Pages

Wednesday, January 18, 2012

Cuti raya cina, and terus...Praktikum!

Dah masuk hari Rabu, lepas tu Khamis..lepas tu Jumaat..Lepas tu Sabtu pagi balik Segamat. Cuti seminggu, lepas tu...30 Januari akan lapor diri di SK Mahmud, Raub, Pahang. Oh kejapnya nak prepare..dan lamanya praktikum. 12 minggu@ 3 bulan. Malam tadi ada taklimat di Dewan Kuliah, taklimat mula pukul 8 malam dan berakhir pukul 11 malam. Time aku makan biasanya 9 malam. So apakah terjadi pada penulis blog ketika itu? Ya,pastinya dia lapar. Dan dia mula mengganggu dan menyakat orang di sekeliling. Oh ya..esok aku sepatutnya melawat pensyarah yang pernah ajar kelas aku, bersama rakan-rakan yang lain. Dia baru habis menjalani pembedihan kerana masalah mata. Tapi..esok ada kelas pulak petang dan malam. Rasa jam kepala fikirkan kelas, rasa syok dapat pikirkan cuti and rasa jam balik pikir terus naik praktikum. Seriously, aku tak berapa nak ready. Plus dengan proposal untuk Kajian Tindakan yang akan menyusul. Terasa la macam banyak benda nak setel...

Gambar kad raya sempena tanda ingatan kami 6 orang guru praktikum semasa bertugas di SK Kuala Medang semester lepas! Timbul idea nak lukis gambar diorang-diorang ni.Salah satu medium untuk 'meranjau' jugak.hehe


Praktikum lepas ni 3 bulan dan merupakan praktikum fasa terakhir. Lepas tu dah mula fokus untuk kajian tindakan. Oh, macam lama je 3 bulan...tapi dah memang itu proses dia untuk menjadi guru, kita kena buat. Bukan buat saja, buat sehabis baik.Macam pengakap punya sembang la.... Oh, tak lama lagi dah, tak lama lagi dah...

2 comments:

  1. azmi dan fadil tu clasmate sya! :)
    rasa sedih bila teringatkan encik sazali :(

    ReplyDelete