Pages

Tuesday, November 13, 2012

3rd Person.

Pukul 3.44 a.m. Tap tap tap masih mencari masa menaip entri. Idea ni dah lama sebenarnya tapi everytime aku nak update blog, pasti aku terlupa. Ni baru teringat after tengok a movie I've longed to watch before. Kali ini aku nak share tentang situasi orang ketiga atau '3rd person' and sometimes can be called as '3rd wheel'. Situasi ni sebenarnya agak common dan memang boleh lihat la dalam kalangan kita. Cuba tengok kawan-kawan korang, tengok lingkungan yang besar ok. Jangan la tengok dalam bilik between korang dengan rumate je, analyze betul-betul. Pasti ada orang sebegini.

Orang ketiga ini macam-macam situasi boleh ada, teman kawan dating (tak kisah lelaki or perempuan), kebetulan ada di tempat kejadian(kawan tengah dating), terpaksa join lepak dengan couple tu or dalam certain part memang suka hangout dengan couple lain.Paling sedih bila ada feelings involved di mana dia teman orang tu kemana-mana because dia suka kat orang tu padahal orang tu dengan orang lain (T T).

Sebenarnya, benda ni pun diutarakan dalam certain-certain cerita dan dijadikan watak seperti ini. That's why aku kata situasi ni common. Jom-jom tengok!


Morgan Grimes



Morgan Grimes (Chuck - USA TV Series). Morgan Grimes adalah seorang rakan baik kepada hero siri ini iaitu Chuck. Seorang yang sangat setia, kelakar, quite obsessed dengan video games dan enjoy dengan life sendiri. Dalam siri ini selama beberapa season dia asyik melekat dengan pasangan Chuck dan Sarah Walker sehinggakan dianggap terlalu menyibuk. Namun begitu Chuck tidak pernah mengabaikan rakan karibnya ini dan menerima dia seadanya. Season 4 menunjukkan Grimes akhirnya mendapatkan teman wanitanya sendiri :)

Shuichi Nakatsu



Shuichi Nakatsu (Hanazakari No Kimitachie - Japanese Drama). Nakatsu merupakan rakan sekolah kepada hero (Sano) dan menjadi orang ketiga kepada perhubungan  antara murid baru yang datang ke sekolah itu yakni heroin (Mizuki). Dia juga yang jatuh hati kepada Mizuki terpaksa melepaskannya kepada Sano walaupun mereka bertiga selalu hangout bersama. Dia selalu menceriakan keadaan dan menyembunyikan perasaan sebenarnya. :(



Rajesh Ramayan Koothrappali


Rajesh Koothrappali (Big Bang Theory - USA TV Series). Raj merupakan seorang yang ahli fizik angkasa dan merupakan salah seorang ahli dalam geng nerd berempat yang tampil dalam siri ini. Lelaki yang berasal dari India ini mempunyai 'taste' yang agak feminin (layan novel, Tyra Banks, tengok Bridget Jones Diary, obses dengan Sandra Bullock) sehingga disangka 'gay' oleh familinya. Sentiasa melihat dan mencemburui hubungan rakan-rakannya dengan pasangan dan hanya merungut tentang dirinya yang 'lonely'.:(



Jacob Black

Jacob Black *Wooooooooo Sorak! (Twilight Saga - Film). Jacob merupakan serigala jadian dalam filem bersiri ini. Seorang yang sangat caring dan protective, dialah yang menemani dan mengisi kekosongan hati Bella(heroin) di saat Edward(hero) pergi seketika. Namun begitu, dia mengalami konflik apabila dia mencintai Bella namun Bella memilih Edward. Walaubagaimanapun dia still ambil berat terhadap Bella even Bella telah memilih Edward sebagai partner. :)



Ted Mosby



Ted Mosby (How I Met Your Mother - USA TV Series) . Ted adalah watak utama dalam siri ini namun masuk season ke 7, hanya nampak buku lali isterinya (Mother) sahaja yang diceritakan kepada anak-anaknya. Perkembangan watak yang agak menarik di mana Ted seorang yang overthinker, romantic, terlalu cepat jatuh cinta menghadapi hidup di kotaraya New York. Dia banyak kali bercinta dan hampir berkahwin dalam siri ini namun pernah ditinggalkan oleh tunangnya yang lari bersama lelaki lain di majlis perkahwinannya. Lelaki yang banyak mengalami kisah tragik namun dia tetap selalu bersama dua rakan baiknya pasangan Marshall dan Lily sehingga kadang kala menggangu intimate privacy mereka. :)




Alan Garner / Ethan Tremblay
Alan Garner / Ethan Tremblay (The Hangover& The Hangover 2/ Due Date - Films). Zach Galifianakis membawakan kedua-dua watak dalam movies ini dengan sangat berkesan. Watak pak lawak yang memecahkan perut dengan kebodohan, kegilaan dan kenaifan. Dua movie yang berbeza plotnya namun wataknya lebih kurang sama. Seorang single tegar yang sangat hyper dalam keseronokan, selalu membuat keputusan yang salah dan hidup dalam kelompok pasangan lain. Namun begitu dia adalah seorang kawan yang ikhlas dan baik hati. Not to mention, sangat kelakar :)



TED
SPECIAL MENTION : TED. (TED - Film). Ted adalah seekor teddy bear comel yang dimiliki oleh John Bennet sejak dari kecil. Ted boleh bercakap dan bergerak seperti manusia biasa dan setelah John(umur 8 tahun) membuat wish ketika tahik bintang jatuh, hajatnya adalah supaya Ted boleh hidup dan menjadi kawannya. Sejak itu, Ted hidup dan menjadi rakannya hinggalah dewasa. Ted adalah seekor teddy bear yang agak biadap, suka menghisap ganja, pemalas, suka berparti dan berfoya-foya. Namun begitu Ted still hidup bersama John dan juga tinggal bersama John dan GFnya Lori. Walaupun menghadapi pelbagai krisis dalam filem ini, akhirnya mereka hidup bersama bertiga. :)



Actually entri ini aku mention sebab aku sendiri selalu berada dalam posisi ini. Sampai ada kawan kata aku 'Kambing Hitam Sejati' sebab selalu ada teman orang dating, teman kawan balik dengan GF dia, tolong kawan berbaik semula dalam relationship, jadi orang tengah dan sebagainya. Nak buat macam mana, aku selalu mendengar masalah orang, since sekolah lagi. So aku dah accustomed to that kind of life. Bila aku dalam relationship dulu, aku pun ada jugak dengar problem, helped people in giving opinion. Bagi aku benda tu bukanlah satu beban, cuma aku rasa lega kalau dapat tolong orang release tension especially kawan-kawan. Tapi aku tengok jugak keadaan, bila aku rasa aku tak diperlukan, aku akan let go dan leave with peace. Sebab manusia ni kita tidak boleh nak perah perasaan tu setiap masa. Ada orang dia akan senang cool sendiri, sesetengah orang tak. Tapi lama kelamaan diorang akan manage sendiri dan membuat keputusan yang baik.Masa sekarang mungkin aku tiada siapa-siapa yang istimewa tapi mana tahu nanti bila aku ada masalah berkenaan perkara ini, aku ada ramai orang yang boleh diminta tolong nanti.


*Don't worry. I'll keep doing this to make others happy..and I'll leave to avoid from being other people's misery.

No comments:

Post a Comment