Pages

Monday, May 14, 2012

Examination Blues



Exam kali ini,dua paper sahaja..tapi sangat susah.Susah Gila Babeng. Bimbingan dan Kaunseling serta killer paper Kajian Tindakan (Action Research) yang sepatah haram aku tak faham disebabkan praktikum selama 3 bulan di sekolah. Nak kata risau, tak jugak. Kelakuan aku lebih kepada rileks melampau. Aku banyak bermain, layan series, layan movies yang dah lama tak usik. Praktikum aku sangat fokus so takde masa nak layan cerita-cerita yang ada dalam external tu. Paper aku hari Selasa petang, ni dah masuk hari Isnin. Aku tak usik apa-apa lagi. Wahhh malasnya... Kenapa ada exam.. Even dah masuk final year tapi kemalasan aku masih sama. Di takuk lama. 


Exam kali ni banyak jugak benda yang buat aku berfikir dan bercelaru jugak la...orang yang pernah aku sayang dah lama tak contact tetiba tegur. Orang yang pernah aku suka kata dia terasa kenapa aku layan dia macam nak tak nak bila dia text aku, padahal dia yang state supaya kami jadi kawan sahaja so aku layan macam kawan lah kan..plus, kakak angkat aku yang bakal berkahwin Ogos ini, semua ini membuatkan aku terfikir apakah kesudahan untuk diri aku pulak...kawan dah mula berkahwin sorang demi sorang.. Yang tengah dilamun cinta pun nampak macam menuju ke arah itu. So, bila tengok diri sendiri...aku start bercinta awal kot...Sekolah menengah dah pandai..wahahaha.. tapi sekarang, aku bachelor yang suka berfoya-foya dan takut untuk menjadi serius dalam hubungan. Hanya melihat sahaja kebahagiaan kawan-kawan. Aku nak capai benda tu jadi malas. So aku cuma mampu mendengar kisah-kisah mereka even dalam hati nak...tapi aku sangat takut dengan komitmen. Lama dah membujang, aku tak pasti bila aku akan ready semula untuk benda-benda ini. Sangat risau dikecewakan.


Tambahan pulak, aku seorang yang memerlukan motivasi dalam membuat sesuatu perkara. So bila setiap kali exam dalam 2 tahun terdekat ni, aku macam lost. Takde orang ingatkan even aku sedar tu tanggungjawab sendiri untuk belajar. Tapi semangat tu dah pudar. Aku kena kuatkan diri sendiri, pick up myself dan mulakan. So banyak la melaburkan kekuatan sendiri. Aku baru sedar, even aku HUHA HUHA di luar, aku agak lonely di dalam. Blog ini merupakan ruang untuk aku melepaskan segala beban yang ada di dalam hati. 


5 comments:

  1. org lain sem tujuh sume ambik 2 paper,
    tp dak bm kne ambik 3 paper, huu mencikk..

    all the best ya:)

    ReplyDelete
  2. nak tergelak lah jugak baca ada "gile babeng"..sebb erny igtkan erny sorg jek gune killer words tu..hahaha..exam exam exam ye....all the best

    ReplyDelete