Pages

Wednesday, January 25, 2012

The prank:latest.

Prank do make people closer. This time, siblings..aku tak ingat nak explain semua, tapi selagi boleh..kita akan belajar sama-sama bagaimana untuk membuat ranjau atau prank yang simple tapi memberi makna untuk kita semua. Kali ni aku memilih target yang biasanya akan kena di rumah aku, tak lain tak bukan si bongsu atau the youngest one! Yeah, aku geram dengan dia sebab dia agak manja dan pandai melawan. Biasalah, bongsu kan. Medium kali ni? Juga handphone macam yang aku buat dalam entri sebelum ini. Ini yang paling latest punya, panas lagi..baru execute petang tadi. Tak perlu susah, tak perlu nak beli and pakai kostum beruang macam kat bawah ni....(- -")

Haiyohh.....


Ok, subjeknya adalah adik bongsu aku yang sedang bercuti di rumah seminggu sebab cuti Tahun Baru Cina. Dia sedang dalam PLKN, yang dia memang taknak langsung dan bad mood sebelum pergi awal Januari lalu. Sekarang dia berada di rumah dan esok dia nak balik dah.. Apa yang dia buat di rumah? Kalau tak kat dapur, dia akan main game Plant vs Zombies di laptop kakaknya atau menonton Running Man. Seorang yang leka bila mendapat apa yang disukainya. That's a good subject! Orang macam ini memang seronok untuk di'prank'. Adakah aku abang yang jahat? Maybe...atau maybe jugak aku seorang abang yang normal. Sama dengan abang-abang lain di dunia. Oh ya, dia agak tak suka sebab siblings lain tak kena PLKN..and dia kena! That's fun already. hahahhahaa.

OK, next. Aku nak preview sikit lagu tema PLKN ni....


Lagu dia familiar jugak kan? "Kami wira-wirawati negara...."..hahaha...Plus abang dan mak aku cerita...masa diorang lawat hari tu....ada announcement.."Perhatian kepada WIRAWATI Nurul Shazana Bt Mohd Zain, sila datang ke bla bla bla..."..hahha..kat rumah ni nama temporary dia ialah 'wirawati'. Dan dia hanya akur sebab tak mampu nak lawan semua. Tapi, benda itu belum berakhir di situ. Aku download lagu PLKN tu versi MP3 dan secara senyap masukkan dalam HP dia dan jadikan caller ringtone..hehheehehehhe...

Tengah hari tadi, abang aku balik..aku saja suruh dia call number HP si adik bongsu aku ni...dan berkumandanglah lagu PLKN tersebut.."hahahha..semangat gila siap buat ringtone", dan dia membuat muka bengang..mak aku pun turut tergelak sama. Dan dan topik pasal PLKN keluar balik tadi dan kami berborak mengenainya. See? Prank do make people closer together. Adik aku pun dah lali dah, banyak benda dah dia kena. Tapi tak la melampau, it's for fun. Just don't cross the limit =)

No comments:

Post a Comment