Pages

Thursday, January 05, 2012

Perlukan tidur yang normal.Tapi still tak mampu.

Sebastian Chabal, France Rugby Team.

Sebastian Chabal adalah 'raksasa' yang menakutkan semasa Rugby World Cup 2007. Kalau anda lihat muka beliau, adakah anda berani pergi dan sepak belakang lutut beliau lepas tu berdiri setempat di sebelahnya tanpa melarikan diri? Pasti anda tak berani.Poyo je buat-buat berani. Beliau berketinggian 1.92 m dan beratnya menjangkau 113 kg. Tapi kenapa aku nak highlight dia ni? Saje je.Mata dia merah. Aku takut esok pagi kat kelas mata aku jadi macam tu.

Sekarang jam 2.55 pagi. Aku buat rondaan ringkas tadi, kawan-kawan semua dah tidur. Nyenyak. Gelap. Bunyi cengkerik sahaja yang ada sekarang. Nak kacau? Tak sampai hati. Semalam baru kacau sorang. Hari ni kesian pulak. Sebab semester ini kelas padat kerana nak menghabiskan 36 jam kredit subjek major dalam masa 3 minggu sebelum kami bercuti Tahun Baru Cina dan seterusnya terus menghadapi praktikum selama 3 bulan. Malam ni pun ada member aku yang buat kelas malam sebab nak cover masa. Mungkin kelas aku juga bakal mengalami nasib yang sama. Aku pun tak tahu lah..macam a very busy start for the semester. Sekolah praktikum tak tahu lagi, tapi ada lah ura-ura tempat mana aku dapat. Tapi aku nak tunggu official list keluar barulah aku akan percaya.
*Sekarang aku kesian dengan seorang kawan ni dapat tempat yang agak pedalaman jugak. Aku harap dia baik2 sahaja.~

Oh ya, pasal tidur. Aku ada niat untuk cuba regulate waktu tidur aku seperti manusia normal yang lain. Aku pernah dengar macam-macam cadangan. Ada yang suruh kira kambing..Ada yang suruh telan ubat batuk..Ada yang cadang suruh bersukan pada waktu malam...Ada yang kata suruh satu hari tu tak tidur sampai malam esok. Lepas tu malam esok tu confirm ngantuk. Lepas tu tidur pada waktu yang sesuai, tapi dengan syarat kena tahan lah siang tu tak tidur jugak. Macam hari Selasa aku tak tidur sampai pagi Rabu. Then siang Rabu jangan tidur jugak, tahan sampai malam...then baru tidur pada waktu yang sesuai. Aku pernah cuba. Tapi esoknya sama jugak..aku tidur pada waktu yang salah jugak. Insomnia "on set"(masalah tidur bukan pada waktunya) ini agak mengganggu. Lebih-lebih lagi bila dah mula belajar balik. Bukan apa, aku boleh pergi kelas pagi, tapi concentration? Not fully 100%..especially bila dah yawning dan asyik tengok jam bila kelas nak habis....

Tadi aku cuba sesuatu, tengok movie Star Wars yang lama, aku baru dapat dari kawan aku. Satu folder, ada 6 movie tak silap aku..macam trilogi..aku rasa aku akan bosan. Bila dah tengok, eh, rasa nak sambung. Sakit hati dengan keadaan masa tadi tu. Aku masih tak boleh tidur plus tak bosan pun, jadi lebih excited. And tadi dah lah wifi slow, aku patut update benda lain kat blog ni tapi tadi dah taip siap-siap kat word (konon nanti dah ok wifi macam sekarang boleh terus paste), tengok-tengok aku tak 'save'. Haidoyai....Sebenarnya entri ini adalah fresh dan panas, aku tak simpan kat word lagi. Idea timbul sebab aku tak boleh tidur.See? Waktu ini adalah waktu paling cergas aku. Sedih bila keganjilan diri terbit dan disedari.

Apakah yang aku boleh buat?Semua cara yang aku pernah mention, tidak berjaya..Perlukah membuat terapi atau berjumpa dengan pakar hipnosis?Aku pun tak tahu..yang penting..aku perlu teruskan semester ini, cuba habiskan praktikum dan seterusnya final year ini dengan baik.Amin...;)


No comments:

Post a Comment