Pages

Tuesday, May 29, 2012

Based on true experience.


Social Network( Facebook movie:Mark Zuckerberg), One Liter of Tears (Japanese Drama about Aya), Titanic (Leonardo di Caprio, Kate Winslet)...semua ini adalah contoh movie atau siri yang membabitkan kisah sebenar yang berlaku dan diadaptasikan kepada cerita. Melalui cerita-cerita sebegini, kita dapat belajar...menghayati..meraih pengalaman..macam-macam la sebab benda ini benar-benar berlaku.

Baru-baru ini, aku menonton movie 50/50 lakonan Joseph Gordon-Levitt (Inception, GI Joe:Rise of the Cobra) dan Seth Rogen (Green Hornet) yang dah lama aku cari tapi tak dapat....Lastly adik aku balik lately and aku tengok ada cerita ni dalam laptop dia so aku terus ambil. Kenapa aku beriya sangat? Oh ya..aku memang sangat minat dengan cerita-cerita yang berkisarkan tentang kisah benar.

50/50 mengisahkan tentang Adam Lerner, seorang lelaki yang berumur 27 tahun, seorang lelaki normal yang bekerja di stesyen radio. Dia seorang pemuda biasa, bukan humoristik mahupun mempunyai karisma. Dia mempunyai seorang kawan baik dan rakan sekerja, Kyle. Adam tinggal bersama aweknya, Rachel seorang pelukis. Satu hari, dia mengalami sakit belakang dan pergi ke hospital untuk pengesahan lanjut. Kemudian dia didapati menghidap Spinal Cancer (Kanser tulang belakang)..bermula dari itu kehidupannya agak menyukarkan. Dia cuba untuk menerima hakikat tetapi sebagai seorang lelaki biasa yang normal...adakalanya benda itu menyakitkan dan tidak dapat mengawal perasaan. Semuanya digambarkan dalam cerita ini dengan baik. Rachel pula berjanji akan menjaganya tapi lama kelamaan dia menjadi penat dan sukar untuk bersabar dengan penyakit Adam. Satu hari Kyle mengkantoikan Rachel bercium dengan lelaki lain di sebuah pameran seni dan dari itu Adam putuskan hubungan mereka.

Sejurus selepas Adam didiagnos menghidap kanser, dia disarankan berjumpa doktor terapi di hospital tersebut, Katherine. Katherine merupakan seorang pelatih  therapist dan Adam hanyalah pesakit yang ketiganya. Namun Adam tetap berjumpa Katherine setiap sesi. Lama-kelamaan Katherine tertarik dengan kebaikan Adam.Adam seorang anak tunggal dan tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan ibunya. Ayahnya menghidap alzheimer di mana memori ayahnya telah hilang dan menjadi seperti seorang budak kecil. Aku tertarik dengan ayat Katherine semasa sesi terapinya bersama Adam apabila Adam menceritakan yang dia tidak mahu berkongsi masalah dengan ibunya..."Your mom wants to share and talk about things...she have a husband that can't and a son who won't"...cerita ni banyak nilai jugak sebenarnya...Lastly semasa hari pembedahan untuk membuang kanser tersebut...................



*Aku taknak spoil the ending..hihihih

1 comment:

  1. choiii...tanak spoil ending.u did spoil my mood bro.bru cam excited nak taw.
    anyway joseph gordon-levitt(500 days of summer dye gak kan?) hawt!hohoho

    ReplyDelete