Pages

Thursday, January 03, 2013

USB Memory buruan.

Gaia Memory USB
Kamen Rider W Henshin


Dah lama aku cari benda ni. Benda alah ini dipanggil Gaia Memory USB. Gaia Memory USB ini adalah adaptasi daripada siri Kamen Rider W, di mana konsepnya menggunakan USB driver dan Gaia Memory ini untuk bertukar atau 'henshin!'. Macam kebudakan-budakan kan? Sori la dah memang minat nak buat macam mana. Plus USB di atas ni bukannya macam handphone mainan RM2 yang tampal pakai sticker tu, USB ni memang boleh guna macam USB biasa.

Gaia Memory dan 'driver belt' dalam siri tersebut.

Sebagai fans dan orang yang gemar mencari figura 'action' dari kartun atau komik, aku rasa benda ni adalah koleksi yang menarik plus aku takkan biarkan benda sebegini berhabuk tak dipakai. Boleh bawak ke mana-mana dan agak 'rare' untuk dimiliki. Orang kata dah stop jual dah dari main company iaitu Bandai tapi ada lagi store computer yang jual dan juga boleh dimiliki by auction. Harap-harap dapat jumpa laaaa. Haaaarapannnnnn...Harapan menjadi laaaayyyuuuu


1 comment: