman tu, that's bat crap crazy.

Aku ada kawan, yang rapat, yang suka gelak sama, dan share masalah sama-sama. Aku agak menyimpan, tapi bila aku dah percaya, memang aku akan terbuka dan cerita. Tapi in exchange, aku juga dapat tahu kisah orang itu dan sama-sama berkongsi pendapat. Aku bukan problem solver, pangkat aku cumalah listener. Mendengar, dan memberi respon. Pendapat aku tak semestinya diterima, tapi aku cuma mampu berharap dapat buat orang happy dan lupakan masalahnya seketika.

Bagi orang yang suka memendam rasa, menyimpan perasaan, sukar untuk dizahirkan..situasi akan menjadi halangan bila ingin berjumpa atau berkenalan dengan orang baru. Maksud aku, sebagai pasangan. Sebab kadang-kadang kita ada keinginan untuk berkongsi untuk semua orang. Cuma orang yang kita percayai sahaja. Kita perlu mengenal orang itu dengan baik dan rasa rapat, baru kita boleh rasa secure dan buka hati kita untuk berkongsi perkara.



Itulah yang sering buat aku tersangkut. Bila kenal dengan orang baru, bila ada harapan, bila rasa nak further, aku rasa susah sangat. Sebab susah nak expose apa yang aku ada dalam diri ni, siapa diri yang sebenar. Selalunya bila aku kenal dengan orang ni, I'm just stuck at general things. cakap pasal perkara-perkara umum. Pasal kelas, pasal kerja, pasal makan, pasal tidur, pasal rutin harian, pasal sekolah dulu, pasal tempat tinggal, pasal benda-benda yang berlaku di sekeliling. Sampai tahap aku rasa tak tahu nak kata apa, then selalunya end up with 'Oh..ok'. Aku rasa orang yang baca mesej or bila aku cakap macam tu mesti bengang. Aku sendiri tak boleh nak mesej panjang-panjang dah sekarang kalau dengan orang. Maybe aku awal sangat kot bercinta, sekolah menengah. Idea and kepala otak tengah fresh, melambung-lambung ayat keluar dari kepala otak ni dulu. Sekarang..halamakk...aku selalu set dalam kepala otak, "Mesti dia ni cepat bosan ni kalau mesej dengan aku.". Then selalu aku stop jap, berapa hari baru mesej. Lepas tu jadi ikut mood. And paling problem ,susah nak bukak pasal personal things, sebab I need more and more time, kena biasakan dulu. Maybe past relationships haunt me, tapi aku tak boleh jadikan excuse tu sampai bila-bila kan?

2 comments:

  1. “To open your heart to someone means exposing the scars of the past.” -suka ayat nie :)

    ReplyDelete