Baru sahaja selesai tengok Bayern Munich vs Barcelona 1st Leg Champions League semifinal 2013. Barcelona kena 'kitai' 4-0. Hehe, well that's not the point. Sebenarnya selesai menonton, aku pun nak masuk bilik, terfikir tentang mak aku. Sebenarnya dia tengah risaukan abang dan adik aku yang bekerja dan belajar di utara sanaa (Kedah dan Penang). Abang aku sebelum ni cuma kerja di dalam Johor dan paling jauh pun KL. Tak pernah kerja sejauh ini, adik aku pun sama, tak pernah sejauh ini dari emaknya. Nampak la, even dia tak cakap direct..dia sebenarnya rindukan anak-anak. Dapat pulak aku duduk rumah sensorang, tak reti nak buat apa. Bukan jenis feeling type, malah sendiri dalam keadaan terumbang-ambing kerana tiada kerja. Aku tau mak aku taknak bebankan aku dengan masalah dia, tapi time by time aku cuba la cakap and tanya supaya aku tau apa yang dia fikir.
Lately kitorang bercakap pasal konvo aku pada hujung bulan Mei nanti. Cadangan aku asalnya, aku seriously malas pergi. Kenapa? Paling besar sebab malas nak konvo ni ialah sebab posting belum lagi. Sepatutnya Januari dah posting...tapi..entahla....apa tah pihak atasan buat.. Satu lagi sebab aku rasa pencapaian aku ni tak sehebat mana berbanding adik beradik aku. Plus, pointer aku pun biasa2 je, 2nd upper pun tak lepas. Aku tak berapa nak kisah. Aku takde mood nak menghadapi prosedur di mana aku kena pergi tempat yang aku totally taktau, kena stay sana, tempah hotel..ahh malas. Dan tiada siapa nak bawa dia nanti, aku kena jimatkan kos sebab raptai dan konvo selang sehari. What the heck punya jadual. Aku kena pergi dulu, drive dan nanti mak aku datang naik bas aku ambil di Terminal Bersepadu Selatan. Cuma dia dan adik bongsu aku. Dia tak kisah, sebab dia tau aku terpaksa jimatkan kos. Dia tau aku sangat attentive towards kewangan family sekarang sebab aku unemployed dan taknak bebankan lagi. Lagipun dia tak suka tinggal rumah lama-lama.At this time, aku terfikir. Kalau abah ada lagi,kan senang. Rindu nye, even garang..kalau part macam ni, mesti dia semangat, study route dulu, study jalan, discover tempat-tempat senang nak singgah. Dia punya planning memang superb eventhough handphone takde and tak guna internet pun, he always comes with solution.
Aku rasa benda tu yang aku try nak emulate dari dia. Clearly, mak bukan sahaja miss her children, but miss abah very much. So I try to do my best to make her not feeling too empty. Walaupun aku bukan jenis orang yang mudah untuk pamerkan perasaan sebenar aku, aku mesti nak jugak ambil tahu tentang problem yang ada di rumah, apa yang tak cukup. Every time nak keluar, mesti tanya apa yang dia nak..sebab dia bukan selalu keluar, just untuk urusan penting je..Mostly,aku berat hati nak kata 'tak nak' kalau nak tunaikan permintaan mak aku nak tengok konvo.Maybe jugak antara benda paling aku ralat ialah arwah abah tak sempat tengok anak-anak dia sorang pun naik pentas konvokesyen. Harap-harap semuanya berjalan lancar untuk kami nanti. Amin .. :)