Pages

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha :)

Sekarang dah masuk 26 Oktober 2012, 10 Zulhijjah 1433 Hijrah. Aidiladha ni berbeza dengan Aidilfitri sebab masa ni umat Islam seluruh dunia akan berkumpul di Mekah untuk mengerjakan ibadah haji. Begitu juga umat Islam yang lain di seluruh dunia juga akan melaksanakan ibadah qurban. Satu perayaan yang meriah sebenarnya. Sepupu aku yang belajar di Mesir berkata, negara-negara Arab menyambut Aidiladha dengan penuh meriah sekali. Kalau Aidilfitri tu, 1 Syawal semua orang kat sana just solat sunat dan lepas tu terus buat semula kerja masing-masing. Aidiladha lebih meriah. :)



Tentang ibadah qurban, aku nak share sikit tentang ini sebab aku rasa dulu masa sekolah lebih banyak expose pada ibadah haji.

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
  • Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

  • Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.

  • Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram. Daging qurban wajib (nazar) tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

So bila tengok ibadah qurban ni, satu ibadah yang memberi manfaat sebenarnya kepada umat-umat Islam. Bila aku tengok kat Malaysia ni sahaja, tengok orang ramai gotong royong and bantu membantu menyediakan binatang untuk Qurban ni. And semua orang keliling dapat merasa dan menerima pemberian daging Qurban ini. InsyaAllah jika kita dah mampu nanti, jangan lupa melaksanakannya. Yang penting niat :)



Salam Aidiladha dari pemilik blog Poke! -  Doodle Man. :)

No comments:

Post a Comment