Semalam aku telah merayau di bandar Segamat untuk hari ke-2, still kedai yang aku selalu pergi tak bukak. Hari ni? Tak bukak lagi...Lama betul diorang cuti raya cina..so pusing-pusing jumpa kedai lain.Nampak meriah jugak kedai tu, so aku pun menjenguk kedai tersebut. Target utama aku adalah Samsung Galaxy Mini, sebab memang minat dengan design dia. Tapi yang ada cumalah 2nd option aku, Samsung Galaxy Y. Ni adalah comparison dia..
|
Designwise..aku minat Samsung Galaxy Mini lagi..sebab dia macam lagi sesuai dengan aku plus kamera dia lagi high serta talk time dia lebih lama. Tapi sebab Y ni the latest dan review-review yang aku baca mengatakan Y ni adalah update daripada Mini, aku macam agak berbelah bahagi. Aku ada membuat soal selidik dengan kawan-kawan, lebih kurang je bilangan yang prefer mini dengan yang prefer Y. So, agak susah nak buat decision. So bila aku bangun pagi tadi, aku macam rasa nak pergi kedai phone dan buat decision di sana. Harga pun lebih kurang so I set my budget only rm500. Not more than that. Sampai di kedai yang 1st time aku masuk tu, aku terus tengok display Samsung Galaxy Y ni, memang tengah hot property sekarang. Dan harga?Rm499. Semalam aku tengok kedai-kedai lain, harga memang sama. Memory card? Kedai lain bagi 2gb. Memang standard diorang kata.
Aku tanya tauke kedai itu, "Galaxy Mini ada?"..Tauke itu kata memang dah tak keluar sekarang, kalau kedai yang ada pun tu old stock punya. Release January 2011. Sekarang dah berapa haribulan?Dah setahun keluar, cepat betul Samsung stop pengeluaran. Tauke tu explain yang Mini tu ok cuma pixel dia kurang, processor dia kurang berbanding Y. Apa yang lebih cuma kamera. Aku cakap pada dia, aku just nak mula pakai android..so aku macam tak kisah bermula daripada yang lower. Dia kata "Takpe, you terus pakai update punya. Sekarang android cepat update ma...kalau you pakai froyo (android lama dalam Mini), susah nak cari apps yang senang masuk. Sekarang semua latest, ini android cepat upgrade."
Aku pun macam berbelah bahagi gak mula-mula tapi tauke tu keluarkan phone Y dia punya, dan bagi aku test. Aku pun test dan tengok-tengok. Wah, cool jugak. Memang different dari apa yang abang dan adik aku pakai (Corby dan Champ). Dia punya touch screen system agak smooth dan berbeza dari HP rm600 aku yang hilang hari tu(Nokia Xpress Music Touch Screen). So ini sebagai pengganti, aku rasa ok dah. Plus android dia lagi latest. Mini still pakai 2.2(froyo) manakala Y pakai 2.3(gingerbread).
Samsung Galaxy Y
The best part is, tauke tu bagi aku sort of ong sebab aku customer 1st yang beli HP since dia baru bukak hari ni lepas cuti Chinese New Year. Dia offer nak bagi 8gb memory card dan free screen protector. Harga?still sama. RM499. So aku rasa ini sangat bagus......so aku pun ambil gift tu. Aku rasa even 2nd option, dengan hospitality dan ong yang aku dapat dengan phone ni. Aku pun angkat satu.Akhirnya aku dapat pakai 1st android,and also budget phone!
*A nice way to start practical, with a suited phone for a teacher.hahaha
bestnye dapat pakai hp baru .. ^^,
ReplyDeletebese2 je..hehehe.hp budget;)
ReplyDelete