Dalam tempoh 3 hari lagi, PRU ke-13 akan dijalankan di negara Malaysia...pada 5 Mei 2013,Ahad. Pada waktu ini semua pengundi berdaftar akan keluar mengundi di kawasan ditetapkan dan akan memangkah pada calon-calon yang dirasakan sesuai untuk menerajui kawasan mereka seterusnya menentukan bilangan calon dari parti manakah yang paling ramai untuk diangkat sebagai parti yang memenangi Pilihan Raya Umum ini. Namun begitu, rasa kurang senang timbul apabila melihat beberapa senario yang boleh membangkitkan perbalahan serta mempersoalkan nilai kemanusiaan serta tatasusila sebagai rakyat dalam negara yang berdaulat ini.
Antaranya ialah isu bendera dan banner parti. Biasalah, masa ni memang orang sibuk panjat sana panjat sini, pacak tiang, ikat bendera, gantung banner dan pelbagai lagi cara asalkan parti mereka dapat dipamerkan secara gah di rumah-rumah, bangunan dan jalan raya. Tapi apa yang menyedihkan ialah apabila senario cabut dan jatuhkan bendera orang lain. I mean come on man... Fight fair and square. Benci macam mana pun, tak suka macam mana pun...don't be such a wuss. Susah-susah orang panjat,pasang. Dah memang masa ni musim pasang bendera. Lainlah kalau dia letak kat private property tanpa minta izin (rumah aku kena baru ni). Kalau dia letak kat tempat awam, jangan lah mendengki sangat. Lagi satu pasal keselamatan. Selalunya yang pasang dan pacak bendera ni waktu malam. Tapi kalau dah dalam gelap, panjat pokok, panjat tiang, lampu motor or kereta dorang matikan. Kalau kena langgar, tak ke susah...nak salahkan siapa tu? Ada juga kes orang meninggal sebab jatuh terpacak tiang ni tau..jangan main-main.
Dalam pada itu juga, 'framing' atau membuat statement fitnah juga adalah satu senario yang sangat aku tak gemar dalam menghadapi PRU ini..Tambahan pulak, laman sosial digunakan dengan meluas sekarang, memang orang akan baca. Lepas baca dorang akan nilai. Kalau dorang percaya, benda tu salah, orang yang sebar fitnah tu confirm-confirm dapat dosa. Kalau dorang tak terima, timbulkan marah dan perbalahan pulak .Memang takkan ada outcome positif dari perbuatan sebegini. Elakkan lah ye dari 'share' sumber yang tak pasti melainkan korang kaji betul-betul, faham betul-betul. Media arus perdana kita pun cuma memihak kepada satu 'side' sahaja. Memang teranglah-teranglah tidak memberi peluang. Politik yang adil? I don't think so. Bila macam tu, laman sosial lah akan digunakan sebagai medium untuk berkempen. Jadi pesanan aku,haruslah berhati-hati dalam membaca, meneliti dan menafsir sesuatu sumber itu. Kita sudah berada di arus kemodenan, dan dalam pada masa yang sama..minda kita pun perlu digunakan dalam membuat penilaian dan pertimbangan. Aku paling sedih bila ulama' diletakkan gambar sama dengan binatang yang haram..nau'zubillah... aku rasa sangat melampau. Kawal diri kita dari bertindak, gunakan akal fikiran bukan masa exam sahaja, malah dalam menghadapi dan menyebarkan sumber-sumber maklumat yang terpampang di internet.
Kita sudah masuk pada zaman di mana orang bebas memperkatakan fahaman mereka, bebas menulis atau menyatakan pendapat dan sokongan mereka di internet. Tapi kita kena ingat, BUKAN semua orang boleh menerima dan memiliki pendapat yang sama. Bila tak sama, ada golongan yang akan menentang habis-habisan dan membuat bidasan dengan menampilkan hujah-hujah yang relevan. Itu menunjukkan satu politik yang sihat. Secara tak langsung, interaksi seperti ini akan menunjukkan tahap intelektual mereka serta pembacaan mereka dan juga perkongsian sumber maklumat yang mereka gunakan. Tetapi, situasi seperti ini boleh menjadi buruk. Amatlah mudah menjadi buruk jika orang gabungkan INTELEKTUAL+EMOSI dalam situasi ini. Bukan sahaja perbalahan menjadi besar, malah boleh melibatkan orang lain yang sama menyokong dan membidas, sekaligus menjadikan situasi lebih besar dan merenggangkan jurang persahabatan serta menjadikan perbalahan lebih kepada emosi, bukan intelek. Bila dah jadi macam ini, takut je kawan-kawan boleh jadi tarik muka. Jadi tak se'ngam' dulu. Apa yang diharapkan walaupun berlainan fahaman, "Kawan tetap Kawan".
Besar bezanya PRU 13 dengan PRU edisi sebelum ini. Orang ramai sudah mula berfikir, sudah tahu menilai. Mereka sudah tahu tentang prestasi pihak yang memerintah, mereka sudah mula menimbang tara. Walaupun dengan sudut pandangan yang berbeza tetapi kali ini dengan adanya media sosial selain televisyen dan radio, serta penggunaan internet secara meluas, orang sudah meneroka dan mengkaji. Situasi seperti menunjukkan rakyat sudah mula memahami kebolehan mereka dalam negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi terpimpin ini. Tetapi perkara-perkara yang disebutkan di atas, harap dapat dielakkan. Berpolitiklah secara aman, selamat dan tidak merenggangkan perhubungan sesama insan. InsyaAllah.. Yang penting diharap negara berada dalam pimpinan yang betul, dan maju menuju ke masa depan.:)
*Selamat Mengundi :)