Pages

Sunday, January 08, 2012

Gameshow yang agak lain dr yang lain;)

Aku takdelah fan tegar k-pop..tapi bila tengok orang di sekeliling aku menontonnya terutama sekali adik aku yang selalu sangat tengok channel korea di Astro, aku macam pelik jugak...drama-drama dia aku macam takdelah tertarik sangat, selalu aku tengok series Japan..tetiba satu hari aku tengok satu 'game show' yang ditonton oleh adik aku. Aku masa tu biasalah buat ayat sinis "Ko ni....K-pop,k-pop,k-pop,k-pop..." Saje je nak dengki.Abang mana la yang tak dengki adik terutama adik bongsu. Dia pun buat muka selamba dan teruskan menonton. Aku tengok masa tu orang dalam cerita tu tengah berlari-lari selesaikan misi...aku masa tu pun ingat biasa je kot cerita ni...

Pulang ke IPG, aku berborak dengan kawan aku. Kami macam share minat jugak dalam cerita-cerita Asian dan lebih-lebih lagi anime(kartun Jepun). Masa sembang dengan dia, dia suggest 'game show' ni..Running Man(seperti dalam gambar). Aku pun masa tu terus recognized cerita tu..ni yang adik aku suka tengok...Kalau movie atau drama series, aku layan jugak. Tapi kalau game show...satu je aku suka, itu pun Japanese, 'Gaki No Tsukai'(Japanese Do Not Laugh)..game show lawak yang kalau ketawa kena sebat...Tapi yang ni lain sikit...Konsep nya bukan lawak semata-mata..lebih pada menyelesaikan cabaran dan misi-misi yang ada..Aku macam mula-mula memberikan persepsi yang agak biasa. Tapi bila dah tengok, aku macam tertarik lah pulak... Lain dari yang lain...

Gameshow ini melibatkan beberapa peserta tetap yang dibarisi selebriti Korea jugak dalam 7-8 orang..tapi setiap episod ada selebriti jemputan yang famous jugak. Setiap episod@misi akan dijalankan di 'landmark' atau mercu tanda@tempat popular. Dan setiap misi dijalankan di tempat itu. Mulanya misi, setiap pintu akan ditutup dan objektif misi itu adalah untuk keluar dari tempat itu pada awal pagi keesokan harinya. Semua selebriti itu akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Dan kumpulan yang menang akan beredar dari tempat itu, kumpulan yang kalah akan menerima hukuman. Apa yang menariknya, game-game yang disediakan dalam rancangan ini agak kreatif. Bila aku tengok, aku noticed yang ada game boleh digunakan masa kelas atau P&P PJK. Lepas tu, selebriti yang jadi peserta tetap tu pun, setiap mereka ada personaliti tersendiri. Itu antara sebab kita boleh bezakan watak setiap orang tu. Paling best ialah, sikap setiap watak tu yang boleh jadikan penonton ketawa kaw-kaw.Hahahaa

Mula-mula aku skeptikal, tapi bila cuba tengok..baru aku faham kenapa adik aku suka sangat tengok cerita ni kat TV. Tapi apa yang aku perasan di sebalik cerita ini ialah..lama-kelamaan..Korea Selatan menakluki dunia dengan hiburan mereka..Mereka berjaya mempelbagaikan dan mempopularkan industri hiburan mereka sehingga mengumpul peminat di serata dunia. Bila artis diorang datang Malaysia, tengoklah sambutan yang diorang dapat macam mana..Wonder Girls pun boleh tembusi pasaran Amerika Syarikat..Dan baru-baru ni, aku dengar kumpulan 4 Minute pun boleh buat show kat Brazil..agak bagus jugak diorang punya marketing...Dengan tarikan dan kreativiti diorang, mereka berjaya menempa nama sebagai antara kuasa besar industri hiburan dunia..Dahsyat kan...

No comments:

Post a Comment