Pages

Thursday, January 03, 2013

2013. Kickstart!

Happy New Year !

Selamat Tahun Baru 2013 buat anda semua. Kalau ikutkan, takde la rasa excited beriya setiap tahun baru. Tak pernah pulak aku join bakar mercun dan berarak semasa malam tahun baru. Cuma bagi aku, it's a fresh start, time to reset everything and move forward with what my life and do what it takes to enjoy it. Sepatutnya aku dah mindset untuk posting sebab tahun ini should be my year to start working as a real teacher, tapi atas situasi yang melibatkan pihak atasan. batch kami ini perlu menunggu dan tidak dapat kepastian dan kesahihan tentang bila sebenarnya kami akan posting. Tak cantik bukan? Nak kerja or nak jadi guru ganti pun tak boleh nak predict bila so ada majikan yang susah nak ambil even PPD pun macam tak tahu nak handle macam mana, takut tiba-tiba keluar tarikh, takkan nak tinggal job macam tu je kan. Aku pun baru apply 2 minggu lepas, masih menunggu panggilan temuduga guru ganti. Macam tak dapat je.hurmmmm...

Bila nak masuk sekolah la haii

2013 juga merupakan tahun aku menginjakkan usia ke umur 24 tahun. Shit. Tua. Dulu masa umur 17 rasa 25 tu dah patut kahwin beranak dah, sekarang bila dah sampai tahap ni rasa macam banyak benda lagi tak buat. Bukan senang nak ada komitmen. hehehe.. Untuk tahun 2013 ni memandangkan aku dah 'free' dari segala bebanan sebagai seorang student. Aku rasa ada benda yang aku nak catch up.






1. Rugby
More and more rugby this year I hope. Setelah beberapa siri kekecewaan di tahun 2012, serta kena tiaw dengan institut sendiri, harap dapat la free time weekend or cuti untuk main rugby. Serius bila dah lama tak main, mula rasa tak best sebab dah lebih 10 tahun kot main, that's the game I have confidence with. And paling aku suka kalau dapat main and hangout with the Old Boys(alumni rugbi sekolah) sebab I can learn a lot from the veterans and playing without any pressure at all.


2. Movie
Banyak movie baru yang aku terlepas, dan hanya dapat tonton kat laptop masa cuti apabila kawan-kawan download. Movie yang aku minat pulak tu, time aku free dapat turun KL tengok wayang, movie tak best yang banyak keluar. hahaha. Takpelah harap free time yang aku ada masa kat rumah awal-awal tahun ni..maklumlah posting tak tentu kan..harap dapat la layan movie kat wayang straight bila ditayangkan. Lain feeling dia lagi-lagi movie yang kita tunggu-tunggu then dapat tengok wayang.



3. Normal sleep time
Di tahun 2013 ini, memandangkan aku sudah habis belajar dan sepatutnya mengajar..aku kena biasakan diri untuk tidur waktu malam(masa taip post ni jam 4:19 a.m). Nak jadi morning person yang bangun pagi dan ceriakan diri, buat aktiviti dengan rehat yang cukup di waktu malam. Dalam bulan Disember lepas, aku rasa hanya 3,4 hari sahaja aku tidur waktu malam. Itupun sebab esok pagi nak drive jalan jauh. Aku harap tahun ni aku boleh latih diri, rasanya mustahil, tapi mesti cuba.




Nak kata benda-benda ni azam..tak jugak. Cuma benda yang aku harap dapat buat. Sebab aku jarang dapat buat masa study dulu, plus aku nak enjoy life sebanyak yang mungkin, jadi lebih gembira. Fresh start. Aku rasa aku banyak terperangkap dengan kekecewaan masa silam, aku banyak merenung masa silam lebih dari merancang masa depan sendiri. Komitmen kepada kerja dan keluarga dulu, katakanlah jumpa orang yang boleh menunggu, apa salahnya kan? Serah pada takdir. Nak cari malas, nanti-nantilah...hepikan diri sendiri dulu.hehehe

No comments:

Post a Comment