"Euuw..tak minat la lelaki hisap rokok." Antara respon wanita yang pernah aku dengar memperlihatkan situasi bagaimana mereka melihat lelaki yang menghisap rokok. Oh ya, entri kali ni bukan entri untuk back up perokok, rokok tetap membahayakan kesihatan. Aku dapat idea untuk buat entri ni masa berbual dengan rakan-rakan semasa dinner tadi. Kali ini aku nak share something berkenaan dengan medium perapat ukhwah untuk lelaki especially ketika di tempat baru.
Saja taruk gambar mamat hemsem hisap rokok elektronik, kalau letak gambar mamat tak hemsem nanti korang takde selera nak teruskan baca entri ni especially pompuan.haha.
Oh ya, aku nak mulakan story dengan kemasukan form 4 baru di sekolah menengah aku dulu. Selalunya form 4 yang baru masuk akan mengalami masalah kesukaran awal untuk 'blend in' atau join berkawan dengan kami-kami budak yang dah duduk situ daripada form 1. Selalunya mereka akan buat hal sendiri, atau join dengan geng-geng diorang sahaja. Tapi ada cara bagi certain diorang untuk join geng dengan budak-budak yang lama dah ada kat situ.
Oh ye, lupa. Aku punya entri kali ini untuk perspektif dari pihak lelaki. Aku tak sure kalau perempuan camne.hehe
Antara perkara yang boleh mempercepatkan proses ukhwah antara orang lelaki ialah
1. Rokok
Tidak dinafikan, memang rokok boleh merapatkan hubungan sesama lelaki. Especially smokers, mereka macam ada bonding tersendiri dan boleh membuatkan aktiviti lepak bersama-sama menjadi amat mudah even baru kenal. Share lighter, 'pow' rokok sebatang..merupakan common things dan secara tak langsung boleh merapatkan hubungan sesama lelaki. Trust me. Tapi kenalah antara smoker, kalau bukan smoker, susah la.hahaha. Tapi seriusly, rokok secara tak langsung memang boleh memulakan hubungan yang akrab sesama lelaki.
2. Sukan
Sukan. Senang je. Kau boleh main, memang senang lah nak masuk kepala dengan kawan-kawan lelaki lain. Kalau kau pandai main, lagi lah cepat nak blend in dengan orang di tempat baru. Macam contoh petang-petang, ada orang main bola di padang. Anda di tempat baru, pergilah main. Yang penting confidence, pandai tak pandai. Belakang kira. Yang penting, make an impression yang sebenarnya anda nak join and berkawan dengan diorang. Kalau anda terer main, confirm2 memang diorang akan seronok dengan adanya kehadiran anda bermain bersama mereka. The point is, you must join the things that they do together. Secara tak langsung, boleh merapatkan ukhwah. Macam kat sekolah aku dulu, siapa yang masuk and pandai main ragbi, confirm korang cepat je masuk kepala!hehe.
3. Ramah
Yang ni memang antara paling common dan boleh dilakukan jika si pelaku tidak melakukan kedua-dua aktiviti di atas. Bukan ramah sahaja, tetapi terlebih ramah. Pandai bergurau, rajin tegur semua orang, rajin pergi berborak dengan semua golongan dan boleh menceriakan suasana. Kalau boleh buat ni, memang senang anda masuk dengan mana-mana group pun.
Apa yang aku sebut ni memang common dalam golongan lelaki. Ini berdasarkan pemerhatian aku dari sekolah dulu sampai la belajar kat IPG sekarang.Tapi apa yang paling penting ialah kena jaga sikap dan perangai eventhough semua perkara di atas ni dapat ditepati. Jangan menjadi poyo atau membuat perkara yang dibenci ramai.Haha. Stay smart even being a friend.
Friendship is a beautiful thing, the more you gain it, the more you'll see the goodness behind it ;)
No comments:
Post a Comment