Pages

Friday, November 02, 2012

Omeynyew bela Pet.

China has this "panda diplomacy" and this one will be sent to Japan as an friendship envoy. For the safety reason he sits as a passenger with his feeder, not in a cage. Fastening the seat belt, wearing a diaper, eating bamboos


Sebagai seorang pencinta haiwan berbulu, sudah pasti aku akan berasa geram melihat binatang berbulu comel seperti gambar di atas. bayangkan korang boleh bawak panda ni merata-rata. Tapi malangnya panda tergolong dalam kategori haiwan hampir pupus. So memang satu isu sensitif dan amat sukar untuk seseorang itu membela panda secara peribadi. Dekat Malaysia pun baru dua ekor baby panda yang dihantar dari China sebagai tanda hubungan diplomasi. Currently panda tu ada di Putrajaya. Bukan kat pejabat PM ye jangan salah faham, aku pun mengamuk kalau letak kat pejabat. Letak di pusat jagaan dalam taman tema air di sana.(Kalau tak silap). 

Oh ya, sebenarnya membela binatang ini sebagai 'pet' ada faedah-faedah tertentu yang memberi kesan kepada tuannya.Tak percaya? Menurut beberapa laman sesawang yang aku explore beberapa hari ni (helpguide,care2living,healthline), terdapat beberapa kelebihan dalam membela binatang ini. Yang pertama sekali ialah, paling selalu disalah faham ialah kalau kita membela kucing atau anjing(bg yg non muslim), budak-budak mudah alergik pada bulu dan senang dapat asma atau semput atau lelah, betul?? Hihi sebenarnya bukan..

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, membela binatang seperti ini mengurangkan risiko alergik dan asma. Kenapa? Sebab bila mereka didekatkan dengan kucing atau anjing dari kecil...sistem imun mereka akan lebih kuat dan lebih immune. Sistem badan mereka akan berkembang dengan satu rangsangan yang lebih kuat, maksudnya semakin membesar, seseorang yang telah biasa dekat dengan binatang ini tidak akan menghadapi kesukaran dalam fizikalnya untuk melawan penyakit dan menghalang kuman. Terbalik bukan dari apa yang kita selalu expect?

Lepas tu, membela binatang ni dari aspek psikologinya dapat mengurangkan stress. Cuba tengok kat facebook tu, kadang-kadang ada orang share gambar kucing buat aksi-aksi comel. Kepala dalam baldi la, kucing tengah menjahit la, kucing tengah garu punggung awek la, macam-macam. Bila tengok gambar-gambar macam tu je pun  ada yang dah menyasau like, suke dalam hati "eee chomelnyeeeewww", pastu komen 'comel' sampai ratus2 like. Tu baru gambar. Bila dah kucing tu korang bela and buat depan mata dengan gelagat yang memikat, tak ke rasa cam lega and kelakar. Padahal kita dengan kucing je dalam satu bilik, tapi in a way dia boleh membuatkan kita rasa relaks.

Stress tak?


Menurut kajian juga, membela binatang seperti kucing mengurangkan risiko serangan jantung. Yelah mana taknya, bila dia dah kurangkan stress kita.Pasti kita akan relaks dan secara tidak langsung tekanan kita akan menurun. Bukan dengan gelagat dia sahaja, malah bila kita belai, jaga, beri makan, sediakan tempat berguling. Kita sebagai manusia mesti ada rasa kesian tau empati yang melihatkan keadaan kucing tersebut dan tak mahu dia menderita.

Motivasi dari haiwan? Agak pelik bukan. Tapi di negara barat memang dinasihatkan untuk pesakit-pesakit kronik seperti kanser untuk membela 'pet' seperti kucing atau anjing. Membela binatang seperti ini disyorkan kerana mereka inilah yang paling setia dan sentiasa duduk menemani. Bila dah rapat, kasih sayang dan tanggungjawab menjaga yang makin dalam itu membuatkan pemilik membina hubungan yang unik, yang mampu meningkatkan semangat dan motivasi dalam diri untuk terus hidup. Satu tonik yang agak baik.

Aku memang dulu membela ikan, kucing dan kura-kura namun hidup berpindah randah menyekat aku sekarang. Tapi kalau dah ada tempat tetap aku rasa cam nak bela semula la. Hedgehog mungkin?heehe :)


No comments:

Post a Comment